8 : run

37 7 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




23.50 p.m.

.

.

.

Aku buka pintu dapur. Rasa macam aku ada terdengar bunyi pintu ditutup kalau tak silap. Tapi aku buat tak kisah.

"You rasa Karina dekat mana?"

Lia berdiri rapat di sebelah aku. Kalau gunakan otak fikiran aku, mungkin Karina duduk di bilik tetamu memandangkan dia seorang tetamu.

"Cuba check bilik sana." Aku muncungkan mulut ke arah pintu bilik tetamu yang tertutup. Lia anggukkan kepalanya kemudian berjalan mendahului aku.

Kenapalah aku kena buat semua ni...

Aku tarik lengan dia mendadak sehingga tubuh dia berpusing menghadap aku. Dia pandang aku geram. Aku tatap wajahnya seketika.

"Jangan buat bising. Aku taknak ganggu ibu ayah aku. Faham?"

Lia berdecit sebelum menepis tangan aku kasar. Aku hanya berdiri kaku di sebelah meja makan, memerhati dia yang sedang menuju ke bilik tu. Jantung aku berdegup kencang.

Bilik ibu dan ayah di tingkat bawah ni juga. Risau pula aku kalau si Lia ni buat bising. Bukan boleh percaya dia ni.

Aku hanya merenung dia yang membuka pintu- dan tiba-tiba saja meluru masuk ke dalam! Dahi aku berkerut. Ada apa hal-

"Ka... karina!"

Aku tergemap mendengar jeritan Lia tiba-tiba! Panik, laju aku berlari ke bilik tetamu! Mata aku terbeliak melihat sekujur tubuh Karina yang lesu di atas lantai.

Darah.

Darah pekat mengalir di atas lantai rumah ini.

Aku pandang Lia dan pisau di tangannya.

"Aagh... Sakit..." Karina teresak-esak sebelum kelopak mata dia tertutup perlahan-lahan. Nafas aku terhenti. Apa yang aku dah buat ni?

"Astaghfirullahaladzim! Munif?! Kenapa ni?!"

Jantung aku terhenti.

Suara ibu kedengaran di belakang.

Aku semakin panik. Aku tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba, bunyi pisau yang jatuh berdenting ke atas lantai mengalihkan perhatian aku. Lia... wajah dia pucat.

"Bukan aku..."

"Ya Allah, Karina!"

Ibu melintasi sebelah aku sembari memangku tubuh Karina ke atas pahanya. Aku telan air liur yang terasa berpasir. Buku lima digenggam.

Mata aku bertemu anak mata ibu yang bersinar-sinar kerana berair.

Aku gigit bibir dalam.

Maafkan Munif, ibu.

"Lia."

Aku menarik tangan Lia kemudian kami berlari keluar dari rumah ini. Aku bawa dia keluar ikut pintu dapur dan dia hanya mengikut aku sehingga ke kereta.

Tutup pintu dan aku mula menyumpah seranah. Lia meraup wajahnya, menunduk.

"W-what... what just happened... what just..."

"That's it, right?! That's what you wanted to do! Were you done? Or... or you actually wanted to stab her in the-"

Aku menengking Lia namun suara aku terputus apabila dia mencelah.

"Shut the fuck up! Stop... stop it!"

Lia renung aku, matanya membesar dan raut wajahnya kelihatan sangat marah sehingga kulitnya bertukar warna pink. Aku balas pandangan dia.

Aku dapat dengar nafasnya yang berhembus laju dan aku tahu dia juga dengar bunyi aku yang macam sesak nafas. Beberapa saat kami berkeadaan begitu sebelum mengalihkan mata ke arah lain.

Aku mulakan enjin kereta.

Sebelum apa-apa, aku fikir lebih baik aku bawa kereta pergi jauh dari sini terlebih dahulu. Aku tak tahu apa sebab untuk itu sebenarnya dan aku taknak fikir pun.

Takut ibu aku nampak?

Takut polis datang?

Atau aku cuba nak lari?

Geleng kepala.

Aku tekan pedal dan kereta mula membelah laluan jalan raya. Lia masih menekup wajahnya dan menundukkan kepala.

"Kau dapat mana pisau tu, hah?" Aku cuba mulakan perbualan.

Pelik.

Situasi sekarang ni pelik sebenarnya bagi aku.

Dengan apa yang baru terjadi tadi, dan apa yang aku dan Lia berada sekarang ni, dan apa yang aku baru tanya tadi... aku sedar semuanya.

Aku dah bersubahat dengan penjenayah muda macam Lia.

Mampus lah hidup aku lepas ni.

"Lia, I'm asking you."

"I taknak cakap apa-apa pasal tadi." Akhirnya, dia membalas. Suaranya celas celus keluar dari tapak tangan yang melekap di wajah.

Aku tarik nafas panjang.

"My mum must have called the police by now." Kataku, jari telunjuk menolak cermin mata ke dalam. Pantas kepala Lia terangkat dan dia memandang aku.

"We're going to my house."

"Your house?"

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now