6 : evil plan started

54 7 1
                                    

23.43 p.m.

.

.

.

"Let me drive."

Lia hanya buat tidak dengar.

"Miss-" Aku tahan sabar. Dia mula memasang enjin keretanya.

"Let. Me. Drive. The car." Aku bersuara keras. Aku tak kisah walaupun kereta ni bukan milik aku. Aku cuma...

Lia berdecit kemudian menjeling ke arah arah aku. Tubuhnya mendekati diri ini atau lebih tepat membuka dashboard di depan aku. Dia keluarkan beberapa barang macam dashboard tu ialah first aid kit.

Dia pandang aku tiba-tiba. Aku terdiam dan turut membalas renungannya. Lama juga kami bertentang mata. Tapi, apa dia nak buat ni?

"Ugh." Bebola matanya berguling ke atas.

"Tangan you," sebutnya. Nada jengkel.

"Tangan? Apa... apa pasal dengan tangan aku?" Soalan aku dibalas dengan mimik wajahnya yang menyampah.

"You nak drive macam tu?" Bibir mungilnya muncung menunjuk ke lengan aku. Pandangan dijatuhkan pada lengan kiri. T-shirt putih aku yang bertompok-tompok darah kering dan kulit di siku aku terdapat juga darah kering.

Penangan Lia sehingga aku boleh terlupa yang aku baru saja kena tembak tadi.

Terasa fabrik baju di bahagian dada aku ditarik tiba-tiba sehingga aku menghadap kepada Lia. Terpegun aku seketika apabila melihat wajahnya yang sedekat beberapa inci ini.

Dia menyembur sesuatu cecair sehingga aku terasa pedih sebelum aku merasakan sesuatu ditarik keluar dari daging lengan aku. Peluru, mungkin.

"Aduh..."

Makin pedih rasanya bila Lia menyapu-nyapu luka aku dengan kapas kemudian lengan aku dibalut ketat dengan kain perban. Walaupun hampir lima minit memakan masa tapi aku mahu lebih lama.

Mata aku kembali menatap wajahnya. Hati aku tertanya-tanya. Apa motif dia sebenarnya? Kenapa mahu bunuh Karina? Kenapa setuju dengan aku?

"So you're... Ofelia." Kataku, perlahan.

Pandangan matanya bertemu sepasang mata aku. Jeda. Beberapa saat kami dalam keadaan begitu sebelum dia mengalihkan mata. Kembali bersandar di kerusi pemandu.

Aku ambil masa ni untuk berfikir dengan dalam. Patutkah aku tolong dia? Ya, mungkin patut sebab dia dah lepaskan aku. Mungkin tak patut sebab dia ada niat yang tak baik dan aku tak mahu ada bahaya datang pada rumah anak yatim tu.

Aku berfikir-fikir lagi sampai lima saat dan mengambil keputusan untuk keluar dari kereta kemudian membuka pintu bahagian pemandu.

Kali ni saja, Munif. Lepas kau bawa Lia jumpa Karina... kau bawa dia jumpa polis. Okay? Bawa. Dia. Jumpa. Polis.

Aku pandang Lia sambil mengangkat sebelah kening. Dia tak bergerak malah memeluk tubuhnya sambil menyandar di kerusi.

"You could've runaway." Ujarnya.

Aku hembus nafas berat.

"You're right. I could've runaway. Atau tangkap kau sekarang sebab aku boleh. But as you can see, I don't. Are you not okay with that?" Tanya aku, lengan menongkat di pintu kereta yang terbuka.

Kepala Lia diangkat untuk memandang aku. Aku balas pandangannya tanpa mengalihkan mata. Lama, terlalu lama aku rasa walaupun mungkin hanya untuk seminit sebelum dia kalihkan pandangan ke arah lain.

Kaki Lia angkat kemudian dia berpindah tempat duduknya ke sebelah. Aku bersyukur juga sebab dia ikut saja apa aku suruh. Kenapa, ya?

Aku labuhkan duduk dan memakai tali pinggang keledar.

Snow Witch and The Bitch.On viuen les histories. Descobreix ara