15 : melody and you

20 3 0
                                    

cuti sebulan tapi aku busy. dapat update satu chap je kot. gosh (⁠╥⁠﹏⁠╥⁠)
nvm, enjoy!

11.00 p.m.

.

.

.

Aku melangkah keluar dari tandas dapur dengan hanya bertuala. Rambut aku menitik-nitik dengan air kerana masih basah. Suis lampu tandas aku tutup.

Berjalan ke ruang tamu, aku nampak Lia yang duduk atas kepala sofa sambil membelek-belek nintendo switch aku. Tersarung di tubuhnya baju pyjama aku yang nampak baggy nak mampus bila dia pakai.

"Woi." Sergah aku, mencekak pinggang. Lia tersentak sehingga terhinjut bahu dan duduk dia jadi hilang keseimbangan. Akhirnya dia jatuh ke belakang ke atas sofa.

"Pfft!" Aku tahan gelak!

"Erk..." Bersusah payah Lia nak bangun balik. "Hahahah! Tak sangka kau terkejut jugak ya?" Tawa aku pecah juga melihat dia terkial-kial.

Lia kembali duduk atas kepala sofa. Refleks, dia terpegang bahu aku, tak mahu terjatuh lagi.

"You!" Tubuh aku ditolak kasar. Lia menyilang tangan dengan riak wajah garang.

"Hah, main barang orang tak mintak. Mana switch aku?"

"Ugh, tak rosak pun lah! Ini. Seluar pyjama you besar sangat. Tak padan, longgar." Lia melempar sehelai seluar dekat aku. Aku sambut dengan tangkas.

"Alright." Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku. Seluar pyjama tadi aku pakai. Almari baju dibuka dan aku mengambil baju putih sleeveless sebelum disarungkan.

Aku capai hair dryer wireless milik aku seraya melangkah keluar dari bilik. Kelibat Lia tiada di ruang tamu. Aku menghenyakkan punggung atas sofa. TV dibuka sambil aku mula mengeringkan rambut.

"What the hell? I ingatkan bunyi apa tadi." Lia muncul dengan sepinggan penuh dengan roti jem. Sebelah tangan lagi air coklat panas.

"Wau, makan lagi? Banyak betul." Kata aku. Lia menjeling tajam. Dia meletakkan makanan dia atas meja depan sofa kemudian melabuhkan duduk atas lantai sebab sofa dengan meja yang agak jauh.

Aku memandang Lia dari belakang. Rambut dia masih nampak basah. Baju pyjama tersarung di tubuhnya sementara pasangan seluarnya aku yang pakai. Jadi Lia pakai seluar track dia yang biasa.

Bau tubuhnya wangi semerbak. Tak tahu pulak aku sabun mandi aku sewangi ni. Buat aku sakit jantung je nak kawal diri.

"Kau tak nak keringkan rambut ke? Takkan nak tidur dengan rambut basah?" Tegur aku.

"Malaslah." Lia menyuap makanan macam biasa. Air coklat dihirup. Keluhan keluar dari mulut aku. Selesai aku keringkan rambut aku, tempat duduk diubah sehingga aku berada di belakang Lia yang duduk atas lantai.

"Biar aku tolong kau."

"Apa?!"

Aku pasang hair dryer dan aku halakan dekat rambut dia. Lia pusingkan kepalanya, memandang aku macam nak bunuh. Aku hanya tersengih.

"Kalau tidur dengan rambut basah, nanti busuk." Ujar aku.

"Ish!" Lia pasrah dan sambung makan sambil menonton TV. Aku tersenyum sendiri. Rambut dia... begitu wangi sampai aku rasa nak kucup ubun-ubun dia. Sejak bila shampu aku bau sedap macam ni?

Berita Retro tiba-tiba tersiar tepat jam sebelas lima belas minit malam. Aku terkaku melihat apa yang terpampang di skrin. Tangan Lia terhenti dari mengambil roti.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now