17 : floating in love

11 1 0
                                    

03.01 a.m.

.

.

.

Tenggelam.

Tubuh aku seolah-olah terapung sendiri kerana kaki yang tak mencecah lantai. Leher aku terasa bagai dijerut. Udara aku, hilang.

Aku tarik nafas. Sial. Peparu aku dipenuhi dengan air. Dingin air menerjah ke dalam larynx. Panik.

I literally just breathe the water.

Tangan dan kaki semakin bergerak laju membebaskan diri dari terus lemas. Lemas dalam gelap. Hanya bunyi arus air yang dibuat oleh aku saja kedengaran.

Believe me.

Nafas aku semakin menghilang.

You'll die.

Masih, mencari-cari ruang udara yang ada tapi-

Tell the truth.

Segala otot aku berhenti bergerak. Hidung aku pedih teramat kerana masuk air. Aku penat mendayung namun tetap tak ke mana-mana. Mimpi lagi, ibu. Tapi mimpi kali ini sakit. Munif betul-betul tak boleh nak bernafas.

Suara itu bergema lagi.

Atau sebab kau dah jatuh cinta?

Jatuh cinta?

Cinta?

Seperti batu, aku tenggelam.

...


Oksigen kembali meresap ke dalam peparu. Sesuatu yang lembut menyentuh bibir aku. Udara dihembus dan aku tahu.

Aku bukan bernafas dengan oksigen sebaliknya karbon dioksida dari seseorang.

I just breathe someone's air.

Seseorang.

Bibir dia menjauh. Ruang kosong yang semakin memenuhi dalam peparu memaksa aku untuk terbatuk-batuk kuat, mengeluarkan segala air. Mata terpejam erat.

Aku tak mahu buka mata. Tubuh terbaring lesu atas lantai. Tak mahu gerak, tak mahu fikir.

"What do you think you're doing?"

Suara dia. Sepasang tapak tangan melekap di dada bidang aku. Kedua belah tangannya menepuk aku beberapa kali.

"Can you hear me?"

Suara dia lagi, tapi aku tetap tutup mata. Mimpi ini bersambung. Mimpi ini terus bersambung.

Leher aku dirangkul dan belakang kepala mendarat atas sesuatu macam bantal. Tubuh aku digoncang lagi. Tak cukup dengan itu, pipi aku ditampar perlahan.

"You coughed. You should be conscious now."

Aku diam. Tolong pergi dari sini. Aku tak nak, apa-apa buruk terjadi lepas ni. Lia.

"Wake up or I'll cry."

Kelopak mata terbuka. Sekilas, wajah Lia berubah. Dari bibir yang hampir melengkung ke bawah, kepada muka yang terkaku. Baju pyjama yang Lia pakai basah kuyup sehingga aku nampak benda yang tak sepatutnya depan mata.

Sepantas kilat aku bangun terduduk. Tapak tangan menutup wajah. Satu badan menjadi hangat tiba-tiba walaupun air yang membasahi sekujur tubuh aku ini sejuk beku.

"You buat apa sebenarnya?" Suara dia kedengaran tajam di sebelah aku. Tajam, dan... indah. Hilang akal aku jadinya.

"Kalau you mati, mayat you siapa yang nak heret? Siapa yang nak tanam? Siapa yang kena tuduh? You nak makin menyusahkan I ke?" Lia menyindir aku pedas.

"Gila. You gila ya? Mandi kolam tengah-tengah malam? Lepas tu lemas?"

Lia menggoncang bahu aku beberapa kali. Aku genggam buku lima aku keras. Perasaan gergasi bermaharajalela di segenap hati dan aku cuba melawannya sedaya upaya.

"Cakaplah! You fikir apa sebenarnya?! You-"

"Shut it!" Jerkah aku, dalam. "I don't know! I don't know what came over me. I-"

"What do you mean?"

"Listen." Aku pandang mata Lia dalam-dalam.

"Why should I listen to you?!" Wajah dia memerah kerana geram. Kedua tangan dia merentap baju aku dan memberi aku tatapan maut.

"You sedar tak you buat apa tadi? You just almost killed yourself!" Kali ini aku pula yang ditengkingnya. Aku menggigit bibir kuat. Wajah Lia yang dekat aku renung.

"You're making me half crazy! Tau tak-"

Sebaik saja telinga aku menafsir ayat pertama Lia, tangan aku terus naik memegang bahunya. Lia terdiam. Kesabaran aku, tamat di situ.

Aku tarik nafas. Bawah lengan Lia disauk lalu tubuhnya aku angkat sekelip mata. "What the?!" Jeritan dia yang bergema aku tak hiraukan. Aku bawa dia atas bahu kanan dan mula melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam rumah.

"Let. Go. Of. Me!" Belakang tubuh aku mula dipukul beberapa kali. Lia menjerit lagi dan suaranya bergema dalam kesunyian malam. Tak lama sebelum dia mencakar-cakar aku, kuat!

Tangan kanan memegang pinggang dia, tangan kiri menutup pintu sliding. Aku meringis sakit kerana kuku dia yang tajam. Tubuh dia tak berhenti bergerak mencuba untuk meloloskan diri.

"Lepas. Lepas sekarang! Jangan pegang I!"

Aku melangkah ke ruang tamu. Cakaran dia sabung-menyabung. Air menitik di setiap jalan yang aku lalui dek tubuh kami yang basah.

"Put me down!" Lutut dia menghentam perut aku!

"You nak buat apa?! Just, let me go! Put me the hell down right no-"

DEBUSH!

Aku tak sengaja tapi tubuh Lia aku hempaskan dekat atas sofa. Aku menahan dengan lengan dari menindih tubuh dia sepenuhnya. Lia diam seribu bahasa, terkesima.

"Listen to me." Air dari rambut aku menitik ke wajahnya.

Kerongkong dia bergerak, menelan liur. Kedua tapak tangannya melekat di dada aku, menghalangnya dari bersentuhan. Apa pun, aku tetap rasa jantung Lia yang berdegup kencang kerana nafasnya yang laju.

"You don't have to save me."

"I don't, want you to touch me."

"I don't want to hear your voice."

Ayat aku terus bersambung.

"If I'm making you half crazy then you're making me completely insane."

Pandangan aku bersabung dengan anak matanya untuk beberapa saat sebelum-

"Get off me!" Lia menolak aku sekuat hatinya sehingga kami berdua terduduk menghadap satu sama lain.

PANG!

Kepala aku terteleng dek tamparan Lia. Rasa berpijar automatik hinggap di pipi. Terpempan.

"You cakap benda yang I patut cakap!"

Lia bangkit dari sofa. "Ulang balik apa yang you cakap tadi, imagine that I was the one who said it first! That will finally make sense! Huh... what a bitch."

Gadis itu beredar dalam keadaan basah menuju ke bilik. Aku semakin terdiam membisukan diri. Deria pendengaran aku menangkap suara Lia yang menggumam perlahan ketika berjalan.

"He was singing songs just now and then started going crazy?"

KLAK!

Pintu akhirnya ditutup. Keluhan berat terlepas dari bibir. Apa yang dia cakap itu betul.

"Salah aku ke?" Aku raup wajah beberapa kali dan menjambak rambut ke belakang dengan kasar. Makin aku fikir, makin serabut.

"What have you done to me? What did you do?"

Aku hanya termenung begitu, memikirkan. Pandangan beralih ke arah sofa. Air di mana-mana.

"Haih..." Aku mengeluh tak berhenti. Minda aku kacau akibat mimpi buruk tadi dan aku sedar. Aku sedar habit aku berulang lagi.

Tidur berjalan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now