Bab 5 🎭🖤

788 57 6
                                    

QAYLISHA hanya mampu diam apabila Jane tidak berhenti mengusiknya tentang kejadian semalam. Sesekali air teh disisip. Dia ambil ravioli yang berada di dalam pinggan dan disuap masuk ke dalam mulut Jane agar gadis itu berhenti membebel.

"Jane, it's our lunch time. You better finish your food so we can continue our work," ujar Qaylisha tenang dan suap pula ravioli ke dalam mulutnya.

Jane sengih saja dan menghabiskan makanannya. "But I'm serious Lisha! Signor Anderson maybe had feelings toward you! Like yesterday! He never eat with his maid before this, including Lea!"

Qaylisha hanya diam kerana tidak tahu mahu menjawab apa. Kalaulah Jane tahu mereka sebenarnya bekas suami isteri, pasti Jane akan tarik kata-katanya. Adam sendiri yang lafazkan cerai itu tanpa sesiapa suruh. Jadi adakah perasaan suka Adam terhadap dia? Huh! Memang tidaklah jawapannya!

"Aunty Mary, can I ask you something?" Qaylisha tiba-tiba bersuara.

"Sure go ahead." Ramah Aunty Mary mengizinkan Qaylisha untuk bertanya kepadanya.

"Err... Kenapa Tuan Anderson datang ke sini? Adakah kerana amanah arwah bapanya? Atau dia sendiri yang mahu duduk di sini?" soal Qaylisha dalam bahasa inggeris. Perasaan ingin tahu menebal. Entahlah... Sewaktu mereka berkahwin dahulu, Adam tidak gemar bercerita tentang sejarah keluarganya. Yang dia hanya tahu, suami kepada mummy Adam iaitu Puan Natrah sekarang ialah ayah tiri Adam. Ayah kandung Adam tak silap namanya Nickhel? Ya begitulah. Dia tahu nama ayah kandung Adam pun kerana mummy Adam.

Adam memang menutup rapat mulutnya jikalau tentang keluarganya. Dia pula tidak mahu serabutkan kepala Adam dan hanya diamkan saja bila Adam mengelak untuk bercerita tentang sejarah keluarganya.

"Aunty Mary pun tidak pasti, Lisha. Tahun lepas dia tiba-tiba datang ke sini dan duduk sini sehinggalah sekarang. Dia tidak duduk di sini saja-saja tapi dia mengambil alih syarikat Tuan Nick. Mungkin ini semua atas arahan Puan Anderson? Anak perempuan sulung dalam keluarga Anderson."

"Kami sebagai pekerja, menerima kedatangannya dengan senang. Kami semua senang bekerja dengan Tuan Anderson. Dia seorang yang baik." Aunty Mary tersenyum tenang. Qaylisha hanya mengangguk kecil.

"Keluarga Tuan Anderson memang berasal dari Itali?" soal Qaylisha lagi.

"Tidak. Tuan Nick berasal dari Ireland manakala bekas isterinya dari New Zealand." Qaylisha angguk lagi. Fahamlah dia bahawa bekas isteri kepada Tuan Nick itu adalah mummy Adam. Puan Natrah yang nama bukan Islamnya ialah Hailey.

"Habistu? Mengapa berpindah ke Itali?"

"Sebenarnya... Selepas Tuan Nick dan bekas isterinya berkahwin, mereka menetap di New Zealand. Dan selepas itu mereka dikurniakan anak perempuan. Nadine Harley Anderson."

Ok. Nadine ini adalah Kak Aisyah, kakak Adam. Qaylisha sambung mendengar cerita Aunty Mary.

"Kisah cinta Tuan Nick tidak berakhir dengan baik. Sepasang suami isteri itu akhirnya berpisah kerana Puan Hailey telah ada hubungan dengan lelaki lain. Dan yang paling mengejutkan ialah lelaki itu adalah seorang Muslim."

Kali ini mata Qaylisha membulat mendengar cerita Aunty Mary. Lelaki Muslim itu pasti... Ayah tiri Adam. Encik Nazrie.

"Sewaktu mereka berpisah, Puan Nadine berumur lima tahun. Tuan Nick memilih untuk bawa Puan Nadine jauh dari Puan Hailey dengan meninggalkan New Zealand dan menetap di US."

"Berpuluh tahun lamanya dan Puan Nadine sudah pun meningkat ke alam dewasa. Puan Nadine hanya ikutkan saja kata-kata Tuan Nick. Tuan Nick mengarahkannya untuk sambung belajar, Puan Nadine patuh. Dan akhirnya... Puan Nadine jatuh cinta dengan seorang lelaki yang beragama Islam."

Anderson's Temptation Donde viven las historias. Descúbrelo ahora