Bab 56 🎭🖤

356 42 8
                                    

ADAM perlahan-lahan merungkaikan pelukan mereka. Mata bertentangan mata. Suasana di dalam bilik itu hening buat beberapa minit. Dada Adam terasa sesak melihat anak mata isterinya yang sayu. Awak tak boleh terima perkahwinan ini tapi kenapa... Awak paksa saya? Sedangkan awak sendiri merana.

Qaylisha mengukir senyum. "Awak pergilah ke masjid. Oh songkok awak saya belum pakaikan." Qaylisha tersedar tiada songkok di atas kepala Adam. Dia pantas membalik tubuh dan menghampiri meja solek. Songkok hitam dicapai dan wanita itu sempat mengusap songkok hitam itu sebelum menghampiri Adam semula.

Tindak tanduk Qaylisha diperhatikan oleh Adam dan Adam tanpa rela menundukkan kepalanya bertujuan untuk memudahkan Qaylisha meletakkan songkok di atas kepalanya. Setelah itu dia angkat kepala semula.

"Awak ikut saya sekali?"

"Sorry... Saya pergi dengan Khay dan Dila sekali. Awak pergi sajalah. Nanti saya sampai. Kalau saya sampai lambat pun... Nikah masih boleh berjalan kan?" Qaylisha tergelak kecil sedangkan Adam tidak terasa ingin ketawa sedikit pun. Tiada apa yang boleh menjadi bahan tawa saat ini. Dia sendiri tiada daya ingin ketawa.

Adam sekadar mengangguk. Tidak memaksa. Tangan sendiri dikepal kuat. "Awak janji dengan saya kalau saya kahwin dengan perempuan itu awak tak akan tinggalkan saya kan?"

"Y-ya."

"Awak akan berjuang dengan saya sampai ke akhir nyawa?"

"Ya." Kali ini jawapan Qaylisha lebih yakin tanpa keraguan. Qaylisha sedaya upaya menahan tangisnya. Dia sebak dengan pertanyaan Adam. Adam jelas takut dengan pemergiannya dan dia sewenang-wenangnya mempergunakan kelemahan Adam.

Adam senyum tipis. "Saya sayang awak, Qaylisha Ilyana. Sayang dan cinta saya hanya ada pada awak. Saya tak nak awak berjanji sendiri. Saya juga akan berjanji dengan awak... Saya akan berjuang dengan awak sehingga ke akhir nyawa saya."

Adam menekup lembut kedua-dua belah pipi Qaylisha dan melabuhkan bibirnya di dahi Qaylisha lama. Mahu mengutarakan rasa cinta dan sayangnya yang amat mendalam.

Saat itu juga air mata Qaylisha menitis. Dia menyentuh kedua-dua belah tangan Adam yang sedang menekup lembut pipinya. Sentuhan hangat ini... Ciuman hangat ini.... Dia berharap dia masih dapat rasa semua itu sehingga ke akhir nyawanya.

Setelah beberapa minit mereka begitu, Adam akhirnya melepaskan ciuman. Dia tunduk mencari anak mata hazel isterinya. Titisan air mata daripada mata cantik itu diseka lembut sebelum dia cium pula kedua-dua pipi Qaylisha.

Sekali lagi suasana di bilik itu hening sebelum Qaylisha membuat keputusan untuk bersuara bagi menghilangkan rasa canggung. "Daddy tak nak cium baby sekali?"

Qaylisha menepuk kecil perutnya membuatkan tawa kecil Adam pecah. Geli hati mendengar suara kecil isterinya. Tanpa berkata apa-apa, Adam melutut dihadapan Qaylisha dan mencium perut Qaylisha. Perut itu diusap sekejap dan dia berbisik pada perut itu.

"Baby... Daddy minta maaf. Daddy terpaksa buat semua ini. Daddy janji semua ini tak akan kekal lama."

Adam bangkit dari melutut dan menghadiahkan senyum tipis. Qaylisha membalas senyuman itu. "Saya pergi dulu."

"Okay. Hati-hati." Adam mengucup lembut bibir Qaylisha dan berlalu pergi. Tinggallah Qaylisha sendiri di bilik itu. Qaylisha menghantar pemergian Adam dengan renungan sayu. Dia mengundur beberapa langkah dan akhirnya terduduk di birai katil.

Selamat pengantin baru... Suamiku.

Qaylisha menutup sekejap matanya membiarkan air mata merembes keluar. Wajah sendiri diraup kasar. Kuatkah dia untuk pergi melihat suaminya menikahi wanita lain? Sanggupkah dia mendengar suara Adam melafaz nama wanita lain?

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now