14 : munif's apple

23 7 3
                                    

adam's apple? nah.
munif's apple? ya!

09.55 a.m.

.

.

.

BAM!

Pintu kereta dihempas kuat!

VROOM!

Nissan blue black milik Lia yang aku pandu memecut laju membelah jalan raya.

"Shit. You ni tak boleh laju lagi ke?!"

"I literally- ugh! Aku dah lebih had laju ni kau tak nampak?!"

"Red light, red light!"

"Huh?!"

Aku pandang jalan yang jem akibat lampu isyarat di depan dan akhirnya kelajuan kereta semakin berkurang.

"Fuh. Eh dorang ada kat belakang ke?" Lia menjenguk kepala memerhati belakang kereta.

"If you didn't act like a... like a fool, they wouldn't have known us!" Kataku sambil meraup wajah. Jantung aku hampir-hampir saja rasa nak tercabut. Macam mana kalau aku dan Lia tertangkap tadi?

"You told me to act normal. Not too mystery, not too-"

"Well not like that! You obviously looked like you were hiding something and then bum. They knew us after seeing your face."

"Okay then that's not my fault. Our faces are already covered the whole-"

"Shut up. Green light. Stop talking." Aku kembali memecut dan memotong kereta. Lia terdiam akur dan memeluk tubuhnya dengan wajah cemberut.

Suasana menjadi senyap. Tiba-tiba aku dengar Lia sedut hingus kemudian membetulkan kotak suara. Eh dia ini selesema pulak ke?

Dari ekor mata aku tahu dia mencebik bibir dan menyindir aku senyap-senyap. Huh, nasib baik sempat beli makanan. Ada ke pulak dia layan lelaki cashier yang nak mengorat. Aku suruh buat-buat biasa tapi bukan tu caranya!

Beberapa minit perjalanan, kami akhirnya selamat sampai balik ke rumah banglo setingkat aku tanpa ada kereta polis yang membontoti. Fuh, lega nak mampus. Aku parking kereta di belakang rumah, untuk berjaga-jaga.

Belakang rumah aku ada pagar utama yang kedua, sama besar dengan pagar depan. Menghadap jalan hutan yang rata. Kawasan tu sebenarnya kebun kelapa sawit milik ayah aku. Soalan Lia yang bertubi-tubi kerana hairan aku palau sahaja.

Masuk saja ke dalam rumah, Lia terus ke dapur dan mula membuka plastik rotinya.

"Jem dekat mana?" Tanya Lia. Belakang tangannya menggosok-gosok hidung sehingga merah.

"Kabinet tu." Jari aku menunjuk.

"Atas?"

"Bawah sekali. Sejak kau masuk sini, aku pindah semua barang dekat bawah. Kot-kot kau nak curi tak payah lah kau panjat lagi. Naya lah aku kalau kau jatuh tak pasal-pasal." Aku membebel tiba-tiba. Lia mengerutkan keningnya, menyampah dengan aku.

Chocolate spread jenama Nutella, jem strawberry, blueberry dan marmalade dibawa ke atas kitchen island. Aku menuju ke peti sejuk dan mengambil tiga biji epal. Basuh, dan aku bawa ke meja. Tangan menarik bangku sebelum melabuhkan duduk.

Tiga biji epal tadi aku letak atas pinggan. Aku terlebih dahulu ingin makan roti sosej sebesar gajah yang aku beli tadi. Lia pula menyapu jem strawberi pada roti.

Aku memerhati jari jemari dia yang lincah. Lia memalingkan kepala ke tepi apabila dia terbatuk beberapa kali. Tunggu, satu bungkus roti yang besar tu memang untuk dia sorang aje ke? Dahlah dia makan dengan macam-macam jem.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now