12 : stuck with you

35 7 1
                                    

08

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

08.14 a.m.

.

.

.

"UM... CAN YOU FREAKING HEAR ME?!"

"MUNIF! WAKE UP!"

"WOI!"

Aku tersedar dari tidur akibat satu suara yang tak berhenti memekik dari jauh. Aku duduk sembilan puluh darjah, memproses. Shit... aku terlepas solat subuh. Sebelah tapak tangan meraup wajah.

"Munif! Please..."

Suara Lia memanggil aku lagi. Kuat, mungkin dari pintu bilik. Aku sarung cermin mata kemudian terus bangun. Bilik aku sendiri dituju.

Lia dengan separuh badannya yang keluar dari pintu menjengah pandangan. Apahal? Dia tak boleh keluar ke?

"Goddamnit! You sloth!"

Lia mengeluh kuat. Aku garu peha aku yang terdedah kerana hanya memakai boxer. Tubuh yang tak berbaju, aku peluk. Kening diangkat menunggu Lia menyambung kata-katanya.

Lia hanya diam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dengan teliti.

"Ugh... why aren't you wearing anything? Just, wait a minute. I... kinda need your help. Real quick."

Lia masuk ke dalam semula. Dahi aku berkerut seribu. Malam tadi selesa sangat kot sampai aku terbuka baju. Akhirnya aku tunggu depan pintu ini hampir dua minit.

Pintu terbuka dengan tiba-tiba, separuh. Satu tangan keluar, menghulurkan sekeping kertas kepada aku. Pintu terus ditutup selepas aku capai kertas itu.

Kening aku semakin berkerut. Aku baca tulisan di atas kertas. Apa yang dia nak mintak tolong aku ini sampai tak boleh nak cakap sendiri?

'Urgent. Tolong belikan pad. Mana-mana pun boleh. I tak kisah. ASAP.'

"What the hell? Woi." Aku ketuk pintu.

"Kau period-" Kata-kata aku terhenti. Patut atau tak sebenarnya aku tanya soalan macam tu?

"Pergi beli aje lah!" Lia menjerit dari dalam.

Aku garu kepala yang tak gatal. Bingung. Fokus, Munif. Fokus. Aku terus pergi ke ruang tamu semula. Menyarung baju. Tunggu, seluar aku.

Aku pergi semula ke bilik. Ketuk pintu. "Tolong ambil seluar track satu." Arah aku. Kemudian, pintu terbuka dan Lia menghulurkan sehelai seluar track tanpa menunjukkan wajahnya.

Tangan aku mencapai seluar tu sebelum memeriksanya.

"Eh, ini seluar tiga suku!"

"Alah, okay dah tu! Pergi je lah!" Lia menjerit lagi untuk kali keduanya. Aku merengus dan akhirnya memakai juga seluar tadi.

Aku pergi ke ruang tamu dan mengambil satu cap berwarna hitam di cap rack aku. Dapur pula dituju dan aku mencari mask. Jumpa.

Aku tak tahu. Aku cuma rasa aku perlu tutup muka aku. Mungkin, aku takut tertangkap. Tapi... aku tak bersalah pun. Kan?

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now