Chapter 27

14.6K 766 150
                                    

Hi assalamualaikum semua! Harini saya update chapter 27. Yeay!

**********

Pada waktu pagi, hari isnin, Adara memandu sendiri menuju ke 4C. Harini Amelia kena kerja luar. Jadi, dia tak boleh nak hantar Adara. Adara pun okay jelah. Takkan nak susahkan Amelia pula kan.

Tapi, itulah, keretanya minyak kering. Jadi Adara perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi minyak kereta. Kerana Petronas paling dekat dengan 4C, jadi Adara pergi Petronas.

Pekerja Petronas di stesen itu takda. Jadi, Adara perlu buat self service. Adara keluar dari keretanya dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sebelum itu, dia kunci keretanya dahulu. Untuk keselamatan keretanya.

Selesai membuat pembayaran, Adara menuju semula ke pam minyak. Sedang mengisi minyak, ada suara yang menyapa Adara. Adara toleh ke arah suara itu.

"Awak? Adara kan?"

Adara mengecilkan matanya. Cuba nak cam wajah lelaki di depannya ini. Dia tak ingat siapa.

"Ni saya lah. Harraz. Yang dekat supermarket haritu. Ingat?"

"Oh Harraz! Sorry lah saya tak ingat pula. Hehe." Adara menjawab. Sambil itu matanya melihat amount petrol yang sudah diisi.

"Saya tunggu awak call saya, tapi tak call pun." Harraz berkata.

"Ha? Oh saya lupa. Sorry lah." Sebenarnya dah terbuang kad nya. Ish. Adara tak selesa. Si Harraz ni kalau berborak memang tak kena tempat eh? Haritu dekat supermarket. Sekarang dekat pam minyak pula Ya Allah.

Setelah petrol sudah diisi penuh, Adara meletakkan semula nozzle pump itu di tempatnya.

"Minyak dah penuh! Yeay! Geraklu!" Adara berkata dan terus mahu masuk ke dalam kereta.

"Eh ala sabarlah. Saya serious ni nak kenal dengan awak. Nak kawan-kawan dengan awak." Harraz menghalang Adara masuk ke dalam kereta.

"Eh tak boleh!" Adara berkata. Apa pasal eh mamat ni? Aku nak cepat tau. Apa dia ingat dekat stesen minyak ini ada diorang je ke? Kereta lain tengah sibuk tunggu turn nak isi minyak. Orang pun nak pergi kerja lah weh!

"Kenapa tak boleh? Saya single, awak single. Jom lah couple." Harraz itu berkata.

Allahuakbar. Astaghfirullahalazim. Adara mengurut dahinya sambil beristighfar. Punya lah handsome mamat Harraz ni. Dengan kemeja kerja nya, rambut disisir rapi. Tapi itulah. Nampak bodoh pula.

"Ha itu yang tak boleh nya! Saya ni tak single. Taken! Kahwin dah nyah!" Adara berkata lagi. Adara mengangkat tangannya ke arah Harraz. Nak tunjuk cincin.

"Lah alaaa! Kenapa tak beritahu awal-awal? Baru nak try." Harraz berkata dengan nada kecewanya.

"Hm tak boleh. Try orang lain okay?" Adara berkata lagi. Bila aku boleh masuk kereta ni? Adara risau je ada orang sembur petrol ni dekat Adara dengan Harraz. Ya lah. Boleh berborak pula kat sini.

"Saya gerak dulu eh? Saya ada kerja. Bye!" Adara terus masuk ke dalam kereta. Jangan lah si Harraz ni buat benda-benda pelik pula lepas ni. Orang zaman sekarang bukan betul. Menakutkan.

"Apa punya susah lah perempuan zaman sekarang ni eh?" Harraz berkata perlahan dan terus menuju ke keretanya.

Sampai di 4C, Adara mendapati Zafran baru sampai untuk menghantar kedua orang anaknya. Selepas matikan enjin, Adara terus keluar dari kereta. Jalan terus menuju ke bangunan 4C. Tak nak tegur Zafran. Merajuk lagi.

"Eh? Adara!" Zafran panggil Adara. Adara lajukan langkahnya. Buat-buat tak dengar. Siapa panggil? Tak tahu. Tak tahu. Orang gila kot.

Tiba-tiba Adara rasa lengan bajunya ditarik.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now