Bab 51 🎭🖤

411 38 5
                                    

SEDARI dari tadi mereka hanya duduk di birai katil dan saling membelakangi. Masing-masing diam membisu kerana masih mengenangkan kejadian tadi. Pagi yang pada mulanya harmoni dan ceria berubah mendung dan suram usai Alea menjejakkan kaki ke rumah mereka bersama dengan... Anak kecil.

Adam meraup kasar wajahnya. Air mata yang ditahan dari tadi menitis. Sikunya ditongkat atas peha dan Adam menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan besarnya. Hatinya berdebar hebat. Jejaka itu sudah berfikiran jauh. Macam mana... Apa yang akan berlaku selepas ini?

Qaylisha memandang kosong lantai bilik. Wanita itu menjeling suaminya yang berada di belakang dengan ekor mata. Tidak mahu suasana menjadi canggung, Qaylisha mahu pergi meninggalkan Adam namun tidak sempat dia mahu capai tombol pintu, suara Adam terlebih dahulu menahan tindakannya.

"Ilya..."

Qaylisha diam. Dia tetap berdiri di situ tanpa berpaling menghadap Adam walaupun dia tahu Adam sudah berdiri dan memandangnya.

"Saya tak nak cakap apa-apa. Tolong beri saya ruang," ujar Qaylisha dengan nada yang perlahan. Tombol pintu dipulas dan Qaylisha menghilang dari sebalik pintu.

Adam mengeluh kecil dan menjatuhkan punggung di atas birai katil dengan kasar.

Sampai di dapur untuk meminum air, mata Qaylisha terpaku melihat cawan yang berada di atas tabletop. Cawan yang telah digunakan oleh budak yang dibawa Alea tadi. Serta-merta fikiran Qaylisha terawang pada masa yang sudah lepas.

"KENALKAN Adam Aysar. Anak kita, Nathan." Kenyataan dari Alea membuatkan Adam dan Qaylisha tergamam. Mereka memandang satu sama lain sebelum melemparkan pandangan ke arah budak kecil yang diberi nama Adam Aysar. Adam Aysar... Anak Alea dan Adam?

Adam telan air liur sementara Qaylisha dibayangkan kisah lalu. Di mana dia melihat Adam bersama Alea di atas katil.

"Tak! Kau jangan nak merepek perempuan! Budak ini bukan anak aku! Kau bawa budak ini berhambus dari sini! Aku tak nak tengok muka kau orang berdua!" jerkah Adam membuatkan Aysar menunduk takut sementara Alea masih berani memandang Adam yang sudah menyinga.

"You kena terima hakikat Nathan. Aysar memang anak kita berdua. So I think you know why we both here," ujar Alea berani. Wajah Qaylisha dijeling dan dia tersenyum sinis. Kau orang fikir kau orang boleh hidup bahagia semudah itu ke hah? Aku tak akan beri kau orang hidup bahagia! Adam milik aku Lisha! Aku ada senjata lebih hebat daripada kau!

"Stop with all this nonsense! Kau fikir aku akan bertanggungjawab? I would never! Sampai mati pun aku tak akan kahwin dengan kau dan budak ini... Memang tak akan pernah dapat kasih sayang seorang ayah dari aku!" bentak Adam dan menghentak meja ditengah-tengah mereka. Qaylisha memejam rapat matanya.

Entahlah... Qaylisha masih dibayang masa lalu sehingga dia tidak dapat berkata apa-apa. Mulutnya bagai digam.

Qaylisha langsung mencapai cawan yang masih berbekas mulut Aysar. Ziplock bag yang ada di dalam kabinet dapur diambil. Qaylisha memasukkan cawan itu ke dalam ziplock bag tanpa mengacau kesan bibir Aysar. 

"Awak nak buat apa itu?" soal Adam dan mendekati Qaylisha. Qaylisha memandang Adam dengan wajah tenang.

"Saya nak buat DNA test. Hanya itu saja cara yang kita ada untuk pastikan sama ada bud-.... Maksud saya Aysar. Kalau betul dia anak awak, kita cuba buat DNA test. Kak Raina boleh tolong kita," ujar Qaylisha panjang lebar. Adam mengeluh kecil sebelum kepala diangkat semula.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now