2 : her

69 12 1
                                    

"Now, who is lost?"

Ayat pertama yang aku dengar selepas Benji buka pintu. Aku tak hiraukan dia, terus masuk ke dalam.

"Apahal yang kau boleh sesat sampai setengah jam? The neighborhood is not so big, though."

Aku menuju ke sofa, tangan membuka butang baju kemeja kerana berpeluh. Benji hanya mengikut sebelum turut melabuhkan punggung di sofa.

"Otak kau, Tesla. Itu Porshe bengong."

"Auch." Benji sentuh dada.

Aku hanya mengibas-ngibas t-shirt putih yang masih tersarung. Biar masuk angin sikit. Manakala Benji membuka suis tv kemudian mencapai Twisties atas meja.

Aku rehatkan diri. Cermin mata aku biarkan jatuh ke batang hidung. Ini baru lepak namanya.

Buka mata dan aku termenung memandang siling ruang tamu yang terdapat chandelier sederhana besar. Benji masih tinggal dengan ibu bapanya cuma hari ni kedua orang tua dia tiada di rumah. Aku tak ambil tahu pula kenapa.

Kadang-kadang bunyi tembak-menembak dari dalam komputer menjengah pendengaran. Fabian, seorang lagi hamba aku selain Benji yang tengah stream live dia di sudut ruang ini.

Wajah gadis garang aku temui tadi muncul di fikiran. Tak semena-mena aku tersengih seraya menggelengkan kepala.

"Good boy...?"

Aku tak boleh tahan dari mengeluarkan ketawa kecil, lesung pipit mula muncul. Tangan menampar pipi sendiri. Aku kemudian tersedar sesuatu.

Tadi, gadis tu ada pandang pipi aku, sebab ternampak lesung pipit aku ke?

"Hahahah!" Aku tiba-tiba tergelak!

"Nape kau ni? Dah gila ke apa?" Soalan Benji aku tak endah.

Gitar elektrik milik Benji yang disandarkan di belakang sofa aku ambil. Talinya aku petik perlahan-lahan sehingga terhasil satu melodi.

"Elok sikit pegang tu, aku say-"

I don't wanna talk right now
I just wanna watch TV
I'll stay in the pool and drown
So I don't have to watch you leave

Kata-kata Benji tercantas begitu saja. Aku rasa diri aku tenggelam dalam keinginan untuk, 'tak dilupakan'. Tapi tak dilupakan oleh siapa?

I put on Survivor just to watch somebody suffer
Maybe I should get some sleep
Sinking in the sofa while they all betray each other
What's the point of anything?

Mata amber yang tajam, pipinya merah jambu kerana dingin malam, rambutnya berombak dan hitam. Kelam seperti langit ketika itu. Semuanya aku ingat.

Untuk seketika aku hanyut, sehinggakan bebelan hamba di sebelah sayup-sayup saja kedengaran.

All of my friends are missing again
That's what happens when you fall in love
You don't have the time, you leave them all behind
You tell yourself it's fine, you're just in love

Petikan terakhir di tali dan aku kembali ke dunia realiti.

"Tak sesuai. Sebagai pakar, aku rasa mungkin kau patut guna gitar biasa instead of the electric one. Dan kalau suara kau tinggi sikit, okay bunyinya. Ini tak, dalam." Benji membuang segala nasihat tak berbaloinya kepada aku.

"Kau kenal, Karina?"

Benji mengerut dahi kemudian menyuap snek Twisties ke dalam mulut. Berfikir.

"Ya, why?"

"Oh. Dia tinggal dengan sapa?"

"Kakak dia."

"Name?"

Kali ni Benji berfikir agak panjang. Aku tunggu penuh sabar. Sesekali, snek di tangannya aku ambil juga untuk makan.

"Lia."

Suapan ke mulut aku terhenti. Kepala terangguk-angguk dan aku senyum nipis.

"Tapi, orang yang tinggal dekat sini, termasuk aku, tak bergaul dengan dia. Memang tak nak dan tak boleh."

"Maksud kau?"

"Wait. Sebenarnya dari mana kau tahu pasal Karina ni?" Tanya Benji dengan nada macam detektif. Aku terpinga-pinga kejap, kebingungan.

"Ah... Aku terserempak dengan dia tadi."

"Hmm... okay." Benji hanya mengangguk. Aku tunggu dia untuk sambung ayat.

"Orang kata, Lia dan Karina tu ada hubungan yang tak berapa baik sangat. Lia tu pembuli. And oh, dorang adik beradik tiri."

Teliti aku mendengar ayat Benji. Mata aku merenung tak lepas ke arahnya. Entah kenapa aku rasa betul-betul nak tahu dengan lebih lanjut.

"Habis tu apa yang besar sangat? Sebab dia pembuli dan kakak tiri?" Aku soal Benji.

"Bukan tu jelah. Dia disyak, mendera si Karina tu lah."

"Dera?" Seperti yang aku jangkakan.

"Dia tak kena lapor polis sebab, yelah takde bukti yang kukuh. Tapi aku dengar dah ada sebenarnya orang tahu dan nampak. And dia kena ugut dari Lia tu."

Aku tergelak terbahak-bahak! Fabian yang seperti tak wujud tadi pun sampai berpaling sekilas. Benji pandang aku macam aku ini alien.

"Fake, fake..." Aku mengujar sesuka hati.

"No, it's believable!" Benji menafikan, stentorian suaranya.

"Why? Do people here think women shouldn't abuse?" Aku menoleh memandang Benji, kening diangkat.

Dia hanya terkelip-kelip mata. Apa kata-kata aku pelik sangat?

Snow Witch and The Bitch.Où les histoires vivent. Découvrez maintenant