Bab 6

95 5 0
                                    


TANGAN Wafa terasa berpeluh sebaik saja dia dan Raees melangkah menghampiri sebuah rumah banglo mewah di atas bukit. Kalau dari jauh pun dah nampak gah, apatah lagi apabila tengok depan-depan seperti sekarang.

Hampir terbuntang mata Wafa melihat deretan khemah yang disusun cantik. Bukan setakat cantik, siap disusun supaya mengelilingi air pancut yang berada di tengah-tengah. Nampak sangat yang keluarga Aralyn ni bukan calang-calang orangnya.

Orang kaya aje yang selalunya letak air pancut dekat depan rumah.

Nak masuk ke sini pun perlu melalui pondok keselamatan. Hanya yang ada kad jemputan saja yang dibenarkan masuk. Dan setiap kereta akan menerima pelekat sementara yang tertulis perkataan 'VISITOR'.

Dan sekali lagi Wafa hampir terbeliak apabila melihat segalanya serba-serbi berwarna putih dan merah jambu. Lawa! Sumpah lawa!

Mulutnya yang ternganga sedikit tadi terus terkatup rapat apabila dapat dirasakan pandangan mata Raees kini melekat pada wajahnya.

"Awak okey?"

"Okey je. Kenapa?"

"Nampak macam nervous."

Wafa tergelak halus. Memang dia tengah gelabah sekarang tapi jangan risau. Tahulah nanti dia berlakon di hadapan Aralyn. Silap-silap lepas ni dia boleh berhenti jadi cikgu dan bertukar kerjaya jadi pelakon pula.

"She's there."

Suara Raees yang tiba-tiba berubah membuatkan Wafa turut memandang ke arah yang sama. Dia dapat lihat seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih sedang berdiri di sebelah seorang lelaki yang memakai tuksedo berwarna hitam.

Nampak sama padan, sama cantik. Tetapi harus diakui satu perkara. Raees jauh lebih kacak kalau nak dibandingkan dengan pengantin lelaki tu.

"Let's go." Kali ini Wafa dulu yang mengajak sambil tersenyum ke arah Raees. Senyumannya berbalas dan mereka berdua melangkah mendekati Aralyn.

"Selamat pengantin baru..." Raees bersalaman dengan pengantin lelaki. Sempat juga dia menunduk sedikit ke arah Aralyn sebelum dia kembali mengambil tempat di sebelah Wafa.

"Thank you." Perlahan saja suara Aralyn membalas sambil memandang sayu ke arah Raees. Terasa matanya tiba-tiba bergenang dengan air mata. Hampir lima tahun dia tak bertemu dengan lelaki itu dan ternyata Raees tidak banyak berubah.

Masih lagi seperti dulu.

"I pergi jumpa kawan I kat sana kejap. You sembanglah dengan kawan you dulu." Lengan Aralyn diusap lembut oleh Firdaus sebelum suaminya berlalu pergi. Dibiarkan dia dan Raees bersama-sama dengan seorang wanita yang tak pernah Aralyn lihat sebelum ini.

"I tak sangka you sudi datang majlis I."

Raees tersenyum kecil. "You kawan I, Ara. Takkanlah I tak datang majlis kahwin kawan I sendiri. Oh, by the way ni Wafa. Bakal tunang I."

Aralyn terus merenung Wafa yang tersenyum manis di sebelah Raees. Cantik orangnya.

"Saya Ara, kawan Raees." Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Wafa. Senyuman Wafa turut dibalasnya.

"Wafa... te... bakal tunang Raees."

Terpaksalah menukar status di saat akhir. Kata teman wanita, kenapa tiba-tiba bertukar jadi bakal tunang pun Wafa tak faham. Apa tujuan Raees sebenarnya?

Two of UsWhere stories live. Discover now