Bab 54 🎭🖤

429 38 12
                                    

"ALAA! Saya nak juga! Saya nak aiskrim je pon! Itu pun awak tak nak belikan! Semalam beria-ria kata sayang tapi aiskrim pun tak nak belikan untuk saya! Bencilah awak ini!" Pagi-pagi hari lagi si ibu mengandung itu sudah emosi membuatkan encik suami memicitkan kepala tak sudah dari tadi.

Adam tak tahu bagaimana lagi ingin jelaskan kepada Qaylisha bahawa wanita itu tidak boleh makan aiskrim buat masa sekarang ini kerana demam. Walaupun demam yang biasa, doktor sendiri berkata pada Adam untuk berikan Qaylisha makanan yang sihat dan elakkan makanan ringan atau pun sejuk.

Selalunya Qaylisha tidak bakal bantah kalau Adam sudah menghalangnya tetapi kali ini Qaylisha tetap dengan pendiriannya ingin memakan aiskrim. Nasib baiklah barang-barang di dalam wad ini belum terbang ke mana-mana. Tetapi kalau aiskrim itu tidak muncul dihadapan mata Qaylisha kemungkinan besar barang-barang di dalam wad ini akan terbang ke tingkat bawah.

"Ilya bukan macam itulah... Saya bukan tak nak belikan aiskrim untuk awak, kalau boleh semua yang awak mengidam saya nak tunaikan tapi arahan doktor kita tak boleh langgar sesuka hati. Kan doktor dah cakap awak tak boleh makan aiskrim buat masa sekarang ini. Lepas awak dah keluar hospital baru kita pergi makan aiskrim okay?"

"Tak nak! Nak sekarang! Tolonglah please... Awak senyap-senyap jelah, jangan beritahu doktor. Dia mana tahu kalau awak tak beritahuu..." rayu Qaylisha bersama bibir yang dimuncungkan. Lemah semangat Adam melihat wajah isterinya yang sangat comel sekarang ini.

Adam alihkan pandangan ke tempat lain dan menghela nafas berat. Wajah isteri kembali dipandang. "Okay saya belikan untuk awak. Tapi satu je tau!"

Awal-awal Adam sudah pesan pada isterinya bahawa dia bakal belikan aiskrim hanya satu untuk Qaylisha. Sebelum Qaylisha minta lebih-lebih, baik dia dulu yang cakap.

Qaylisha mengangguk laju bersama senyuman. "Terima kasih kanda..."

Adam menyepetkan matanya usai mendengar leretan suara sang isteri. Saja nak membodek lah tu!

"Sama-sama. Kali ini saja saya ikut cakap awak tau! Okaylah saya pergi beli sekarang. Nak aiskrim ape?"

"Emm... Tak kisah! Yang penting tak nak aiskrim coklat."

"Okay adinda... Kanda pergi dulu okay?"

"Pergilah. Pergi cepat-cepat."

"Halau nampak?"








QAYLISHA memakan aiskrim yang baru dibeli oleh Adam dengan tenang sementara Adam sudah menjeling Qaylisha berkali-kali. Sumpah! Kali ini saja dia akan dengar cakap Qaylisha!

Wanita itu langsung tidak endah suaminya di sebelah kerana sedang menikmati aiskrim yang sangat lazat itu. Dah lama dia tak makan aiskrim. Dia rindu nak makan aiskrim sebab itu dia suruh Adam belikan dia aiskrim.

Tak sampai berapa minit, aiskrim itu sudah tinggal separuh. Adam pula yang terasa ngilu melihat isterinya makan aiskrim dengan lahap. Tak ke brain freeze?

Sedang ralit memakan aiskrim, tiba-tiba pintu wad terbuka membuatkan Qaylisha tersentak dan menyumbat sisa aiskrim ke dalam mulut Adam. Tepi bibirnya dilap bagi mengelakkan meninggalkan sebarang kesan yang dia sudah makan aiskrim. Adam pula terbatuk-batuk apabila batang aiskrim itu sedikit menjolok anak tekaknya. Lantas dia memegang batang aiskrim dan memandang pintu wad yang baru dibuka oleh seseorang.

Qaylisha juga memandang pintu wad kerana mahu melihat sosok yang tiba di wad nya tanpa sebarang salam.

Membulat mata Adam melihat kedua-dua abang iparnya tiba lalu menghampiri mereka berdua yang berada di katil. Adam mati akal mahu buat apa sekarang ini. Dengan aiskrim yang masih ada di dalam mulutnya dan juga sisa aiskrim yang mencair di sudut bibir membuatkan Adam kelihatan comot. Qayish sudah menggelengkan kepalanya melihat aiskrim di dalam mulut Adam sementara Qalish buat tidak endah dan menghampiri adiknya.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now