7 : him

44 7 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


23.30 p.m.

.

.

.

Dia tolong aku.
Kenapa, sanggup?
Dia sukakan aku ke?
Aku harap, ya jawapannya.
Tapi siapa aku untuk menentukan jawapan kecuali aku yang sendiri patut bertanya.
Dia...

Aku berhenti menulis. Pen dibiarkan saja di dalam buku diari aku sebelum ditutup. Aku pandang sekeliling bilik tetamu ni. Ibu Elinor, yakni ibu kepada Munif beritahu aku yang aku boleh buat macam rumah sendiri, di sini.

Aku tak perlu risau apa-apa.

Aku dilindungi, dan disayangi.

Aku dilayan dengan lemah lembut.

Aku... rasa bahagia untuk pertama kali setelah sekian lama.

Pandangan aku terarah ke segenap bilik yang sederhana besar ni. Cukup dengan katil, almari dan meja solek. Tingkap yang ditutup dengan langsir, aku tahu sebaliknya ada pemandangan kolam ikan kecil memandangkan bilik ni di tingkat bawah sekali.

Aku melihat kembali pada buku diari aku. Aku hanya bawa buku ni dan beberapa helai baju sebelum melarikan diri dari rumah tu. Diari ni, penting buat aku. Diari ni sajalah tempat aku mengadu setiap kali Kak Lia dera aku.

"Kalau bukan sebab kau, hidup aku takkan jadi macam ni!"

Itulah kata-kata yang selalu Kak Lia cakap bila dia marah dan pukul aku. Aku tahu, dia marah aku kerana dia anggap aku penyebab mama dan papa dia, mati. Aku penyebab hidup dia menjadi rosak dan penuh trauma.

Tapi bagaimana dengan aku?

Hidup aku tak penting ke di pandangan dia?

Hina sangat ke aku?

Ah, aku taknak fikir tentang semua tu. Buat masa sekarang, aku tenang dan selamat. Semuanya kerana Munif.

Pertama kali aku jumpa dia, ketika aku dihalau oleh Kak Lia sebab dia marahkan aku kerana tak dengar dia panggil. Padahal aku tengah solat isyak. Agak lewat kerana Kak Lia bagi aku kerja rumah terlalu banyak.

Akhirnya, dengan kain telekung hitam, aku duduk mencangkung depan pagar sambil menangis. Aku takut, sangat takut sebab masa tu langit gelap gelita tanpa cahaya bulan, dan suasana amat sunyi.

Tidak sehingga ada bunyi hon kereta yang memecah kesunyian aku dan cahaya cerah yang menerangi kawasan berdekatan. Rupa-rupanya, lampu kereta Munif yang terus menuju ke arah aku.

Dia sapa aku dan tanya mengapa aku di luar rumah malam-malam buta. Masa tu aku terkejut, tapi aku ingat senyuman berlesung pipit dia yang... comel.

Pipi aku tiba-tiba berubah hangat.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now