11 : officers

39 7 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



13.35 p.m.

.

.

.

Satu suara yang sedang bercakap menyedarkan aku. Kelopak mata ini perlahan-lahan terbuka, membiasakan retina dengan cahaya cerah. Kepala aku terasa berat.

Dah berapa lama aku tertidur?

Tunggu, aku lupa macam mana aku tertidur semalam. Dan, ini bukan Teratak Al Husna. Bola mata aku bergerak mengamati sekeliling.

Hospital.

Memori malam semalam semakin menerjah. Merasakan sesuatu yang tak selesa di lengan kanan, aku cuba angkat dan mata aku separa membulat melihat ia berbalut.

"Karina?"

Suara ibu muncul selepas langsir biru diselak.

"Karina okay tak? Ada sakit mana-mana?" Ibu duduk atas kerusi di samping katil aku.

Aku menatap wajah Ibu Elinor yang risau.

Tubir mata aku tiba-tiba terasa bergenang sebelum perlahan-lahan, tangisan aku pecah. Air mata setitik demi setitik menghiasi pipi aku. Tapak tangan disembamkan ke muka.

Aku rasa takut, dan lega dalam masa yang sama.

"Tak apa. Ibu kan ada." Ibu Elinor menarik bahu aku rapat dengannya kemudian mengusap belakang aku. Esakan aku berterusan di bahunya.

"Kak Lia... Kak Lia... ada..." Aku cuba menggumam sesuatu dalam tersedu-sedan.

"Karina." Ibu tolak aku perlahan untuk memandang aku.

"Ibu dah lapor dekat polis. Karina tak perlu takut apa-apa, okey?"

Belakang tangan aku mengelap air mata. Dada aku semakin lapang melihat wajah ibu yang menenangkan. Tapi...

"Un-untuk apa lapor polis?" Soal aku.

"Nak tangkap kakak kamu itulah. Selama ni, dia yang dera Karina kan?" Dahi Ibu Elinor berkerut seribu.

Aku terdiam. Betul. Cuma malam semalam... Kak Lia tak ada apa-apakan aku pun. Satu lagi, seingat aku Munif ada bersama dengan dia.

"Munif. Munif dekat mana?" Aku pegang tangan ibu erat.

Ibu Elinor tak menjawab.

"Ibu?"

"Ibu tak tahu, Karina. Macam mana... macam mana dia boleh jadi macam ni? Ya Allah..." Sebelah tangan ibu menutup mulutnya. Mata ibu terpejam seolah-olah sedang menahan satu perasaan.

"Tak apa, ibu." Tangan ibu aku usap lembut. Mungkin lebih baik kalau aku tak beritahu apa-apa buat masa sekarang ni.

"Assalamualaikum."

Seorang doktor wanita muncul di sebalik langsir.

"Waalaikumsalam." Ibu memberi senyuman nipis. Aku pula yang terkebil-kebil.

"Um, cik boleh prepare sekejap? Ada officer nak datang." Katanya.

Aku terangkat kening, loading. Tapi ibu cepat-cepat mengambil tudung sarung aku sebelum menyuruh aku pakai.

Doktor tadi beredar untuk beberapa saat kemudian kembali semula bersama dua orang lelaki. Seorang berseragam polis yang taklah lengkap sangat dan seorang lagi hanya berbaju t-shirt hitam.

"Selamat pagi, Cik... Puteri Karina?"

Aku pandang ibu tanpa menjawab apa-apa. Otak aku rasa macam tak berfungsi sekejap. Kenapa muka aku tiba-tiba rasa panas eh? Mungkin sebab dua orang pegawai ni yang terlalu hot.

"Ye... pagi." Aku jawab akhirnya lepas ibu bagi isyarat mata.

Officer yang pakai baju seragam membelek kertas atas clipboard di tangannya. Manakala seorang lagi memeluk tubuh dengan muka serius. Takut aku.

"We're here just to check up on you. Uh, cik nampak okey aje kan?"

"Ye, alhamdulillah."

"Okay. Saya Francis, senior officer."

Francis menunduk hormat di hadapan aku dan tangannya diletakkan ke dada. Aku terpegun. Francis pandang rakan sekerja dia di sebelah.

"Alfie. Law enforcement agent."

"So... lepas cik discharged nanti kena pergi balai, ye. For further investigation." Francis menyambung. Aku anggukkan kepala beberapa kali.

"Jadi... kami nak tanya beberapa soalan. Selama ni Cik Karina memang tinggal dengan suspek ke?" Kali ini Alfie pula yang bersuara, menyoal.

Aku terdiam.

"Ya. Sejak, saya lima tahun."

Francis menulis sesuatu.

"Boleh ceritakan tak secara ringkas hubungan cik dengan suspek?"

"Err... mak ayah kandung saya bercerai. Lepastu ayah saya kahwin dengan mama Kak Lia. Papa dia dah takde."

"Jadi, ibu suspek dekat mana sekarang?"

"Mama Kak Lia dah meninggal."

"Boleh beritahu saya macam mana arwah ibu tiri cik layan cik?"

"Uhh..." Aku berfikir untuk beberapa ketika.

Mama... Mama layan aku dengan baik walaupun dia bukan mak kandung aku. Aku rindukan dia sejujurnya.

"She was kind." Balasku pendek.

"Are you sure?" Francis yang dari tadi hanya menulis, menyampuk.

"Ya, tuan."

Francis anggukkan kepala.

"Lepastu, tentang rakan subahat suspek. Yang disyaki ialah... anak kepada puan, kan?"

Aku tergamam. Mata memandang ke arah Ibu Elinor.

"Tak. Tak, tuan. Anak saya tak terlibat dalam hal ni."

"Maaf, puan jangan salah faham. Cuma, anak puan memang ada dengan suspek malam tadi. So, whether it's right or wrong, maybe they are still together right now." Suara Alfie bernada tegas tetapi penuh hormat dalam masa yang sama.

"Allahuakbar." Ibu memegang pelipis.

"Puan jangan risau. Kita tak tahu lagi kalau anak puan betul-betul bersalah atau tak. Mungkin dia terpaksa." Francis cuba menenangkan hati Ibu Elinor.

"Alright... nanti di balai, cik akan terlibat dalam soal siasat, ye?"

Kepala aku ditunduk-angkatkan.

"You will meet Inspector Megat."

"Okay..." Mata aku tak beralih dari memandang ke arah Tuan Francis.

"Itu saja untuk hari ni. Terima kasih atas kerjasama cik." Francis menyimpan kembali pen ke dalam poket kemeja dadanya.

"See you soon. Assalamualaikum." Francis tundukkan sedikit kepala tanda hormat sementara Alfie hanya memberi senyuman nipis.

"Waalaikumsalam. Terima kasih juga!" Aku balas dengan senyuman lebar. Mereka berdua mula beredar sehingga dua figura itu hilang dari pandangan aku.

"Alhamdulillah, Karina..."

Suara ibu memecah suasana dalam wad. Aku menghadiahkan senyuman lega. Kemudian aku terus teringatkan ayah Munif.

"Pakcik Adam macam mana, ibu?"

"Tadi katanya nak pergi buat laporan. Tapi rasanya dah tak perlulah kot. Nanti ibu bagitahu dia."

Aku hanya menganggukkan kepala sebagai balasan.

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now