Bab 47 🎭🖤

467 45 0
                                    

AKHIRNYA setelah tiga hari menetap di rumah Encik Qash, mereka pulang ke rumah mereka. Usai menunaikan solat isyak mereka bersantai di atas katil.

Qaylisha pandang Adam yang sedang bermain tabletnya. Hal kerja mungkin. Qaylisha gigit bibir, dia rasa sekaranglah masanya dia beratnya tentang keluarga Adam. Dia mahu tahu lebih terperinci tentang keluarga Adam. Sekadar dengan dari mulut orang tidak puas. Dia mahu dengar dari mulut Adam sendiri. Lagi pun Adam lebih tahu tentang keluarganya.

"Iman."

"Yes my peony?" sahut Adam dan mengerling ke arah Qaylisha. Dia pandang tabletnya semula sebelum menutup tablet itu lalu diletakkan di sisinya. Adam beri seratus peratus perhatian pada isterinya.

"Awak... Tak pernah cerita dekat saya pasal keluarga awak. Saya... Nak tahu juga tentang keluarga awak," ujar Qaylisha perlahan dan menundukkan wajahnya; tidak berani memandang wajah Adam tika ini. Dia takut Adam terasa dengan permintaannya. Jari sendiri dimainkan.

Adam yang pada mulanya tergamam akhirnya mengukir senyum tipis. Tangan Qaylisha dicapai dan diusap. "Awak nak tahu pasal apa?"

Jejaka itu mula terbuka hati untuk menceritakan tentang kisah silam keluarganya. Dulu, dia enggan bercerita pada Qaylisha kerana dia belum sepenuhnya bersedia. Dia juga masih tidak dapat terima apa yang berlaku. Tetapi kali ini dia sudah bersiap siaga untuk bercerita. Qaylisha juga berhak untuk tahu memandangkan mereka adalah suami isteri. Automatis Qaylisha juga sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya.

"Semua..?"

Sekali lagi Adam tersenyum.

"It's start when mummy and daddy got divorce. Masa itu, Kak Aisyah baru lima tahun. Mereka bercerai sebab daddy dapat tahu mummy ada hubungan sulit dengan lelaki Muslim. Dan lelaki Muslim itu ialah ayah. Bila mummy dan daddy bercerai, mummy baru dapat tahu dia mengandungkan saya. Mummy takut kalau daddy tahu pasal kandungan dia, daddy akan rampas saya pula dari mummy jadi ayah bawa mummy ke Malaysia." Adam mulakan ceritanya.

"Keluarga ayah baik. Mereka tetap terima mummy walaupun bukan lahir sebagai orang Islam dan berasal dari negara luar. Dan dengan bimbingan ayah dan keluarga ayah, mummy berjaya masuk Islam. Ayah sentiasa ada dan menjaga mummy sejak awal kandungan mummy sampailah mummy melahirkan. Bila saya dilahirkan, ayah yang azankan saya. Ayah yang namakan saya Muhammad Adam Al-Iman."

"Selepas mummy habis pantang, mereka pun kahwin untuk elak menjadi buah mulut orang. Bila saya menginjak umur lima tahun, saya tertanya. Kenapa... Saya berbinkan Abdullah sedangkan nama ayah Nazrie. Kawan-kawan tadika saya semua berbinkan nama ayah mereka tapi saya tak. Jadi saya tanya mummy kenapa tetapi mummy diam. Bila saya tanya ayah sendiri, dia hanya senyum dan usap kepala saya. Dia juga kata, bila saya dah besar nanti, saya akan tahu," ujar Adam sambil menahan sebak. Hati terasa pilu.

"Saya tunggu, tunggu dan terus menunggu sehinggalah saya darjah tiga. Ada satu hari, saya mula terima ejekan dari budak sebaya saya. Mereka kata saya anak luar nikah sebab itu saya berbinkan Abdullah. Hari-hari saya terima ejekan itu sehinggakan saya dah lali dengan semua itu. Tapi tipulahkan kalau saya tak tertanya pasal itu. Kadang-kadang otak saya sendiri cakap, betul ke apa yang dia orang cakap? Aku anak luar nikah ke? Aku anak haram ke? Aku anak tak sah taraf?"

Qaylisha menekup mulutnya yang terbuka. Terkejut bukan main dia mendengar cerita Adam. Adam sudah terima serangan mental sejak umur sembilan tahun. Benda yang melibatkan anak luar nikah ini sangat serius. Tidak percaya pula budak seusia sembilan tahun sudah pandai berkata begitu pada teman seusianya. Pasti perjalanan hidup Adam semasa kecil tidak mudah.

"Saya tidak berani nak tanya lagi apa-apa pada mummy sebab saya tahu saya tak akan dapat jawapannya. Ejekan itu berlanjutan sampai saya masuk ke alam sekolah menengah. Saya terus dapat ejekan tapi saya buat bodoh saja. Saya tak naklah sebab dia orang pelajaran saya terganggu. Lebih baik saya fokus pada pelajaran saya. Keinginan saya masa itu hanya satu, belajar bersungguh-sungguh sampai saya dapat jumpa insan yang saya sangat rindu iaitu daddy."

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now