Bab 4

97 5 0
                                    


WAFA tersenyum senang sambil menjinjit beg yang berisi cadar yang sudah dibalut cantik. Nasib baiklah kedai jual cadar tu memang ada sediakan perkhidmatan membalut hadiah. Kalau harapkan dia yang balut, mesti jadi buruk dan tak kemas.

Takut Raees menyesal suruh dia balut nanti. Nama aje perempuan, nak balut hadiah pun tak reti!

"Lapar tak?" soal Raees tiba-tiba. Ketika ini, dia dan Wafa sedang berdiri di luar Secret Recipe. Dipandang Wafa yang mendiamkan diri dengan mata yang meliar melihat deretan kedai makan yang ada di situ.

"Makan kat mana?"

"Tu. Secret Recipe."

Laju Wafa menggeleng. Bukanlah dia tak sudi tapi harga makanan kat situ kan macam mahal. Dahlah harga cadar ni tadi pun boleh tahan juga. Bukannya Wafa tak tawar diri untuk berkongsi duit tetapi beria sangat Raees menolak.

Nak elak daripada mereka berdua bergaduh dalam kedai itu, terpaksalah Wafa mengalah tanpa rela. Lagipun, pekerja kedai tu nampak sangat lagi takutkan Raees. Laju saja dia ambil kad debit dari tangan Raees walaupun tangan Wafa turut menghulur kad bank juga.

"Kenapa? Tak suka?"

"Bukan tak suka tapi kita cari kedai biasa-biasa je. Makanan kat food court pun sedap jugak. Ada nasi ayam penyet, ada bihun sup, ada nasi goreng. Awak nak makan apa? Saya belanja."

Lama Raees memandang Wafa dengan kening bertaut. Pelik. Kalau dengan Mya, mesti dia akan diajak pergi ke Secret Recipe. Tak pun, adik dia tu akan ajak dia pergi Black Canyon. Tak pernah lagi Mya pelawa nak belanja dia makan di food court.

Bukanlah nak kata yang Mya tu suka makanan mahal tapi adik dia tu suka bermanja. Jadi Mya ambil peluang meminta apa saja yang dia suka daripada abang sendiri.

"Ke awak tak makan makanan food court?" tanya Wafa risau. Kut-kutlah Raees jenis tak suka makanan food court. Tak pelik pun sebab memang ada yang macam tu.

"Saya tolak batu dengan kayu je, Wafa. Asalkan halal dan bersih, semua saya makan."

Wafa tersenyum lega. "Jom. Saya belanja."

"Kenapa awak yang kena belanja?"

Terus terhenti langkah Wafa yang laju nak ke food court tadi. Dipaling tubuh menghadap Raees yang masih berdiri tegak di tempat yang sama.

"Tak boleh ke?"

"Tak boleh."

Dahi Wafa berkerut. Eh, kenapa pula tak boleh? Dia bukannya tak ada duit. Ataupun Raees tak sudi?

"Awak tak sudi ke?" Nada suara Wafa berubah sedih. Bukan ke tadi dah elok-elok Raees bercakap dengan dia? Kenapa tiba-tiba tukar perangai lama balik ni?

Raees tersenyum kecil apabila melihat wajah sedih Wafa. Suka sangat overthinking. Mungkin inilah maksud Mya hari tu. Wafa seorang yang suka berfikir secara berlebihan. Benda tu benda kecil aje tapi Wafa akan ambil masa yang lama untuk lupakan sesuatu benda.

"Bukan tak sudi tapi saya yang nak belanja awak."

"Tapi hari tu pun awak dah belanja. Hari ni biarlah saya pula yang belanja awak makan. Tak mahal pun makanan kat food court ni. Saya ada duit!" Panjang lebar Wafa berkata-kata sambil mengeluarkan beg duitnya dari dalam beg tangan. Biar Raees tahu dia ada duit.

"Saya tak kata awak tak ada duit, Wafa. Cuma saya lagi suka kalau saya yang belanja awak," bidas Raees tanpa nada. Diambil beg duit Wafa sebelum dimasukkan ke dalam beg tangan Wafa.

Two of UsWhere stories live. Discover now