Chapter 32

15.3K 850 209
                                    

Hi assalamualaikum semua! Saya update untuk chapter 32 pula! Yeay! Suka tak? Suka tak?

Untuk chapter kalini, saya cadangkan korang dengar lagu ekhsan- pergi tak meninggalkan. Korang dengarlah lagu ni berulang kali sampai habis baca chapter ni hahahah.

Happy reading!

**********

Pada pagi yang hening itu, Zafran sedang termenung di meja kerjanya. Dari tadi nak buat kerja, tak terbuat kerana sibuk fikirkan masalah sendiri. Hatinya tak tenang.

Dalam pukul 11 pagi nanti akan ada mesyuarat. Zafran terpaksa  pergi juga. Takkan nak batalkan. Zafran tak gila lagi nak batalkan mesyuarat penting atas sebab masalah peribadinya. Mahu kena bunuh dengan papanya nanti. Sekarang baru pukul 9 pagi. Sempat lah nak termenung sekejap.

Dia masih terfikir apa yang terjadi pada sabtu lepas.  Macam mana dia sakiti hati Adara, waktu dimana dia terdengar suara tangisan Adara pada malam itu. Itu sangat menyakitkan bagi Zafran. Hatinya sakit.

Dia tahu dia yang salah pada malam itu. Dia cuma buntu. Dia tak tahu nak buat apa. Fikirannya berserabut.

Flashback

Hujung minggu waktu tengah hari, Zafran sekarang berada di luar rumah ibu mertuanya, baru lepas menjawab panggilan. Bodyguard yang dia upah buat Adara ada beri beberapa info tentang Adara.

Bodyguard itu juga ada beritahu yang Adara semalam ada beli karipap. Zafran tersengih. Beli karipap pusing lah tu. Suka sangat. Agaknya kalau satu hari karipap pusing dah tak wujud, menangis Adara.

Sebut tentang Adara, mesti Adara akan ada juga di rumah papanya. Umi beritahu yang dia sudah menjemput Adara sekali. Zafran kenal Adara. Adara takkan sesekali tolak jemputan orang.

Kalau ikutkan hari ni nak pergi rumah papanya, mereka terpaksa pergi waktu petang. Ini kerana Puan Hasya meminta mereka untuk singgah sekejap ke rumahnya. Katanya ada perkara penting nak diberitahu.

"Zafran." Zafran tersedar dari lamunannya.

"Mama." Zafran senyum. Zafran yang sedang duduk santai itu, membetulkan duduknya.

Puan Hasya memandang Zafran. Bukan dia tak dengar apa yang Zafran bualkan tadi. Dia dengar Zafran sebut-sebut nama Adara. Jadi Zafran jaga Adara dari jauh?

"Zafran ingat kan janji Zafran dengan mama?" Puan Hanya tanya selepas melabuhkan duduk sekali dengan Zafran di meja batu itu.

Zafran diam. Dia menggigit bibir. Dia tahu apa yang Puan Hasya maksudkan. Dia perlu lepaskan Adara. Puan Hasya kata jika Adara masih ada disisi Zafran, Dian tak akan sembuh.

"Mama harap Zafran takkan kecewakan mama. Mama lepaskan anak mama dan mama restu perkahwinan kamu berdua kerana mama percayakan kamu. Mama percaya yang kamu boleh jaga anak mama. Mama percaya yang kamu takkan sesekali kecewakan anak mama." Puan Hasya berkata lagi. Puan Hasya tidak memandang wajah Zafran. Hanya merenung halaman rumahnya yang luas. Dipenuhi dengan rumput-rumput pendek.

"Kalau mama tahu yang Zafran duakan Dian, mama kecewa dengan kamu Zafran. Jujur mama cakap. Mama akan menyesal restukan perkahwinan kamu berdua. Sampai bila-bila mama takkan maafkan kamu." Puan Hasya berkata lagi.

"Anggaplah apa yang Dian suruh kamu buat ini hanya kesilapan dia sebagai isteri kamu. Dian manusia. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Kamu anggap saja perkahwinan kamu dan Adara hanya satu kesilapan yang Dian telah buat." Zafran tersentak. Dia mengepal tangannya hingga membentuk sebuah penumbuk. Kesilapan? Perkahwinan dia dan Adara hanya satu kesilapan?

Zafran pandang Puan Hasya yang sedang pandang dihadapannya. Zafran mengetap giginya.

"Lagipun Adara sendiri kata dengan mama, satu hari dia sendiri akan pergi. Jadi dia sendiri yang akan tuntut cerai dari kamu. Kenapa kamu nak kena susahkan diri nak jaga dia? Kamu berdua takkan lama. Kenapa kena susahkan diri? Sedarlah Zafran. Adara tu tak kisah pun. Dia buat semua ni untuk Dian saja. Bukan untuk kamu. Kamu fikir dia kisah pasal kamu? Dalam dunia ni, perempuan mana je yang nak jadi kedua, Zafran? Lama-lama Adara memang akan undur diri." Puan Hasya mula melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya. Tak fikir dosa pahala dah.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now