10 : maggi talk

50 7 1
                                    

i know the word 'maggi' is not a word. its a brand. its actually a noodle. mi in malay. but still im gonna use it, for fun. ngeheheh.

.

.

.

03.07 a.m.

.

.

.

Aku tersedar bila terdengar bunyi sesuatu di dapur. Dahi aku berkerut seribu. Aku cuba bangun sembilan puluh darjah dari sofa. Telefon dicapai dan aku lihat masa.

Sepertiga malam.

Atas meja masih ada mangkuk bekas aku makan maggi. Sebelahnya ada controller berwarna hitam milik aku. TV menyala dengan game yang ter-pause.

Aku meraup wajah. Tangan mula mencari-cari spek. Habit.

Aku buka telefon lalu melihat ada mesej daripada ibu.

BUP!

Bunyi di dapur kedengaran lagi. Tertanya-tanya, aku bangun juga, memakai spek, dan pergi melihat. Kot-kot lah pencuri kan. Ha baguslah tu. Pencuri ceroboh rumah penjenayah macam aku ni.

Mata aku terkedip-kedip bila sampai dekat ruang dapur yang cerah. Aku tutup mulut, menguap. Tak ada apa-apa pun.

Aku jalan depan sikit, mengikut sumber bunyi, sebelum satu penampakan yang tengah berdiri atas cabinet shelf menjengah penglihatan aku!

"HOLY SHIT!" Aku tercarut!

"AAAHHH!!!" Hantu itu turut menjerit.

"Woi!" Hantu pandang aku, aku pandang dia. Untuk sesaat, jantung aku luruh kemudian balik ke tempat asal.

"For god's sake, Lia? What the fuck are you doing?" Tapak tangan aku menutup muka sambil menghela nafas panjang.

Mana taknya aku fikir dia hantu tadi? Dengan baju putih dia yang mencecah lutut macam jubah tu- sekejap, tunggu. Aku dongakkan kepala memerhati Lia yang agak tinggi kerana berdiri atas shelf.

"Eh ni baju aku kan?"

Lia buat tak dengar soalan aku, kembali menggeledah kabinet dapur.

"Kau cari apa nyah? Turun sekarang. Kau nak jatuh pecah kepala dulu ke apa?"

"I tahu, tadi you makan maggi kan? Ha, mana?" Soal Lia. Namun perhatian aku teralih pada betis dia yang terdedah. Putih, terlalu putih sampai aku rasa ini bukan cerah. Tapi warna putih itu sendiri.

"Woi."

Fikiran kotor aku tercantas.

Fokus aku kembali kepada Lia. Keluhan berat terlepas dari bibir. Aku langkahkan kaki mendekatinya sebelum mendongak memandang dia.

"Turun. Aku ambilkan."

Aku yang tengok aje ni pun risau kadang-kadang, takut kaki Lia tergelincir ke apa tak pasal-pasal pagi ni aku tanam mayat.

"Eee, ish!" Lia akhirnya mencangkung, nak turun.

"You know what, I thought you're a hijabi. But... guess not?" Nampak macam dia struggle sangat sebab nak cover lutut dan shelf itu pun tinggi, aku tolong juga.

"Sini." Bisik aku, kedua belah tangan memegang pinggang Lia dan membantu dia turun. Aku pun jem entah macam mana la dia panjat.

Lia berdecit kemudian menolak tangan aku ke tepi. Tak ada sepatah pun dia bercakap. Mungkin aku tak patut tanya pasal hijab kot tadi.

Lia menuju ke peti sejuk sebelum membukanya. Sementara tu, aku pergi ke kabinet atas sekali, buka dan mencapai dua paket.

"Kau nak satu ke dua?" Tanya aku.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now