Bab 15

110 4 0
                                    


"YOU'RE getting married?"

Wafa mengangguk dengan muka tanpa riak. Jarum jam di pergelangan dikerling sekilas. Sepatutnya Raees pun ada sekali tetapi tiba-tiba Raees ada hal kecemasan di restoran. Terpaksalah Wafa menghadap Hilmi seorang diri.

"Dengan siapa?"

"You pernah jumpa dia."

"Yang datang dengan you masa majlis kahwin Aralyn?"

Wafa mengangguk sekali lagi. Walaupun dia nampak yang muka Hilmi berubah kelat, dia tak rasa apa-apa pun. Dibiarkan saja Hilmi terus menilik kad kahwinnya.

"I dah bercerai dengan Maria."

"Okay. So?" Kening Wafa bertaut. Tak faham apa tujuan Hilmi mengulangi kenyataan itu. Dia tahu dan dia sedar yang Hilmi telah bercerai.

"Kita ada peluang untuk hidup bersama."

Terus terletus tawa dari bibir Wafa. Lawak apa yang Hilmi buat ni? Terhibur sungguh hati Wafa.

"I dah lama moved on, Hilmi. Sejak you kahwin dengan Maria, I dah lupakan you.Takkan you expect I akan tunggu you sampai lima tahun, kan?"

Hilmi hanya diam. Hilang kata untuk membalas kata-kata Wafa.

"Lagipun, Maria tu sayangkan you. Dia takkan serang I kalau dia tak sayangkan you. Memang cara dia salah, I mengaku tu. Tapi dia buat semua tu sebab dia sayangkan you. Boleh I tahu kenapa you bercerai dengan dia?"

Perlahan-lahan Hilmi angkat muka dan memandang Wafa. Nafasnya ditarik panjang sebelum dihembus keluar.

"Sebab I yang minta."

"See! Dia lepaskan you sebab you yang minta. Selama lima tahun you kahwin dengan dia, takkan tak ada sikit pun rasa cinta you pada dia? You ada anak dengan dia, kan?"

Bukannya Wafa tak tahu kewujudan seorang anak lelaki hasil perkahwinan Hilmi dan Maria. Anak lelaki yang sangat comel.

Hilmi kembali diam. Sekali lagi dia tak mampu untuk membalas.

"I tahu you rasa bersalah dengan apa yang jadi dulu. Tapi I dah lama reda. Memang kita tak ada jodoh. Dan I sendiri pun tak nak perkahwinan yang tak dapat restu keluarga," sambung Wafa lagi.

Salah satu sebab kenapa dia terima Raees adalah kerana kedua-dua keluarga mereka menerima hubungan mereka dengan baik. Malah, dia sudah dilayan seperti anak sendiri oleh ibu Raees.

"I tahu you sayang Maria, Hilmi. Jangan layankan sangat ego you tu. Pujuk dia, jaga dia baik-baik."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi lagi, Hilmi. Let bygones be bygones," ucap Wafa tegas. Tak mahu dengar apa-apa lagi. Tujuan dia ke sini pun sekadar nak menjemput Hilmi ke majlis kahwin dia aje. Tak ada sebab untuk dia dan Hilmi terus berbincang kisah lama.

Akhirnya barulah Hilmi tersenyum. Rambutnya disebak ke belakang sebelum dia menyimpan kad kahwin Wafa ke dalam poket bajunya.

"Thank you for the invitation. Insya-Allah nanti I bawa Maria datang majlis you."

Wafa tersenyum senang hati. Cukuplah selama ini dia menjauhkan diri daripada kenangan lama. Bak kata ibu dulu, pengalaman dan usaha akan bawa dia ke depan.

Dan disebabkan kenangan lama dia dan Hilmi dululah, dia dapat berjumpa dengan Raees. Sebab itulah, dia yakin yang setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya.

Cuma kadang-kala manusia yang terlalu cepat berputus asa dan menyesal dengan apa yang berlaku.

Sedangkan, setiap apa yang berlaku itu adalah sebaik-baik kejadian.




"SO, how was it?" tanya Raees sebaik saja dia memandu keluar dari situ. Baru ingin melangkah masuk ke dalam mall, tiba-tiba Wafa cakap urusan dia dah selesai.

"Alhamdulillah, okey. Saya dah berdamai dengan takdir." Wafa tergelak dengan ayat sendiri.

"Dia tak kecewa?"

"Sikit tapi saya dah brainwashed dia. Saya suruh dia pujuk bekas isteri dia balik."

"Dia setuju?"

Wafa mengangkat bahu. "Nampak macam setuju tapi kita tengoklah nanti macam mana. Yang pasti saya lega sebab semuanya dah berakhir. Betul-betul berakhir tanpa dendam." Tangannya siap digawang ke atas.

"I'm so proud of you."

Terbit senyuman lebar di bibir Wafa apabila dipuji oleh Raees. Bukan senang nak dapat pujian daripada Raees. Kadang tu sampai kena paksa.

"Awak dengan Ara macam mana pulak?"

"She's okay. Insya-Allah nanti dia datang kenduri kahwin kita. Dia dah mengandung."

"Ya ke? Wah, alhamdulillah. Hmm... Raees?"

"Yes?"

"Awak dah jemput nenek?"

Raees terus terdiam. Rahangnya terketap rapat dan tanpa memandang Wafa, dia hanya menggeleng kecil.

"Kenapa?"

"Saya tak rasa nenek nak datang."

"Kita tak cuba lagi."

Wafa dapat mendengar Raees menghela nafas berat. Dia faham dengan kerisauan Raees. Dan sebenarnya, Wafa ingin memperbaiki hubungan Raees dengan nenek. Sampai bila Raees nak menjauhkan diri daripada keluarga ayah kandungnya sendiri?

Wafa tahu kadang-kala hati orang tua ni keras tetapi jika selalu disiram dengan kasih sayang, insya-Allah akan lembut juga. Lagipun, nenek tu keluarga kandung mereka juga.

"Kita pergi jumpa nenek, boleh? Hujung minggu lagi satu. Kita bawa ibu sekali, nak tak?"

Raees cuma diam. Tahu yang Wafa kecewa tetapi dia perlukan masa. Masa untuk luka yang sedia ada ini pulih terlebih dahulu.

Dan selepas itu, barulah dia akan berjumpa dengan nenek.

Two of UsWhere stories live. Discover now