3 : help

74 13 1
                                    

18.41 p.m.

.

.

.

"You're not coming, are you?" Aku soal dia.

Aku menukar tempat dumbbell kecil 3 kg di tangan kiri ke tangan kanan. Kiraan bersambung.

"Aku kan kerja kat sini. Kau, kerja kau tolong ayah kat sana sambil study. Tak payah urus kedai tak guna tu lagi. Kerja part time konon."

Aku berhenti lifting.

"It's a cafe. Arcade cafe. Bukan kedai tak guna." Aku capai telefon yang dalam mode speaker itu.

"Aku tahu ayah yang suruh kau cakap dengan aku, kan? No, I just do what I wanna do. Suka hatilah kalau kau taknak balik ke sini, forever. I don't give a damn."

Aku nak matikan talian tapi kata-kata dia yang seterusnya buat aku terdiam.

"How's your somnambulism? Still doing it?"

"What do you mean still doing it? You know I can't control that. Ugh..." Aku raup wajah dengan sebelah tangan.

Tanpa menunggu Ashraf membalas, aku letak telefon. Aku bingkas bangun dari bangku dan meletak ke tepi dumbbell tadi. Tak lama sebelum aku pergi duduk atas pelana spinning bike dan mula mengayuh.

Satu, dua, tiga, empat...

"Yeay, hahahah!"

Suara beberapa orang budak kedengaran. Aku tak kisah. Petang-petang, masa untuk bermain di luar rumah. Teratak Al Husna. Ya, sekurang-kurangnya aku tengah bersenam di outdoor gym dekat taman teratak ni.

Teratak yang membawa seribu makna untuk ibu dan ayah aku.

"Abang Munif lah!"

"Jom pergi dekat Abang Munif!"

Tiba-tiba tiga orang budak muncul depan aku. Kayuhan kaki aku berhenti. Melihat dia orang buat aku faham definisi kanak-kanak riang. Dan hingusan.

"Apa tengok-tengok?" Aku jegil mata ke arah dorang bertiga. Amina, Hadif dan Era. Entah kenapa aku juga kenal nama dorang. Senang kata, semua kanak-kanak di sini aku kenal.

Aku turun dari basikal statik tu. Berdiri tegak untuk seketika. Era dan Amina mendongak nak pandang aku. Aku tahu aku terlebih tinggi tapi tak payahlah kot nak tengok orang macam tu. Tinggi dahlah sampai pinggang aku je, sepak kang.

Bangku aku tuju untuk merehatkan diri. Budak-budak tadi membuntuti.

"Abang! Amina cakap abang handsome!" Kata Era kemudian dia tergelak besar. Amina di sebelahnya menghentam bahu kecil Era seraya memeluk tubuh dengan muka masam.

Aku, malas mahu melayan. Hadif datang duduk di tepi aku, menghayun kaki pendeknya yang terjuntai. Aku tertarik untuk memandang wajahnya. Huh, rasa seperti baru kelmarin aku dipaksa ibu untuk cuba mendukung seorang budak kecil dua tahun.

Sekarang, sepuluh tahun dah berlalu dan budak itu pun sudah besar.

"Sapa buat tu?" Aku bertanya apabila ternampak ada kesan luka di bibir Hadif. Era dan Amina sudah hilang bermain buaian.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now