Bab 1

194 9 0
                                    


"SABAR!" Wafa menjerit sambil mencapai tudung sarungnya. Kelam-kabut disarung ke kepala sebelum dia bergegas mencari kunci rumah pula.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Wafa merengus geram. Ya Allah, memang tak reti nak sabar ke apa ni? Semakin kelam-kabut dibuatnya.

Masa ni jugalah dia tak dapat jumpa kunci. Selalunya elok aje atas meja ni. Sebaik saja ternampak kunci di bawah kotak tisu, Wafa terus bergegas berlari ke muka pintu.

Dan sebaik saja pintu terbuka, mata Wafa terus mencerlung tajam memandang manusia yang tengah berdiri di luar pagar Siap melambai ala-ala Miss World dengan muka tak bersalah.

"Kau memang nak kena baling dengan selipar aku, kan?" Wafa baru nak membongkok untuk mengambil seliparnya apabila ada suara garau yang bersuara. Terus terhenti segala tindakannya sebelum mata Wafa bertemu dengan mata seorang lelaki.

Dan kening lelaki itu terjongket tinggi memandang dia. Mungkin pelik melihat Wafa yang tengah membongkok. Sepantas kilat, Wafa terus berdiri tegak. Tudung yang tak berapa kemas di kepala dibetulkan sebelum dia melangkah mendekati Mya.

"Aku lupa bawa kunci aku, Wafa! Baru perasan bila dah sampai sini. Kalau kau tak percaya, kau tanya abang aku ni." Mya mencebik sedih. Tangan pula siap dicantumkan sebagai tanda minta maaf.

Spontan Wafa menjulingkan mata ke atas. Memang lepas nampak muka Mya tadi, dia dah dapat agak yang minah tu tertinggal kunci rumah lagi. Bukannya baru kali pertama benda macam ni jadi. Lepas ni Wafa ingat nak bagi cadangan dekat Mya supaya ikat kunci tu kat leher dia. Biar jadi loket.

"Sebab tu kau tekan loceng macam orang tak pernah jumpa loceng, kan? Lagi satu, apa fungsi telefon kau tu? Buat perhiasan je ke?" Wafa menyindir geram tetapi tangannya tetap bergerak untuk membuka mangga di pintu pagar.

Selepas itu, pintu pagar itu dibuka seluas yang boleh. Biar memudahkan Mya untuk mengangkut semua barang dia masuk ke dalam rumah.

"Janganlah marah Wafa yang baik hati. Aku saja nak usik kau."

Wafa mencebik geram. Ada hati nak usik orang! Buatnya dia tak nak buka pintu sampai sudah, apa yang Mya nak buat? Nak panjat pagar? Nak suruh Raees rempuh pintu?

"Ada apa-apa lagi nak aku bawa masuk?"

"Ada. Abang Raees, tolong bagi kat Wafa bekal yang ibu bagi tadi."

Wafa berpaling ke arah Raees yang bersandar pada pintu keretanya dengan tangan yang diseluk ke dalam poket. Hanya diam memerhati dia dan Mya sebelum lelaki itu bergerak membuka pintu belakang keretanya.

Mangkuk tingkat berwarna merah jambu dibawa keluar dan kemudiannya dihulurkan ke arah Wafa yang menanti dengan senyuman yang cuba disembunyikan.

Malulah kantoi dengan Raees yang dia memang tak sabar nak makan masakan Puan Zulaikha. Apatah lagi apabila bau aroma makanan terus menderu-deru masuk ke dalam rongga hidung dia sekarang.

"Terima kasih," ucap Wafa sopan dengan kepala yang tertunduk sedikit. Segan sebenarnya nak bercakap dengan abang sulung Mya ni. Lagipun, abang Mya ni jarang nak senyum. Muka tegang je. Seolah-olah kalau dia senyum, boleh gugur semua bintang di langit.

Wafa bergegas berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Sengaja dipercepat langkahnya sebelum dia tersentak apabila terdengar namanya diseru. Bukan diseru oleh Mya yang masih berada di dalam rumah tetapi diseru oleh suara lelaki di belakangnya.

Two of UsWhere stories live. Discover now