Bab 12 🎭🖤

677 58 9
                                    

QAYLISHA mula berasa tenang apabila Adam sudah beransur pulih. Demam Adam sudah kebah dan Adam pun sudah datang ke kerja. Bukan apa, dia tenang sebab tidak perlu nak layan kerenah Adam yang mengada-ngada itu! Macam-macam Adam minta dia untuk buat sepanjang Adam demam. Tak menang tangan dia dibuatnya.

Dia tak tahulah apa pandangan pembantu rumah dan pengawal peribadi di dalam rumah agam ini terhadap dia. Jangan ada yang kata dia ini skandal Adam sudahlah. Nasib baik semua pembantu rumah di sini baik-baik belaka kecuali mak lampir seorang itu.

"Oh my god! What is this?" soal Jane teruja kerana baru pertama kali dia lihat nasi lemak.

Qaylisha senyum tipis dengan keterujaan Jane dengan nasi lemak. Sengaja dia masak nasi lemak untuk menu makan hari ini kerana mahu memperkenalkan makanan Malaysia pada orang luar. Nasi lemak kan dikatakan sebagai makanan kebanggaan Malaysia. Mereka harus mengenali nasi lemak. Apa guna dia jadi anak Malaysia? Hehe...

"It's called nasi lemak. You should try it. It's Malaysia culture food," beritahu Qaylisha tenang pada Jane. Dia tersenyum apabila pembantu rumah yang lain sudah berkumpul melihat nasi lemak yang dimasaknya.

"It's look delicious!" ujar Jane masih lagi teruja. Pembantu rumah yang lain pun juga teruja dengan nasi lemak Qaylisha.

"Kamu semua patut rasa makanan ini. Nasi lemak ini dia berserta dengan sambal, ikan bilis, kacang dan timun. Dan... Selalunya orang Malaysia akan makan nasi dengan lauk. Jadi saya goreng ayam untuk jadi lauk kepada nasi lemak ini. Kamu semua patut rasa makanan Malaysia!"

"Semestinya! Masakan ini nampak menyelerakan!" ujar Jane semangat. Qaylisha tersenyum senang melihat pembantu rumah semua menikmati masakannya. Selain itu, beberapa pengawal peribadi juga turut serta menjamu selera.

Takpe... Tuan Anderson kita itu takde. Jadi mereka boleh buat apa-apa saja di dalam rumah.

Qaylisha rasa senang hati apabila mereka mengatakan masakan adalah satu rasa yang sangat unik. Acap kali mereka tidak pernah makan nasi bersama sambal. Ini adalah buat pertama kalinya dan Qaylisha bersyukur apabila semua tidak beri komen yang buruk pada nasi lemaknya.

Come on la... Bab-bab nasi lemak ini dia pro tahu!

"Lisha! Jangan lupa kongsi resepi makanan ini nanti ya?" Jane bersuara lagi saat semua sedang menjamu selera.

"Okay! Dengan senang hati saya akan kongsi resepi nasi lemak ini pada awak, Jane."



















QAYLISHA mundar-mandir di dalam biliknya dalam keadaan yang masih bertelekung. Dia tidak tahu sama ada dia perlu atau tidak untuk naik ke atas. Dia mahu meminjam Al-Quran daripada Adam tetapi agak-agak Adam akan beri atau tidak ya?

"Nak minta ke tak nak? Nak minta ke tak nak?" soal Qaylisha sendiri sambil mengupas kulit bibirnya. Kebiasaan apabila dia sedang berfikir sesuatu dan juga ingin menghilangkan gugup.

"Mestilah dia ada Al-Quran kan? Tak akan lah setahun dia duduk sini, tak ada Al-Quran," bebel Qaylisha lagi. Dan pada akhirnya dia mengambil keputusan untuk naik sahaja ke tingkat atas.

Sampai dihadapan bilik Adam. Qaylisha mematung di situ sebentar sebelum menarik nafas dan menghembusnya dengan tenang. Dengan lafaz Bismillah, tangannya naik mengetuk pintu bilik Adam.

Tok! Tok! Tok!

"Tuan Anderson?"

Tok! Tok! Tok!

Ketukan yang kedua, barulah pintu terbuka dari dalam dan Qaylisha tersentak melihat Adam sempurna mengenakan baju melayu, kain pelikat dan songkok di atas kepala.

Anderson's Temptation Место, где живут истории. Откройте их для себя