Bab 17 🎭🖤

736 56 13
                                    

SETELAH seminggu mereka ke Venice, akhirnya mereka pulang ke Rome. Qaylisha tersenyum apabila teringat akan kenangan yang indah dia bersama Adam di Itali. Ada hikmah rupanya bila dia merancang ingin ke Itali tiga bulan yang lepas.

Selesai mengoles losen di lengannya, Qaylisha pandang telefonnya yang tiba-tiba menyala. Telefon dicapai.

'Get ready, my little peony. I waiting for you at mini garden!'

Dahi Qaylisha sedikit berkerut. Mini garden? Malam-malam buta begini? Sudahlah dia sedang mengenakan baju tidur. Qaylisha garu kepalanya sebelum menyarung kardigan berwarna hitam. Bolehlah padan dengan baju tidur berwarna kelabu dia ini. Tudung pula dia mengambil jersi shawl dan dililit ringkas di kepala.

Keluar saja dari rumah agam itu, Qaylisha lihat samar-samar cahaya lilin di tempat yang selalu Adam duduk. Taman mini yang selalu menjadi tempat Adam berehat. Qaylisha terus melangkah dekat ke arah cahaya lilin itu.

Sampai di satu meja, Qaylisha tergamam melihat dekorasi meja yang begitu cantik dan romantis. Adam kelopak bunga mawar merah mengelilingi meja dan kerusi. Di atas meja pula terdapat dua kuntum bunga peony berwarna putih bersama lilin.

Lihat pula makanan-makanan yang terhidang di atas meja, Qaylisha menjadi sebak. Makanan di atas meja itu semua adalah menu yang sama seperti dia masak untuk Adam pada malam ulang tahun perkahwinan mereka. Tanpa sedar air matanya sudah menitis.

"Hi my little peony," sapa satu suara di telinga Qaylisha. Qaylisha sedikit tersentak lalu memusing tubuhnya ke belakang.

Adam segak mengenakan tuxedo. Rambut pula disikat kemas hingga memperlihatkan dahinya. Cuma ada beberapa helai yang terjuntai di dahi. Adam tersenyum apabila mata mereka bertembung.

"Iman..."

"Dulu... Saya tak appreciate pun usaha awak untuk sambut anniversary kita jadi sekarang saya nak tebus benda itu balik. Saya harap awak sudi menjamah makanan yang saya masak ini. Mungkin rasa dia tak sama sikit..." Adam sengih malu.

"Saya nak recreate balik malam anniversary kita yang tertangguh setahun yang lalu. But this time... I promise, tak akan ada kenangan buruk lagi." Tambah Adam lagi dengan suara yang lembut. Qaylisha tersenyum nipis, terharu. Namum senyumannya mati apabila terpandang baju sendiri. Baju tidur!

"Awak tak cakap pun nak buat semua ini... Tengoklah saya pakai baju apa," ujar Qaylisha bersama bibir yang muncung. Geram kerana Adam tidak beritahu yang mereka ingin makan malam di taman mini ini. Gila apa candle light dinner dengan baju tidur? Tengoklah Adam itu, siap pakai tuxedo. Dia ini pula nampak selekeh.

"Awak masih nampak comel pakai baju tidur tu," ujar Adam tenang. Dia hanya jujur, Qaylisha pakai apa pun nampak comel.

"Yelah tu..."

"Ye. Come, my little peony!" Adam berjalan ke arah kerusi lalu menariknya untuk Qaylisha labuhkan punggung di situ. Qaylisha terus melabuhkan punggung di kerusi. Adam lajukan langkah lalu melabuhkan punggung di hadapan Qaylisha.

Adam sendiri rasa sebak melihat menu makan mereka sekarang. Nasi ayam, kek lobak merah berserta air jus apel. Memang makanannya nampak simple dan biasa tetapi ia sangat bermakna bagi Adam. Semasa masak tadi pun sudah puas dia menitiskan air mata. Di hadapan Qaylisha ini tidak mahulah dia menitiskan air mata lagi. Takungan air mata ini sedaya upaya dia tahan dari gugur.

"Jomlah kita makan. Nanti sejuk pula." Adam memintas. Cuba untuk halau rasa sebak. Dia tersenyum pada Qaylisha dan mereka mula menjamah makanan mereka.

Qaylisha menjeling tangan Adam yang tampak menggigil ingin menyuap nasi ayam ke dalam mulut sendiri. Mata Qaylisha naik memandang wajah Adam. Lihat akan takungan air mata Adam, Qaylisha merasa sesuatu. Apa yang Adam sedang fikirkan sebenarnya? Oh... Mungkin Adam teringat akan masa lalu. Mungkin Adam sudah menyesal kerana langsung tidak menjamah makanannya dahulu.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now