4 : surprise

55 11 1
                                    

19.36 p.m.

.

.

.

"Assalamualaikum! Ibu..."

Aku panggil bidadariku setelah masuk ke dalam rumah. Suasana agak senyap. Budak-budak tengah solat dan mengaji di tingkat atas agaknya.

Kelihatan kelibat ibu keluar dari dapur.

"Aik, tertinggal benda ke, sayang? Tadi kata pergi rumah kawan?" Aku tak jawab soalan ibu. Salam dulu.

"Muah, rindu ibu." Sempat lagi aku bergurau dengan cium tangan ibu kuat-kuat. Sudah lah Karina hanya terkebil-kebil saja mengikut aku di belakang.

"Ini sapa? Munif..." Ibu buat-buat tak nampak saja kasih sayang aku tadi seraya memandang ke arah Karina. Ibu mengerling matanya dekat aku macam, 'bakal menanti ibu ya?'.

"Just friend, ibu. This is Karina." Aku tunjuk dekat Karina.

"Karina, my girlfriend." Aku tunjuk dekat ibu pula. Bahu aku ditampar ibu. Karina pada mulanya senyum saja apabila ibu bertanya khabar sebelum wajahnya berubah sayu.

"Hic... M-makcik..." Air mata tiba-tiba bergenang di tubir matanya kemudian perlahan-lahan dia mendakap tubuh ibu. Ibu beriak biasa, membalas dakapan Karina sambil mengusap-usap belakangnya.

Mata aku membesar dan mulut aku mengukir senyum kelat. Tiber dan emosional betul ya perempuan ini? Apalah yang dia kena mandrem dengan kakaknya itu.

"Kenapa ni? Cuba bagitau ibu," pujuk ibu lembut. Aku yang cuma memerhati dari tadi menggaru-garu kepala.

Karina's suck. But I can't tell her that. So just fake smile.

"Ibu..." Aku tersengih 'ramah'.

"Karina nak tumpang duduk di sini. Dia... ada masalah dekat rumah dia. Boleh kan?" Aku sukarela memberitahu. Ibu meleraikan pelukan, tangan naik mengelap air mata Karina.

Aku tahan diri dari mengerutkan hidung aku. Cringe.

"Boleh, sayang. Kenapa tak boleh? Ibu faham sangat-sangat. Rumah ini terbuka untuk semua orang macam Karina. Tak mau sedih-sedih, ya?" Sekali lagi ibu memujuk.

"Alright, ibu. Munif ada hal ni. Tolong tengokkan Karina. Pergi dulu..." Aku beredar cepat-cepat menuju ke luar rumah.

"Eh Munif, dah solat maghrib ke belum?" Ibu tanya aku.

"Belum. Nanti, dekat rumah kawan."

"Hm, yelah." Ibu anggukkan kepala sambil tersenyum.

"Munif!" Suara orang memanggil. Siapalah kalau bukan Karina. Haish, apa lagi yang perempuan ni nak dari aku...

"Hmm.... why?" Aku pusing badan dalam slow motion menghadapnya. Muka dibuat bajet suci. Tidaklah aku mahu buat masam pula. Remember, there's still sympathy!

Karina menundukkan kepalanya. Aduh, perempuan ni. Malu-malu kucing pulak. Ya, kucing!

"Terima kasih... terima kasih sangat, Munif. Your mouth can be so cruel but, I know you're kind. Very. Saya terharu sangat sebab awak setuju tolong saya. Saya tak tahulah apa akan jadi kalau awak takde."

Aku pandang ke bawah melihat wajahnya. Senyum sinis terukir di bibir aku mendengar ayat dia. Cruel? Sorry, girl.

"Thanks so much," ucapnya bersungguh-sungguh. Nasib baik dia tak nampak aku senyum ibarat ahli sihir. Dia ini pun satu. Asyik tunduk-tunduk saja, lepas tu cakap macam tengah cakap dengan crush pulak.

"You're welcome! And welcome here... I promise you it's a great place for you to stay for a while!" Kali ini aku cuba sengih betul-betul. Manalah tahu ini kali terakhir aku tersengih kepada dia.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now