Chapter 47

21K 1K 300
                                    

Hi assalamualaikum korang!!! HAHAHA SAYA PENAT BACA KOMEN KORANG DEKAT CHAPTER SEBELUM NI.

Sorry do korang lupa. Nampak sangat saya lambat update sampai korang lupa ek. SORRYYYY!

Happy reading!

***********

Zafran, Danish dan Alex baru sahaja sampai di tempat kerja Hazim. Di tempat inilah dimana Hazim melatih pekerja-pekerjanya.

"Anak-anak kau macam mana?" Danish tanya sebelum mereka berdua keluar dari kereta Zafran.

"Family aku tolong jaga malam ni." Zafran jawab dan terus keluar dari keretanya.

Baru sahaja mereka mahu berjalan masuk, mereka dikejutkan dengan Alex yang muntah di tepi kereta Zafran. Terbongkok-bongkok badannya mengeluarkan isi dari dalam perutnya.

"Lah? Kau kenapa?" Muka Zafran berkerut.

Danish sudah garu kepala. Baru dia teringat, Alex ni jenis mabuk kereta. Tak boleh duduk belakang. Tadi pula si Zafran bawa kereta laju nak mampus. Macam jalan tu jalan bapak dia yang punya.

"Dia mabuk tu. Kau lah ni! Bawa kereta laju betul!" Danish marah Zafran sambil berjalan ke arah Alex sambil memegang sebotol air mineral yang dia rembat dari dalam kereta Zafran.

Tangannya naik mengusap belakang badan Alex. Lepas sahaja Alex selesai muntah, Danish menghulurkan air mineral itu pada Alex. Alex tanpa banyak soal, terus kumur mulutnya.

"Lepasni bagi aku duduk depan." Alex berkata.

"Ya ya. Kau duduk lah depan. Nak duduk atas bumbung kereta pun boleh." Selesai Danish menjawab, dia terus mengikut langkah Zafran yang sedang memasuki ke dalam tempat kerja Hazim.

"Tuan." Ameerul yang baru sampai itu terus menyapa Zafran yang baru masuk ke dalam pejabat Hazim.

"Hazim mana?" Zafran tanya Ameerul.

"Solat isyak kejap." Zafran pandang Danish.

"Kau dah solat belum?" Zafran tanya Danish.

"Dah. Kau dah solat belum?" Danish tanya Alex pula.

Alex yang tersandar lelah di sofa itu mengerutkan wajahnya.

"Bodoh ke?" Alex tanya. Danish tergelak.

"Kau nak adik Zafran kena masuk Islam dulu, bro." Danish berkata sambil melabuhkan duduk di sebelah Alex.

"Bila masa aku nak adik dia?" Alex marah.

"Kau nak adik aku, Alex?" Zafran menyoal terkejut.

"Mana ada!" Telinga Alex mula memerah. Danish gelak kuat.

Zafran pandang lama ke arah Alex. Dia bukannya baru kenal Alex ni. Memang pada mulanya dia hanya kenal Danish kerana Hazim yang kenalkan padanya. Rupa-rupanya Alex juga adalah pelatih disini juga. Akan tetapi Danish tetap senior pada Alex kerana Alex masuk lambat sikit.

"Kau tak pernah bagitahu aku pun, Lex?" Zafran tanya lagi.

"Benda tak betul, buat apa nak bagitahu?" Alex jawab bengang.

Danish, Zafran dan Ameerul pandang lama ke arah Alex. Menatap perbuatannya yang sedang urut dahinya sendiri.

"Peh korang ek? Aku cakap tak tu, tak lah!" Alex jawab geram apabila dia menyedari mereka bertiga masih menatap ke arah nya.

"Kalau kau dengan adik Zafran, boleh dia tolong urut kepala kau tu." Danish berkata lagi.

"Eh? Memang nak cakap pasal ni lagi ke?" Alex sudah menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Kusut.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now