Bab 17

119 3 0
                                    

"SAKIT kaki, kan?" tegur Raees seraya membongkok di hadapan Wafa. Ditanggal kasut tumit tinggi Wafa sebelum digantikan dengan selipar yang dia dapat daripada Mya.

"Thank you. Lega sikit kaki Wafa."

Wafa tersenyum manis sambil melihat selipar di kaki. Walaupun Raees pakaikan dia dengan selipar Pooh yang entah dari mana datangnya, usaha Raees untuk mengurangkan sakit kakinya itu wajar dipuji.

"Amboi, sweet betul suami dia. Siap sarungkan selipar lagi." Entah dari mana kakak sulung Wafa datang sambil tersengih.

"Sayang nak abang pakaikan selipar jugak ke?" Umar dah berpura-pura membongkok di depan Sarah. Sengaja nak mengusik Wafa yang dah cemberut.

"Memang tak ada kerja lain eh? Kerja nak mengusik adik je!"

"Ala, nanti dah susah nak usik adik. Adik mesti sibuk dengan suami adik je." Pinggang Wafa dicuit.

Wafa buat muka menyampah. Dikerling Raees yang cuma tersenyum.

"Kak long, ambilkan air boleh? Hauslah." Sengaja dia melurut-lurut tekaknya di sebalik tudung. Kalau dibiarkan Sarah di sini, sampai ke sudahlah dia kena usik.

"Kau sengaja nak halau kak long, kan?"

"Hish, mana boleh adik halau kak long."

"Jomlah, bang. Kita tinggalkan Wafa ni. Biar dia dengan suami dia tu." Sarah terus mencapai tangan suaminya sebelum menjeling Wafa dengan muka angkuh.

Jangan harap dia nak ambilkan air untuk Wafa!

"Lawaklah kak long dengan abang long tu."

Wafa hanya tergelak. Dah terbiasa dengan telatah suami isteri tu. Masa awal-awal dulu, mati-mati dia ingat Umar tu seorang lelaki yang serius. Tak sangka rupanya boleh tahan juga perangainya. Sebiji macam kak long. Dua-dua masuk air. Kerja nak mengusik orang aje!

"Ada jumpa Hilmi tadi?" Raees bertanya sambil membawa tangan Wafa ke dalam genggamannya.

"Ada. Dia bawa Maria sekali. Alhamdulillah dah berbaik dua orang tu. Maria pun dah minta maaf dengan Wafa tadi."

Raees tersenyum senang. Eloklah macam tu. Biar tak ada dendam lagi di hati mana-mana pihak.

Kemudian, mata dia melilau melihat keadaan sekeliling sebelum matanya jatuh pada ibu dan nenek yang sedang bersembang dengan tetamu yang hadir.

"Abang tak sangka akhirnya abang dapat tengok ibu dan nenek berbaik macam sekarang."

Wafa turut memandang ke arah yang sama. Bibirnya melebar dengan senyuman manis. Nenek pun dah semakin sihat sejak dijaga dengan baik oleh ibu. Badan pun dah balik berisi. Tak ada kurus sangat macam hari tu.

Cuma ada sekali mak long datang ke rumah ibu. Itu pun mak long marah-marah sebab ibu pandai-pandai bawa nenek datang ke sini. Padahal sah-sah ibu dah cuba telefon mak long banyak kali tetapi semuanya tak berjawab. Nasib baiklah nenek menyokong ibu masa tu.

Akhirnya, mak long balik dengan muka masam. Tak puas hati apabila nenek lebih banyak menyebelahi ibu. Siap dikatanya ibu tu cuba nak kaut harta nenek. Tak sangka, ada juga manusia macam tu tapi inilah realiti kehidupan.

"Abang happy, kan?"

Kening Raees bertaut. "Mestilah happy. Kenapa? Wafa tak happy ke?"

"Eh, apa pulak tak happy? Dapat suami handsome kut. Tengoklah berapa orang yang patah hati hari ni." Wafa terkekeh-kekeh ketawa. Bukannya dia tak nampak beberapa muka kecewa tadi. Datang ucap tahniah pun dengan muka tak berapa nak ikhlas sangat.

"Amboi, suka ya kacau abang!" Pipi Wafa dicubit geram.

"Ala, gurau sikit je pun. Eh, abang! Tengok tu!" Wafa terus memusingkan tubuh Raees ke belakang. Terbeliak mata Raees apabila melihat Izhar yang sedang berbual dengan Mya sambil tersenyum-senyum.

"Nampaknya lepas ni giliran pengapit kita naik pelamin..."

Raees mengerling Wafa sebelum dipaut bahu isterinya. "Pandai ya isteri abang."

"Mana boleh Wafa biarkan Mya duduk sorang-sorang kat rumah tu. Dia pun kenalah ada peneman hidup. Takkan abang seorang je nak ada peneman hidup?" Wafa angkat kening.

"Fine." Raees menjulingkan mata ke atas. Sekurang-kurangnya dia tahu Izhar boleh jaga Mya.

"That's my husband."



"ABANG..." Wafa menyeru si suami yang sedang membaca buku di atas katil. Tak sangka pula Raees seorang yang suka membaca sebelum tidur. Makin jatuh cinta dia dibuatnya!

Men who read are the sexiest.

"Kenapa, Wafa?"

"Nak tanya sesuatu, boleh?" Wafa tersengih. Teringat kenangan lama ketika dia mula-mula mengenali Raees. Ayat 'nak tanya sesuatu' dah jadi ayat wajib setiap kali berjumpa.

"Tanya apa?"

"Sejak bila abang suka Wafa?"

Raees spontan tergelak dengan soalan Wafa. Dagunya diketuk berulang kali sebelum bukunya diletak ke tepi.

Tangan Wafa ditarik lalu dibawa ke dadanya.

"To be honest, abang pun tak tahu bila. Masa ibu cakap ibu nak risik Wafa untuk abang, abang tak rasa tertekan sangat. Memanglah abang terkejut tapi tak adalah terkejut tak suka."

Wafa mengangguk kecil. Faham dengan maksud Raees kerana dia juga sama seperti suaminya. Entah bila hati dia terbuka untuk menerima Raees Zikry di dalam hidupnya. Dia sendiri pun tak sedar sebenarnya.

"Nak tanya lagi, boleh?"

"Boleh. Nak tanya apa pun boleh."

"Kenapa abang jadi cef?"

"Sebab abang suka masak. Abang nak bagi orang yang abang saya makan masakan abang. Lagipun, abang happy bila tengok orang suka makan masakan abang. Hilang penat memasak."

"I see..."

"Wafa memang nak berhenti jadi cikgu ke?" Raees teringat apa yang Wafa pernah cakap dulu.

"Wafa sebenarnya suka mengajar. Happy masuk kelas. Yang tak happy bila keluar dari kelas, kena hadap kerja lain pula."

Raees mengangguk faham. Rambut Wafa yang berjuntai di dahi disebak ke belakang telinga.

"Tak apa. Andai kata satu hari nanti, Wafa dah tak nak mengajar, Wafa buat je apa yang Wafa suka. Abang akan sokong. Nak jadi cashier kat restoran abang pun boleh." Raees tersengih sambil memaut tubuh Wafa dari belakang. Dagunya pula disangkut pada bahu isterinya.

"Bayar gaji tak?"

"Of course. Siap dapat makan free lagi. Semuanya ditanggung beres."

Wafa tergelak lagi.

"Abang doalah supaya Wafa kuat semangat nak terus mengajar ya."

Ubun-ubun Wafa dikecup lama. "Always, sayang. Always."

Two of UsWhere stories live. Discover now