Bab 44 🎭🖤

570 42 3
                                    

TANGAN Adam tidak lepas dari memimpin tangan Qaylisha. Dari keluar wad sehinggalah sekarang, mereka sudah pun masuk ke dalam kereta Adam. Mula-mula Qaylisha sedikit berjauh hati apabila tiada satu pun anggota keluarganya menjenguknya semasa dia keluar dari wad tetapi kata-kata Adam membuat rasa berjauh hati tadi hilang. Adam sendiri yang sudah beritahu keluarganya untuk tidak datang ke hospital kerana Qaylisha bakal keluar wad hari ini dan mereka bakal menetap di rumah lama mereka.

"Sebelum kita balik rumah, kita pergi grocery sekejap eh? Barang masak dekat rumah dah habis," ujar Adam selepas melancarkan pemanduannya. Qaylisha angguk kecil sahaja.

Beli barang rumah sama-sama. Oh... Sudah lama dia tidak merasai hal itu. Dulu pun mereka sebenarnya jarang keluar bersama. Mereka sama-sama sibuk. Adam sibuk dengan pelajarannya sementara Qaylisha sibuk dengan kerjanya.

Namun bagaimana pun Qaylisha tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Setiap hari pasti Qaylisha bakal masak sesuatu untuk Adam. Kalau tidak sarapan, makan tengahari. Kalau tidak makan tengahari, makan malam. Intinya Adam sentiasa dapat merasa air tangan Qaylisha sehingga tekaknya hanya boleh terima masakan Qaylisha sahaja.

Perlukan masa yang lama untuk tekaknya menerima masakan orang lain. Paling tersiksa ialah semasa dia berada di Itali tanpa Qaylisha. Pada mukanya tekaknya tidak dapat terima masakan pembantu rumah di situ malah Alea juga sama. Namun lama kelamaan Adam terbiasa dengan masakan Alea dan pembantu rumah di mansionnya.

Tetapi... Mereka semua tetap tak dapat lawan masakan Qaylisha dan mummy nya!

Tidak perlu waktu yang lama untuk mereka sampai ke pasaraya kerana tempatnya berdekatan dengan hospital saja. Adam langsung matikan enjin kereta lalu melepaskan tali pinggang keledar. Adam berlari pantas di bahagian sebelah pemandu kerana ingin membukakan pintu buat Qaylisha.

"Silakan my peony..." Usai membukakan pintu Adam membongkokkan sedikit tubuhnya lalu mendepakan sebelah tangan, memberi ruang untuk Qaylisha keluar dari kereta. Qaylisha senyum dahulu sebelum keluar dari kereta.

"Thank you, my prince," ujar Qaylisha lembut dan penuh ikhlas. Tersenyum malu Adam dibuatnya apabila dipanggil begitu. Spontan pintu ditutup dengan gaya tangan yang amat lentik. Tergelak Qaylisha dibuatnya. Dah jadi pondan dah suami dia ini...

"Jomlah kita masuk," ajak Qaylisha dan Adam masih lagi tersenyum malu. Lempang karang...!

"Jomlah awak panas ini!" ajak Qaylisha lagi dan Adam mengangguk kecil. Tangannya menggenggam tangan Qaylisha lalu mereka berjalan masuk ke dalam pasaraya. Oh! Indahnya jadi suami orang lagi! Dah boleh pimpin-pimpin tangan!

Masuk sahaja dalam pasaraya, Adam terus mengambil satu troli lalu ditolak.

"Awak nak makan apa? Saya masak." Qaylisha memecahkan kesunyian di antara mereka. Adam diam sebentar dan menoleh ke arah isterinya. Tangan wanita itu di ambil lalu dibawa ke lengan sendiri. Adam mahu Qaylisha sentiasa dekat dengannya.

"Saya nak nasi lemak! Boleh tak? Rindulah nasi lemak awak..." jawab Adam dan tersengih kecil. Dia harap Qaylisha boleh turuti permintaan ya. Tapi kalau Qaylisha tidak mahu masak nasi lemak untuknya pun tidak mengapa. Dia faham kondisi isterinya. Dia tidak bakal paksa Qaylisha.

"Mestilah boleh! Nak lauk apa?" soal Qaylisha lagi. Dia siap sedia menuruti permintaan Adam. Sekali sekala apa salahnya. Lagi pun dia sudah lama tidak masak nasi lemak. Dia juga rindu nasi lemak buatannya sendiri.

"Ermmm... Ayam goreng!" jawab Adam penuh semangat. Dia tersengih apabila Qaylisha tersenyum dengan jawapannya.

"Okay... Kalau macam itu awak pergi pilih ayam. Saya nak ambil barang buat sambal dan ikan bilis. Oh ya! Jangan lupa ambil timun sekali ya!"

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now