Chapter 17

14.4K 824 220
                                    

Hi assalamualaikum semua? Semua sihat?

Ni je yang saya mampu update untuk harini setelah sekian lama tak update. Ceh takde ah lama mana en.

Terima kasih semua!

Pen merah, pen biru, you marah, i love you

*********

Zafran's POV

Pada waktu pagi di kediaman Zafran, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa. Zafran bersiap untuk pergi ke kerja, Dian juga bersiap untuk ikut menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan seperti yang dijanjikan pada malam tadi.

Zafran mengenakan kemeja berwarna biru gelap dipadankan dengan tali leher berwarna hitam. Selesai menyemburkan minyak wangi dan memakai jam tangan, Zafran mencapai dompet dan telefonnya dan terus menuju ke tingkat bawah.

Di meja makan, Dian sedang menunggu Zafran bersama anak-anak mereka. Zafran siap lambat sikit tadi sebab dia pergi membelek kerjanya dahulu.

"Baba! Jom makan." Ajak Eiman.

Zafran pergi ke arah Dian dan mencium dahi Dian dan juga dahi Eiman dan Ellyna. Dian tersipu malu. Eh apa lah abang kita ni.

Mereka menikmati sarapan mereka dengan tenang dan mereka terus bergerak menuju ke 4C. Dian akan dihantar pulang oleh Zafran selepas itu dan Zafran akan terus menuju ke pejabatnya seperti biasa.

"Eh itu kereta aunty! Aunty dah sampai lah." Kata Eiman sambil matanya menjenguk luar dari dalam kereta.

Zafran juga nampak keberadaan kereta Adara di tempat letak kenderaan. Zafran juga nampak Adara baru buka pintu untuk keluar dari kereta Myvinya.

Selesai Zafran memberhentikan keretanya di tepi, Eiman terus mahu keluar. Tak sabar.

"Jom ibu!" Ajak Eiman dengan teruja. Tak tahu lah teruja sebab apa. Ada awek kot.

"Ad!" Dian menegur Adara yang baru sahaja mahu masuk ke bangunan 4C. Adara pada mulanya tak perasan dengan kewujudan mereka. Laju menonong masuk ke tempat kerja tanpa toleh kiri kanan.

"Eh? Hi Dian." Adara melambai tangannya tanda menyapa kepada Dian.

"Aunty!!" Eiman dan Ellyna tergedek-gedek berlari ke arah Adara. Adara terus mendukung Ellyna. Dah kenapa ni?

"Suka dia dengan aunty dia." Dian berkata sambil tersengih.

Adara senyum sahaja sambil mengusap kepala Eiman. Adara pandang Zafran yang berada di sebelah Dian. Adara senyum. Zafran buat tak tahu. Okay. Okay.

"Hi teacher!" Ha sudah siapa pulak ni? Memang semua orang nak tegur Adara depan 4C ni ke? Dah dah lah tu. Bagi lah Adara ni masuk dulu.

"Hi Cirah! Awalnya Cirah sampai harini." Insyirah yang menegur Adara tadi.

"Harini papa yang hantar Cirah. Sebab tu dapat awal sikit. Hehehe."

"Assalamualaikum Puan." Encik Akram menegur Adara seperti biasa. Adara senyum ke arah Akram. Akram harini kelihatan segak dengan kemeja hitamnya. Kebetulan sama colour dengan Adara. Adara pun pakai hitam harini.

"Eh? Sama hitam lah kita harini." Adara pun dengan kebodohannya pergi berkata seperti itu.

Wajah Zafran dan Dian dah berubah. Lagi-lagi Zafran. Dia geram sebenarnya. Aku dah cakap dengan Adara ni. Jangan tegur-tegur dengan mamat ni. Degil betullah dia ni.

Akram tergelak. "Kebetulan pula kita harini ya puan."

Adara senyum sahaja.

"Jom semua! Ikut teacher masuk! Cirah dah salam papa belum? Boy go salam baba." Mereka pun salamlah kedua ibu bapa mereka.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now