Bab 7

102 5 0
                                    


RAEES menongkat dagu pada pagar pemegang besi sambil melihat langit. Gelap tanpa bintang. Yang ada cuma bulan yang bersinar terang.

Telefon bimbit yang sejak tadi setia berada di tangan dikerling untuk kesekian kalinya. Berkali-kali dia menimbang tara sama ada perlu atau tidak untuk dia menghubungi Wafa.

Sejak dia menghantar Wafa pulang ke rumah, hati dia tak tenang. Tertanya-tanya dengan keadaan wanita itu selepas apa yang berlaku. Ingin bertanya pada Mya tetapi dia tidak pasti sama ada Mya tahu ataupun tidak mengenai Hilmi.

Macam mana kalau hanya dia seorang saja yang tahu dan Mya tak tahu apa-apa? Tak fasal-fasal Wafa terpaksa bersoal jawab dengan Mya pula nanti.

Deringan telefon mengejutkan dia yang terlalu jauh berangan. Mata sedikit membulat apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon. Sepantas kilat dia menggesek butang hijau dan terus membawa telefon ke telinga.

"Saya mengganggu ke?"

"Tak. Saya belum tidur."

Suasana kembali menjadi sepi. Tetapi Raees tetap sabar menanti. Menunggu sehingga Wafa kembali bersuara.

"Awak ingat lagi soalan yang awak pernah tanya dulu? Masa kita pergi beli hadiah untuk Ara?"

"Ingat."

"Hilmi orangnya."

Terlepas helaan nafas dari bibir Raees. Benarlah sangkaan dia tadi. Patutlah wajah Wafa berubah pucat. Mungkin terkejut berjumpa dengan kisah lama yang ingin dilupakan.

"Dah lama saya tak jumpa dia. Tak sangka dia ada dekat sini jugak."

"Dia cakap apa lagi dekat awak?"

Giliran Wafa pula menghela nafas berat. Dipandang siling biliknya lama tanpa menjawab soalan Raees. Cuba memikirkan reaksi lelaki itu jika dia terus bercerita. Mesti Raees akan bencikan dia.

"Wafa?"

"Awak akan benci saya nanti."

"Kenapa cakap macam tu?" Nada suara Raees bertukar keras.

"Sebab dia kata dia dah bercerai."

"Sebab awak ke dia bercerai?"

"Tak tahu."

"Kalau awak pun penyebabnya, saya tak rasa awak nak ada kena-mengena dengan Hilmi tu lagi, kan?" soal Raees.

"Tak nak."

"So, jangan risau. Jangan fikir bukan-bukan lagi. You should go to sleep. Dah malam ni."

"Raees..."

"Hmm?"

Jantung Wafa berdetak laju. Entah kenapa mendengar suara Raees ketika hatinya libang-libu telah mampu menenangkan dirinya. Hilang keresahan yang bermaharajalela sejak tadi.

"Saya minta maaf sebab sebelum ni saya ingat awak seorang yang tak reti bergaul dengan orang. Suka menyendiri. Tak suka bercakap. Saya silap. Awak baik sebenarnya. Sangat baik," luah Wafa dalan nada suara bersalah. Menyesal buruk sangka dengan Raees sebelum ni. Padahal papa dah selalu pesan dulu.

Don't judge a book by its cover. Tapi tengoklah apa yang Wafa buat sebelum ni.

Tak semena-mena, Raees ketawa kecil. Tergamam dengan luahan Wafa tetapi dalam masa yang sama, dia gembira. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang kata dia baik.

Two of UsWhere stories live. Discover now