Bab 8

106 6 2
                                    


JANGAN LUPA MAKAN.

Bibir tersenyum sebaik saja membaca pesanan ringkas Raees yang ditampal di atas bekas makanan. Terasa pelik pula apabila tiba-tiba lelaki dingin seperti Raees boleh jadi caring macam ni. Tapi mungkin juga ini sisi Raees yang Wafa tak pernah tengok selama ini.

Raees kan dah banyak mengejutkan dia. Jadi, dia tak perlu pelik pun sebenarnya.

Wafa mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan sebelum jarinya mula membuka aplikasi Whatsapp. Nak ucap terima kasih pada Raees.

Sedang jari sibuk menaip ayat, tiba-tiba ada satu pesanan yang terlebih dahulu masuk.

Raees: Dah makan?
Wafa: Belum. Baru nak makan. Thank you. Susah-susah je hantar makanan.
Raees: Tak ada susah pun. Take care, Wafa.

"Patutlah tak nak makan kat kantin. Ada bekal sedap rupanya." Kak Syikin mengintai bekas makanan Wafa. Siap tersenyum nakal lagi. Bukannya dia tak dengar apa yang Pak Cik Umar cakap tadi. Kebetulan dia pun nak masuk ke kelas masa tu.

"Rezeki orang bagi, kak."

"Akak kenal logo restoran tu. Makanan kat situ sedap. Aisyah paling suka chicken chop dia."

Wafa mengangguk bersetuju. Dulu Mya pernah bawa balik chicken chop tu. Sekejap je, habis Wafa makan semua. Sampai terkejutlah Mya sebab dia jarang suka makan chicken chop.

"Kalau owner restoran tu boleh ambil tempahan makanan, kan best?"

Kata-kata Kak Syikin itu buat Wafa termenung panjang sebelum otaknya mula terfikir satu idea menarik.

Restoran dan makanan. Raees dan restoran.

Yeay! Dia dah tahu nak tempah makanan kat mana sekarang!

"Tu dah kenapa tersengih pulak?" tegur Kak Syikin dengan kening ternaik tinggi.

"Ala, nak sedekah senyuman kat akak pun tak boleh ke?"

"Tak apalah, Wafa. Sedekah je senyuman kat orang yang bagi makanan tu. Mana tahu lepas ni akak boleh makan nasi minyak. Dah lama jugak ni tak makan nasi minyak kenduri." Kak Syikin ketawa lepas sebelum bangun daripada duduknya.

Ditinggalnya Wafa yang dah mencebik. Malulah tu kena usik.



RAEES berpeluk tubuh sambil memandang Wafa dan Mya di hadapannya. Terkejut juga masa nampak Wafa tadi. Kalau tak silap, ini kali pertama Wafa jejak kaki ke restorannya.

"Mesti ada sebab datang sini, kan?" Raees bertanya dengan nada mendatar. Tak mungkinlah Mya dan Wafa saja suka-suka datang sini. Mesti ada sebabnya. Tengok muka Wafa pun dia dah boleh tahu.

"Err..." Wafa mencuit-cuit lengan Mya. Bukan tak nak cakap sendiri tapi dia takut. Takut Raees menolak. Manalah tahu kalau adik sendiri yang tanya, hati Raees jadi lembut sikit.

"Kaulah yang kena cakap. Aku datang sini sebab nak teman kau je," bisik Mya dengan muka garang. Siap diketap giginya.

Wafa mengerling Raees yang masih memandang mereka berdua. Boleh tahan garang juga muka Raees di tempat kerja. Melihat baju uniform berwarna hitam di tubuh Raees juga menyerlahkan lagi aura seorang cef.

"Saya nak minta tolong. Tapi jangan risau, saya akan bayar."

Kening Raees terjongket. "Nak minta tolong apa?"

"Nanti ada Hari Kanak-Kanak kat sekolah saya. Saya nak tempah makanan kat sini, boleh?" Wafa menyatukan tapak tangannya dengan muka meminta sedikit belas kasihan. Dia memang tahu restoran Raees ni selalu sibuk, jadi peluang untuk Raees bersetuju tu memanglah tipis.

Tapi dia tetap nak cuba. Cuba bayangkan anak murid dia nanti dapat makan hasil masakan Raees. Mesti dia orang suka!

"Kalau awak nak saya tolong masak pun boleh! Walaupun mungkin tak sesedap awak masak, saya boleh potong bawang. Nak suruh siang apa-apa pun insya-Allah boleh."

Raees hanya diam. Diperhati lama wajah Wafa yang dah kemerahan. Sama ada cuaca terlalu panas ataupun Wafa malu. Dan Raees tahu jawapannya lebih kepada Wafa sedang menahan malu.

"Itu je ke?"

Wafa mengangguk.

"Okey. Nak masak apa untuk anak murid awak nanti?"

Tercengang juga Wafa untuk beberapa saat. Seperti tak percaya walaupun ini yang dia harapkan. Bibir mula melebar dengan senyuman gembira sebelum dia mula menepuk bahu Mya. Teruja sangat sehingga kawannya itu terpaksa menepis tangan Wafa.

Raees yang melihat hanya tersenyum kecil. Kemudian, dia terus memanggil salah seorang pekerjanya untuk mengambil buku menu.

Dah alang-alang Wafa dan Mya ke sini, boleh dia masakkan sesuatu.

"Pilihlah nak makan apa. Saya masuk dapur dulu. Nanti saya datang balik."

Tanpa bertangguh, Mya terus menarik buku menu dan membeleknya tetapi Wafa pula masih tak bergerak. Takkanlah nak makan percuma pula. Malulah dia. Dahlah hari tu Raees dah hantar makanan.

"Pilihlah cepat nak makan apa."

"Aku seganlah. Haritu abang kau dah hantar makanan kat aku. Kali ni nak makan free pulak. Tak naklah aku. Kau makan seorang jelah."

Dahi Mya berkerut. Eh, kejap! Raees ada hantar makanan kat Wafa? Kenapa dia tak tahu pun?

"Abang aku ada hantar makanan kat kau?"

Mata Wafa membulat. Alamak, terlepas cakap! Terus dia menarik buku menu tanpa mempedulikan pandangan mata Mya. Bukannya dia tak perasan yang Mya dah mula tersengih nakal. Siap angkat-angkat kening lagi.

"Doa aku nak termakbul ke ni?"

"Jangan merepek!"

Sekali lagi Mya mengangkat keningnya. Siap disenggol lengan Wafa yang tunduk melihat buku menunya.

"Alhamdulillah. Aku nak dapat bakal kakak ipar."

"Kau diam, Mya! Nanti abang kau ingat yang bukan-bukan pulak!" Lengan Mya dicubit geram. Kalau Raees dengar, dia tak tahu nak sembunyi muka kat mana nanti. Mahu beberapa bulan dia mengelak daripada jumpa Raees.

Padahal Mya yang salah sangka. Raees hantar makanan aje pun. Bukannya hantar rombongan meminang segala!

"Ala, itu pun nak malu. Abang aku tu dia sweet dengan orang yang dia sayang. Dia sayang kau la tu. Tahniah!"

Kali ini, makin kuat cubitan Wafa. Terpekik-pekik Mya menjerit tetapi makin kuat cubitan Wafa, makin galak dia mengusik.

Two of UsWhere stories live. Discover now