Blurb 🎭🖤

3.1K 83 5
                                    

Hero:
MUHAMMAD ADAM AL-IMAN @ NATHANIEL HADREY ANDERSON

Heroin:
QAYLISHA ILYANA

Bahagia? Oh... Bahagia itu hanya singgah sekejap sahaja. Malam ulang tahun perkahwinan mereka, Qaylisha Ilyana menerima kejutan yang amat besar. Suami yang amat dia cintai dan agungkan melepaskannya tanpa perasaan. Tiada rasa serba salah. Tiada rasa kesian. Dan tiada rasa hiba.

Setahun mereka lalui bersama melepasi segala ujian namun akhirnya Adam memilih untuk berpisah. Qaylisha ditinggal begitu saja seperti tiada harga diri. Qaylisha sangkakan malam itu telah memutuskan semuanya dan semuanya sudah selesai namun tidak. Setahun selepas ia bergelar janda, Qaylisha mengambil keputusan untuk bercuti di Itali mahu menenangkan fikirannya yang asyik serabut.

Fikirnya di Itali dapatlah dia hilangkan segala stress yang berada di dalam kepala namum ada perkara lain pula yang terjadi membuatkan dia terikat dengan jejaka yang bernama Nathaniel Hadrey Anderson.

"Be my maid. I didn't help you for free last night." -NATHANIEL HADREY ANDERSON

Apalah lagi yang dia boleh buat selain turuti saja permintaan jejaka itu? Tiga bulan dia berada di rumah agam Anderson, banyak yang dia lalui dan banyak yang mengingatkannya pada masa lalu. Masa lalu yang tidak pernah padam.

Qaylisha sangka selepas dia pulang ke Malaysia dan lari dari cengkaman Nathaniel Hadrey Anderson dia akan hidup bahagia namun tidak. Dia dihantui pula dengan Muhammad Adam Al-Iman yang kononnya mahu betulkan keadaan. Qaylisha sudah lali dengan semua itu dan hatinya sudah mati dengan jejaka itu setelah apa yang dilihat oleh mata kepalanya sendiri!

"Apa lagi yang awak harapkan dari perempuan mandul ini? Atau awak tak puas lagi seksa saya hah, Muhammad Adam Al-Iman." -QAYLISHA ILYANA

Hari berganti hari banyak rahsia yang mula terbongkar dan banyak perkara yang menimpa. Setelah mereka berpisah sangkanya tiada lagi ujian lagi yang dia perlu hadapi tapi mengapa... Ujiannya yang mendatang lebih berat?

"S-saya pem- pembunuh... Saya pembunuh. S-saya dah bunuh dia..." -MUHAMMAD ADAM AL-IMAN

Dapatkah mereka menyunting kebahagiaan sekali lagi? Dapatkah MUHAMMAD ADAM AL-IMAN membetulkan keadaan dan menyembuhkan luka seorang QAYLISHA ILYANA?

Semuanya bakal terjawab di Anderson's Temptation.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now