Bab 1 🎭🖤

1.2K 83 0
                                    

SEDAR tidak sedar, peristiwa gelap bagi seorang Qaylisha Ilyana itu sudah setahun berlalu. Dalam setahun ini juga, dia sudah tidak bertembung mata dengan bekas suaminya. Saat terakhir mereka bertembung mata ialah apabila mereka berada di mahkamah syariah untuk selesaikan kes penceraian mereka. Setelah itu mereka ghaib dari pandangan masing-masing.

Kata bekas mak mertuanya, Adam telah pun bawa diri dari Malaysia kerana ingin menenangkan fikiran. Namun tiada siapa tahu keberadaan bekas suaminya. Adam memang mahu bawa dirinya dari semua orang. Sepatah kata pun dia tidak beritahu kepada keluarganya di mana dia sedang berada sekarang ini.

Qaylisha pula? Qaylisha juga mengambil keputusan untuk pergi dari Malaysia kerana baginya terlalu perit untuk tinggal di situ. Memori mereka berdua terlalu banyak sehingga dia rasa diseksa tanpa henti apabila berada di Malaysia. Qaylisha memilih negara Itali untuk dia tenangkan fikirannya. Mujurlah di Itali ini ada sahabatnya yang sedang melanjutkan pelajaran PhD.

"Woi Lisha!"

Qaylisha tersentak mendengar suara yang sedikit kuat itu. Terus dia menoleh melihat wajah sahabatnya yang sudah cemberut. Oh. Dia sedang mengelamun ke tadi?

"Hm," sahut Qaylisha perlahan sebelum memain telefonnya. Aplikasi Instagram dipilih untuk melihat gambar-gambar yang menarik.

"Kau ni... Aku membebel dari tadi kau buat pekak je kan? Mengelamun pasal apa? Bekas suami kau yang tak guna tu?" soal Khayra selamba membuatkan Qaylisha yang sedang membaca quotes di Instagram terus berhenti.

Qaylisha jeling Khayra melalui ekor mata sebelum pandang semula skrin telefonnya.

'Focus on the step in front of you, not the whole staircase.'

Buat seketika Qaylisha mengeluh kecil. Ayat di Instagram ini menampar kuat pipinya. Cisss! Time-time ini juga kau nak lalu ayat gini ya? Instagram pun tahu situation aku!

"Buat apa aku nak fikir pasal dia? Buang masa je... Aku datang Itali ini nak seronok-seronok, release stress..." Qaylisha jeling Khayra melalui ekor mata. Malas betul dia mahu melayan Khayra. Khayra suka ungkit kisah lama dia. Ingat dia ini hadap sangat ke dengan bekas suami dia itu?

"Yalah... Yalah... Sorry! Aku cuma concern pasal kau! Kau itu kawan baik aku tau! Kau tahu tak betapa terkejutnya aku bila kau bagi tahu aku masa mula-mula kau datang sini, kau cakap kau dah berpisah dengan suami kau dah hampir setahun yang lepas!" Suara Khayra meninggi. Bukan mahu menengking tetapi lebih kepada mahu luahkan perasaannya yang masih terkejut!

Terkejut bila Qaylisha tiba-tiba muncul di depannya minggu lepas seorang diri. Dia pun apa lagi? Sembur lah banyak-banyak! Tanya mana suami, kenapa datang sini sendiri, kenapa suami tak ikut! Tapi mudah betul jawapan Qaylisha untuk soalan-soalan dia itu. 'Aku dah bercerai. Hampir setahun.'

Khayra menumpang sedih dengan nasib Qaylisha. Haih... Apalah nasib dia ya? Dahlah nak datang majlis Qaylisha pun tak boleh, tup tup tahu sudah berpisah. Ada jugalah terselit niatnya ingin melihat wajah bekas suami Qaylisha tapi tengok muka Qaylisha yang nampaknya jelas sudah tidak ada perasaan lagi dengan bekas suami, dia tak berani nak tanya.

"Kau ini... Tak payahlah ungkit balik," ujar Qaylisha perlahan. Ini yang dia tak suka nak beritahu orang tentang penceraiannya dengan Adam. Dia bukan malu tetapi malas nak menjawab soalan yang bakal menyakitkan hatinya. Dia. Tak. Suka. Sakitkan. Hati. Sendiri. Jadi dia memilih untuk melepaskan semuanya supaya dia dapat menjalani hidup dengan tenang. Mudahkan?

Qaylisha capai cawan yang berisi teh dan disisip sedikit. Mahu hilangkan perasaannya yang sudah mula memberontak. Dia tak suka nak bangkit-bangkitkan hal ini. Bagi dia semua dah berlalu. Tak ada apa yang tinggal dan tiada apa yang perlu dipersoalkan. Lagi pun dia dan Adam sudah buat haluan masing-masing.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now