prolock

187 13 5
                                    

Aku capai hair dryer atas meja make up sebelum menekan butang on

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Aku capai hair dryer atas meja make up sebelum menekan butang on. Entah kenapa benda alah itu ter-setting dekat dia punya reverse jadi rambut aku yang cantik ini tiba-tiba tersedut!

"WARGHH! RAMBUT AKU! SAKIT!"

Aku pantas tekan off sekali package mencabut plug dia sekali. Cermin yang memaparkan wajah aku dipandang. Kepala aku, sakit. Hair dryer, tergantung dekat rambut aku.

Ini semua salah Lia! Huh, aku benci betul. Kenapa lah aku rasa setiap hari aku teruk? Aku rasa aku akan benci orang yang bernama Lia, selama-lamanya!

Aku lepaskan dengusan kasar sebelum menarik laci meja dan sebilah gunting dikeluarkan. Tanpa fikir panjang, aku gunting rambut aku yang mencecah pinggang ini sehingga menjadi pendek.

ZUP!

ZAP!

Kasar. Hair dryer jatuh ke atas meja. Aku hempaskan gunting! Kerusi ditarik dan aku duduk menghadap reflek wajah aku di cermin. Aku gapai skarf merah aku dan mengikatnya di kepala.

"What? I look like a damn weak Sno- ugh!" Aku cabut balik skarf merah aku dan letakkannya semula atas meja. Aku berdecit, serabut.

Cermin di hadapan, aku tatap untuk beberapa saat. Tangan aku membuka cermin yang juga adalah tempat storage yang tersembunyi. Tiada siapa yang tahu.

Satu case dikeluarkan. Buka. Senyuman sinis terukir di bibir aku. Fikiran aku mula melayang.

Semuanya bermula sejak aku masih kecil. Kerana kedua mama dan papa tentera, aku suka bermain serang-menyerang.

Bukan mama papa je, uncle-uncle aku pun tentera. Aku rasa aku pun nak main tembak-tembak jugak. Nak bergusti jugak, tapi aku takde adik.

Tapi tak apa. Sebab aku ada banyak barang macam bantal merah jambu, patung beruang, getah rambut atau kasut princess aku juga boleh jadi senjata.

Keluhan berat terbit. Ibu jari ini mengusap simbol yang terlukis di glock 19 di tangan. Beberapa saat sebelum aku menyimpan kembali 'mainan' aku ke dalam case.

Setelah menyorokkan semula barang mainan aku, punggung diangkat dari duduk. Kaki dilangkah ke arah katil seraya tangan mencapai sekeping surat kecil di atas meja cermin.

Surat yang sentiasa aku baca sebelum tidur.

Untuk Asmara,

Hari ni mama ambil cuti sebab Asmara demam. Pengasuh Asmara cakap, Asmara tak berhenti nangis, tak nak susu, badan pun panas. Kesian Asmara mama, kan?

Hari ni jugak papa ada dekat rumah sepanjang hari. Jaga Asmara. Kesian papa dapat satu hari free nak rehat, tapi kena jaga Asmara pulak. Nasib baik mama ada.

Pretty Asmara doesn't get sick easily, am I right? My prettiest baby. You're the fairest one of all. Even snow white can't match you.

You give affection.

Aku memusingkan kertas. Tulisan tangan di surat itu bertukar. Papa pula yang menulis.

Hello there, my little snow witch. Papa pun nak tulis surat untuk Asmara juga. Ingat mama aje yang ada? And... I know it's bad to call you that.

But it's good to be a good witch. You can use your magic spells or secret potions to stay healthy. Faham kan maksud papa? Yang boleh panggil Asmara macam tu hanya cinta Asmara saja. Which is me.

Do you think mama will ever call you that? I don't, well.

Asmara. There's one thing you should keep and lock in your mind, okay? Papa is always with you. Papa will never leave you and mama.

Remember that you can worry nothing because papa is here, always.

But someday, if we ever played hide and seek, and you can't find me... forever, remember.

Just find someone like me.

Who is strong, healthy and always, always, always by your side.

Goodbye-bye... Asmara papa.

"My secret potion today is avocado juice. It was gross." Aku tersengih tiba-tiba. Punyalah aku nak blend avocado tu, tapi tak pasal-pasal blender tu rosak lepastu meletup! Huh, semua salah Lia.

Tapi tak apa, aku suruh Karina bersihkan semua. Dia layak buat semua tu. Karina... patut buat benda-benda pathetic macam itu. Nanti aku akan suruh dia kemas balik meja make up aku yang bersepah dengan rambut. Menyeramkan pun ada.

"Well, goodbye-bye, papa!" Aku kucup surat itu. Hari esok mungkin ada, mungkin tiada. Dan aku hanya ada aku.

PON!!!

Bunyi hon kereta bergema tiba-tiba dari luar rumah aku. Dahi aku berkerut. Ish, mengganggu betul! Gagahkan diri, aku bangkit dari perbaringan. Skarf merah aku pakai dan kemaskan di kepala.

Langkah kaki aku menuruni anak tangga, menuju ke luar rumah. Tunggulah pengacau tak guna. Aku nak relaks pun tak boleh.

Snow Witch and The Bitch.Onde as histórias ganham vida. Descobre agora