Chapter 23

14.9K 937 212
                                    

Hi assalamualaikum semua! Saya dah update untuk chapter 23.

Saya cadangkan korang dengar lagu yang sendu, lagu yang sedih gila bapak untuk chapter ni. Hehe.

Okay, happy reading!

***********

Hari ini, genap sudah 3 bulan 2 minggu tempoh perkahwinan Adara dan Zafran. Tak tahu lah nak kata cepat ke lambat tempoh perkahwinan. Bagi Zafran, lambat kot sebab mesti dia tak sabar nak ceraikan Adara.

Esok hari jadi Zafran yang ke 30 tahun. Adara tak tahu lah nak bagi hadiah ke tak. Macam nak bagi, tapi Zafran nak ke terima? Adara juga plan nak ajak Zafran celebrate berdua tapi itulah, nak ke Zafran ikut?

Tapi Adara plan nak celebrate tu lusa lah. Sebab mesti esok Zafran nak celebrate dengan Dian kan? Tapi bila fikir balik, Zafran sudi ke? Haih. Boleh jadi sudi sebab Zafran kan baik dengan Adara sekarang ni. Tapi boleh jadi tak sudi juga kan? Pening seorang Adara memikirkan tentang hal ini.

Ah, buat jelah Adara. Zafran sudi, sudi lah. Tak sudi, takpa lah. Mana boleh paksa. Jadi, sekarang ni Adara plan nak pergi shopping mall lepas balik kerja, nak cari hadiah untuk Zafran. Adara masih tak tahu nak belikan apa.

"Ad?" Adara toleh kepalanya.

"Ya Kak?" Kak Dira yang menegur Adara.

"Jom lunch dengan akak."

Adara fikir jap. Dia ada janji dengan sesiapa tak? Geng dia? Takda.

"Okay boleh je."

"Jom lah."

"Sekarang?" Adara tengok jam pada tangannya. Baru pukul 12.30. Lunch pukul 1 petang.

"Ya. Jom lah. Ala takpa."

"Jap Ad ambil beg." Adara pergi untuk ambil beg tangannya.

"Siapa drive?" Adara tanya setelah mereka keluar dari bangunan 4C.

"Ad lah hehe." Adara terus mengeluarkan kunci keretanya sambil menuju ke kereta Myvi nya.

Dengan lafaz bismillah, Adara memulakan perjalanan.

"Makan mana?"

"Pizza jom?" Kak Dira ajak.

"Pizza? Okay je." Adara sebenarnya tak gemar pizza sangat. Tapi ada satu menu dekat Pizza Hut yang dia suka.

Sedang mereka dalam perjalanan, telefon Adara berbunyi. Adara tengok siapa pemanggil. Zafran.

"Hello?" Adara jawab.

"Hello Ad. Jom lunch sama." Zafran ajak.

"Sorry, tak free. Saya lunch dengan orang lain."

"Orang lain? Siapa? Lelaki ke?"

"Haah. Bye." Adara tutup. Padan muka.

"Siapa?" Kak Dira tanya.

"Zafran."

"Kenapa?" Adara pun jawab yang Zafran mengajakanya untuk makan tengah hari bersama. Tapi tak boleh sebab dah plan dengan Kak Dira.

"Lah ajak lah dia sekali. Lunch sama." Kak Dira bagi cadangan.

"Tak payah lah. Nak buat apa. Lagipun kalau Zaf tu ajak lunch, selalu tak jadi. Malas dahlah." Adara jawab selamba.

"Kenapa tak jadi?" Adara jawab entah. Malas nak panjangkan cerita. Nanti diri sendiri sedih.

Di Pizza Hut, Adara order Spaghetti Salami Olio. Dengan orange juice. Sumpah Spaghetti Salami Olio sedap gila. Dengan sosej dia. Peh!

"Kau tak bosan ke Ad makan itu je?" Kak Dira tanya selepas menggigit sikit pizza nya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now