"Ada kat tempat biasa lah. Kat penyangkut kunci tu." Encik Hishamuddin jawab. Melaung juga.
"Takda pun!" Adara menjawab pula. Dari tadi dia dok mencari. Takda pun.
"Kalau ibu cari lepastu jumpa, kau siap!" Tiba-tiba Puan Karina bersuara.
"Mati aku." Adara berkata perlahan sambil mengecilkan matanya. Nak cari betul-betul. Takut.
"Ada tak?!" Puan Karina melaung.
"Ya ya! Ada!" Adara lega sebab memang betul ada kunci motor di situ. Tak tahu lah dia cari guna apa tadi.
"Lia! Jom! Aku dah jumpa."
"Mantap!" Mereka terus pergi ke arah terletaknya motor Encik Hishamuddin.
"Ada minyak tak ni?" Amelia soal. Acah-acah. Sebenarnya dia cuak juga nak bawa motor orang. Dah lah dia tu dah lama tak tunggang motor.
"Ada punya. Bapak aku tak pernah biar motor dia kering takda minyak." Adara menjawab.
"Kau boleh bawa tak ni?!" Adara soal kasar. Dia geram tengok muka Amelia yang takut-takut.
"Boleh! Tapi aku cuak sikit lah. Dah lama tak bawa." Amelia mula menghidupkan enjin motor.
"Ha boleh boleh. Cepat Ad, naik." Adara terus naik di belakang Amelia.
"Boleh tak tu?!" Encik Hishamuddin laung dari jauh. Keluarga ni memang bercakap dari jauh je.
"Boleh pak cik!" Amelia laung sekali.
Amelia perlahan-perlahan mula tunggang motor itu.
"Pusing kanan weh." Adara sempat arahkan Amelia untuk guna jalan yang mana.
"Wah! Best nya!" Amelia berkata teruja. Dia memang suka suasana kampung. Kalau boleh nanti kalau dia sudah ada duit banyak, dia nak bina rumah dekat kampung.
"Best kan weh! Dah lama kita tak merasa macam ni." Adara berkata sambil tangannya merekod suasana sekeliling kampung itu. Nak jadikan kenangan.
"Weh! Ada lembu! Comelnya!" Amelia berkata teruja lagi.
Amelia terus berhenti ditepi jalan.
"Eh kenapa berhenti?" Adara soal.
"Nak pegang lembulah. Comel!" Amelia suruh Adara turun dari motor. Adara pun ikut je.
"Hi awak! Shomel nya awak! Nama awak siapa?" Amelia berbual dengan lembu yang ada disitu sambil mengusap lembut badan lembu tersebut.
Adara dah tergelak sambil merekod perbuatan Amelia. Nak masuk dekat Instagram Story.
"Nanti aku ada duit banyak, aku nak buat kandang lembu. Aku nak bela lembu banyak-banyak!" Amelia dengan teruja berkata. Dia happy sangat sebab dapat jumpa lembu.
Adara makin kuat tergelak. Sampai tercangkung-cangkung.
"Weh tolong snap gambar aku dengan lembu ni." Amelia meminta. Adara gelak lagi. Ya Allah! Tak pernah terfikir yang Amelia boleh jadi sekelakar ini.
"Dah lah Lia! Aku nak terkencing!" Adara gelak terbahak-bahak.
"Cepat lah pompuan! Kau jangan gelak macam tu! Takutlah lembu ni nanti." Amelia marah.
"Ya ya! Aku snap. Posing cepat." Adara terus bangun sambil tergelak lagi. Haih! Sakit perut.
Amelia pun posing banyak kali. Kejap usap lembu, kejap peluk lembu, kejap senyum sambil pandang lembu. Macam-macam.
Selesai mengambil gambar, mereka sudah mahu gerak.
"Weh ni apa bodoh?!" Amelia menjerit. Dia nampak sesuatu atas tanah itu.
YOU ARE READING
Pilihan Kedua | C
RomanceKisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazing! Adara nak kahwin? Jap nak screenshot masuk status whatsapp" -Dian Aisya Adara tak sangka, selepa...
Chapter 37
Start from the beginning