Bab 9

98 4 0
                                    


"KENAPA kau asyik pandang aku macam tu dari tadi?" Raees bertanya sambil melihat menu makanan yang dipilih oleh Wafa untuk anak muridnya nanti.

Kalau ikutkan, Wafa cuma nak pesan makanan yang mudah untuk disediakan tetapi dia yang berkeras mahu buat sesuatu yang lagi baik. Nak jamu orang makan, biarlah dengan sesuatu yang berbaloi. Kalau setakat masak bihun goreng, bila-bila masa pun dia boleh buat untuk anak murid Wafa tu.

Lagipun, apa salahnya gembirakan hati budak-budak dengan makanan. Budak-budak gembira, dia pun tumpang gembira. Itulah tujuan dia jadi cef pun. Nak bahagiakan orang dengan makanan yang sedap.

"Pertama kali kita ambil tempahan banyak macam ni. Selalunya kau tolak tapi kenapa kali ni kau terima pulak? Siap nak masak macam-macam lagi. Ni bukan Raees yang aku kenal," balas Izhar sambil tersenyum. Dagunya ditongkat di atas meja seraya memerhati Raees yang masih khusyuk membaca.

"Salah ke?" Mudah jawapan Raees. Bukannya dia tak faham maksud di sebalik soalan Izhar tu. Gaya seolah-olah ingin membongkar rahsia hati.

"Tak salah. Eloklah nak bersedekah tapi aku tetap pelik. Kau suka cikgu tu ke?" Kening Izhar tercunggit. Senyuman nakal pula muncul di bibir.

Raees mengangkat muka. Dikerling sekilas muka Izhar sebelum dia mengangguk.

"Suka. Wafa baik."

"Kau faham maksud aku, Raees. Bukan suka yang macam biasa tu, suka yang luar biasa."

"No comment."

"Haih, payahlah cakap dengan orang berat mulut ni. Kalau suka, cakap suka. Risau nanti melepas lagi," nasihat Izhar prihatin. Dia bukannya apa, tak mahu lagi tengok Raees terus menyendiri. Umur dah lanjut tapi teman hidup pun tak ada.

Raees hanya diam. Malas nak berbahas dengan Izhar. Tahu pasti dia akan kalah akhirnya. Ada saja ayat yang keluar dari mulut Izhar yang mampu mematahkan hujahnya.

"Bila Hari Kanak-Kanak tu?" Izhar akhirnya mengubah topik setelah melihat Raees dah mula senyap.

"23 November. Hari tu kita tutup restoran."

"Eh, kenapa?" Kening Izhar bertaut. Pelik juga sampai nak tutup restoran segala. Bukannya mereka kena memasak seharian.

"Aku..." Kata-kata Raees mati sendiri. Tahu jika dia meneruskan ayatnya, Izhar akan kembali mengusik. Jadi, lebih baik dia diam.

"Tak apa. Aku faham. Kau nak tolong dia, kan? Pergilah... tolonglah buah hati tu."

Raees melepaskan keluhan berat. Susah kalau dapat kawan yang suka buat spekulasi ni. Niat dia cuma ingin menolong Wafa.

"Nanti aku inform kat staf kita yang lain." Izhar bangun daripada duduknya. Ingin keluar dari bilik Raees tetapi langkahnya terhenti di muka pintu.

"Aku rasa tak lama lagi aku dapat makan nasi minyak. Wallpaper handphone kau tu pun rasanya tak payah tukar sampai bila-bila kut. Sesuai je letak gambar Wafa kat situ."

Belum sempat Raees mencampak pen di tangannya, Izhar dah menghilang di balik pintu sambil ketawa kuat.



"AWAK sibuk tak sekarang?"

Dahi Wafa berkerut. Dahlah terkejut apabila Raees tiba-tiba telefon dan sekarang Raees tanya dia sibuk ke tak pula.

"Tak. Kerja dah siap. Kenapa ye, Raees?"

"Can we meet? Saya ada kat luar rumah."

Terus Wafa berlari ke tingkapnya. Ada kereta Raees yang terparkir elok di luar rumahnya. Dan Mya pun ada sekali. Sedang memandang ke arah tingkap biliknya.

"Tunggu kejap." Wafa mencapai tudung sarung dan sweater dari dalam almari. Kemudian, dia berlari turun ke bawah sambil membawa telefon dan beg duit.

"Nak pergi mana?" soal Wafa pelik apabila Raees telah membuka pintu kereta.

"Ikut jelah. Jangan banyak cakap." Mya menolak tubuh Wafa supaya masuk ke dalam kereta. Pintu kereta turut ditutupnya tanpa sempat Wafa membantah apa-apa.

Dan sebaik saja Raees pula mengambil tempat duduk di bahagian pemandu, sekali lagi Wafa bertanya soalan yang sama. Manalah tahu soalan dia akan berjawab.

"Kita nak pergi mana?"

"Restoran saya."

"Huh? Nak buat apa?"

Tetapi Raees cuma tersenyum tanpa menjawab soalan Wafa. Sengaja nak biar wanita itu tertanya-tanya.

"Saya pakai baju biasa je ni."

Dia hanya mendapat kerlingan sekilas daripada Raees. "Okey je saya tengok. Cantik je."

Hampir tersedak Wafa dibuatnya. Pujian yang kedengaran biasa tetapi mampu membuat jantung Wafa macam nak meletup. Sempat juga dia melihat muka sendiri melalui cermin sisi kereta Raees.

Hmm... rasanya dia kena suruh Raees pergi periksa mata. Muka pucat macam ni Raees kata cantik?

Mana kedai cermin mata terdekat? Mungkin dia boleh belanja cermin mata untuk Raees lepas ni.

Two of UsWhere stories live. Discover now