Bab 13 🎭🖤

702 61 8
                                    

QAYLISHA memandang Jane yang begitu teruja itu. Kenapa kemain happy Jane hari ini? Bertambah pelik Qaylisha apabila Jane merangkul erat lengannya.

"Lisha! Hari ini Tuan Anderson beri keizinan untuk semua pembantu rumah dan pengawal peribadi untuk keluar jalan-jalan! Arghhh! Terujanya! Mari kita keluar ke kota!"

Bersinar terus mata Qaylisha mendengar bait kata Jane. Senyumannya melebar. Arghhh! Akhirnya! Dia dapat keluar dari rumah ini! Dapatlah dia tengok suasana di Itali. Tak adalah terperuk dalam rumah sahaja...

"Jom! Beri saya tiga puluh minit untuk bersiap!" Qaylisha terus berdesup lari ke tingkat tiga. Masuk sahaja dalam bilik dia terus ambil baju miliknya. Baju yang dia pakai semasa mula-mula dia jejakkan kaki ke rumah agam ini. Itu semua sebab orang jahat itu punya pasal!

Qaylisha tiada pilihan lain perihal pakaiannya kerana pakaian yang Adam berikan hanyalah baju tidur dan baju yang dipakai semasa dalam rumah. Tiada yang sesuai kecuali baju dia ini.

Qaylisha tersenyum sendiri apabila dia dapat keluar berjalan-jalan di Itali. Dia ingatkan angan-angan dia mahu menjelajah bumi Itali terkubur saat dia menjadi pembantu rumah ini tetapi tidak. Hari ini dia berpeluang untuk jelajah Itali!

Selesai menukar pakaian, Qaylisha berdiri di hadapan cermin dan mengoleskan pelembab bibir di bibirnya. Dia tersenyum puas dengan penampilannya yang sederhana itu. Tetapi senyumannya mati apabila terpandang dahinya dari pantulan cermin.

"Hei cik jerawat! Time-time inilah kau nak timbul ya?" marah Qaylisha sendiri. Haishh! Ini mesti sebab stress sangat terkurung dalam rumah ini.

Malas mahu berdebat dengan diri sendiri, Qaylisha terus keluar dari biliknya. Sedikit sebanyak dia berasa janggal sebab keluar tanpa beg. Hanya sehelai sepinggang.

Tak sampai beberapa langkah dia ambil, Qaylisha terpaku sendiri di tempatnya apabila melihat sosok Adam sedang berdiri tidak jauh darinya. Adam sedang duduk santai di atas sofa dengan kaki yang disilangkan.

Qaylisha malas mahu ambil pusing tentang jejaka itu dan dia terus menyambung langkahnya mahu melepasi Adam. Namun langkahnya mati lagi apabila Adam memanggil namanya dengan perlahan.

"What?"

"Where do you think you're going, huh?"

Qaylisha terkaku sebentar. Alamak! Kenapa soalan Adam itu seolah-olah tidak mengizinkan dia untuk keluar dengan pembantu rumah yang lain?

"Err... Jane kata Tuan Anderson beri izin untuk kami semua keluar jalan-jalan. Jadi saya nak keluar dengan Jane. Tak boleh ke?" soal Qaylisha perlahan. Dia memandang Adam polos.

Mata Adam naik meneliti wajah Qaylisha. Setelah itu terhambur tawa kecil dari bibir Adam. Tetapi pada mata Qaylisha, Adam seperti sedang mengejeknya.

"Kau nak keluar? Kau ada duit ke? Sehelai sepinggang saja aku tengok...," ejek Adam dan tersenyum sinis membuatkan Qaylisha jadi malu sendiri. Dia tahu yang Adam sedang mengatakan yang dia ini tidak punya duit. Hish!

"Saya ada duit okay. Awak ingat saya miskin? Saya nak awak bagi balik barang-barang saya," ujar Qaylisha mendatar. Teringat akan telefonnya semalam, dia yakin Adam tidak membuang barang-barangnya. Adam hanya menyorokannya.

"Kalau aku bagi balik pun, aku tak benarkan kau keluar dengan Jane."

"Kenapa pula?"

"Because you're going out with me."










BIBIR Qaylisha dari tadi tidak berhenti dari memuncung. Dia memeluk tubuh memandang ke arah luar kereta dengan wajah yang berkerut. Protes.

Mengingat akan kejadian tadi, di mana Adam memaksanya untuk keluar bersama dia jadi geram. Dia masih tidak puas hati walaupun dia sudah selamat masuk ke dalam kereta bersama Adam dan Joshua. Adam menyuruh Joshua memandu kereta ini ke mana pun dia tidak tahu.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now