Chapter 41

21.2K 1K 292
                                    

Dua hari sudah berlalu, pada waktu petang, disini Adara berada di rumah yang sebelumnya ini diduduki oleh dia dan Zafran. Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu, sudah tiba. Zafran sudah bersetuju untuk meluangkan masa dengannya buat kali terakhir. Adara sudah bersedia untuk mengundurkan diri. Dia sudah dapat terima semua ini dengan hati terbuka.

Di 4C, Adara sudah officially berhenti kerja. Kerja yang selama ini diidamkan, dia sudah dapat. Akhirnya, alhamdulillah. Tapi Adara akan mula kerja pada minggu hadapan, jika tiada aral melintang.

Adara sempat meluangkan masa buat kali terakhir bersama anak-anak di 4C, sedih Adara melihat anak-anaknya menangis. Sedih tengok Adara sudah ingin pergi. Adara sempat beri mereka hadiah. Semua hadiah itu dibeli last minute. Rezeki mereka, alhamdulillah.

Di rumah sunyi ini, Adara sempat mengemas. Ya lah, sudah ditinggal lama, rumah ini agak berhabuk. Mungkin Zafran memang takda upah pembantu untuk mengemas rumahnya ini. Takpa lah, Adara boleh tolong kemas. Buat kali terakhir. Tapi itulah, takda barang-barang dapur di rumah ini. Adara dah buang semua. Sudah tidak boleh dimakan lagi.

Selesai membersihkan rumah, Adara terus naik untuk membersihkan diri. Badannya sudah berlengas. Balik kerja, terus kemas rumah.

Masuk ke dalam biliknya sebelum ini, Adara perhati ruang sekeliling. Banyak kenangan dalam bilik ini. Tak tahu lah nak kata kenangan manis atau pahit. Macam-macam jadi. Adara gelengkan kepalanya perlahan. Tidak mahu mengenangkan perkara sebelum ini. Apa yang dia tahu, pelaku yang selalu kacau Adara, sudah diam. Tiada apa-apa berita. Tidak tahu ke mana. Pihak polis juga tidak dapat menjejakinya.

Adara pergi ke almarinya. Nasib baik dalam bilik ini masih ada barang peribadinya. Boleh lah Adara nak mandi. Kalau tak, nak pinjam baju siapa? Baju Zafran? Ceh cliche betul pinjam baju suami.

Adara perasan satu kotak sederhana besar. Adara melorekkan senyuman hambar. Kotak ini. Kotak mengandungi hadiah buat Zafran. Masih tidak dimiliki oleh tuannya yang sebenar. Tengok lah, mungkin esok Adara pulangkan pada pemiliknya yang sebenar.

Setelah mencapai bajunya, Adara terus masuk ke dalam bilik air. Membersihkan diri sementara menunggu Zafran pulang. Zafran memberitahunya mungkin dia sampai lepas maghrib.

Selesai mandi, Adara dengar bunyi kereta. Adara pergi menjengah di tingkap. Zafran sudah sampai. Hati Adara berdebar. Rasa macam dah lama tidak berjumpa suaminya sendiri. Sampai buat Adara sendiri berdebar. Tak tahu berdebar kerana apa.

Adara terus turun. Ingin menjemput suaminya yang baru pulang ke rumah. Sudah lama Adara angankan ingin melakukan perkara sebegini. Menjemput suami pulang ke rumah dengan senyuman di wajah. Akhirnya, dapat juga dia lakukan walaupun hanya sekali dan juga kali terakhir buatnya.

"Assalamualaikum!" Serentak Zafran memberi salam, Adara sudah tiba di anak tangga yang terakhir. Dia melorekkan senyuman ke arah suaminya.

"Waalaikumussalam." Adara jawab perlahan.

"Hi." Sapa Zafran perlahan. Dengan senyuman manis di wajah. Rindu akan wajah ini. Akhirnya, dapat juga dia berjumpa depan-depan.

"Hi!" Adara gelak perlahan. Ya Allah, kekoknya. Tak pernah mereka berbaik seperti ini. Adara mencapai tangan kanan Zafran dan mengucup tangan itu.

"Wow bukan biasa-biasa ni." Zafran gurau dengan Adara sambil sebelah tangannya mengusap kepala Adara.

"Ish layan jelah, awak." Adara mencebik.

Zafran gelak.

"Cepat lah awak mandi. Kita solat sama-sama." Adara menolak badan Zafran menuju ke tangga.

"Mandi sama-sama lah jom?"

"Tak nak, saya dah mandi."

"Tak nak pahala lebih?"

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now