Bab2 Marriage?

11K 763 53
                                    

"tahniah iliya"

Aku hanya tersipu sipu malu selepas mendapat pujian daripada semua pihak lebih lebih lagi family Harraz.

Oh lihatlah aku berjaya dalam Spm! AHAHAH

Kini keluarga aku dan Harraz dinner sekali dekat rumah aku. Umi dan Walid pun bangga dengan aku sampai menitis air mata diorang bila anak mereka yang tak berapa nak pandai ni dapat banyak A.

"dahla cantik,pandai serba serbi ha beruntung Harraz" puji melambung Mama Susan sambil menepuk nepuk bahu aku.

"alaa jangan dipuji sangat budak ni. Kalau riak nanti taknak belajar dah" balas umi dan selamba badak aku siku lengan umi di sebelah aku.

"Iliya ni rajin tiba tiba nak study sebab aku ugut dia tak bagi jumpa Harraz kalau dia tak pass exam" sampuk Walid pula dan aku dah tayang muka derp bila muka Harraz dihadapan aku seakan sedang menahan ketawa.

"walid.."tegur aku perlahan. Malu wei!

Ilham adik aku pula awal awal dah habiskan makanan dan naik ke atas nak main game. Dahla main game dalam phone Harraz dasar tak tahu malu.

"siapa masak nasi ayam ni?" soal Papa Rizal tiba tiba iaitu papa kepada Harraz. Terus aku mengangkat wajah secara drastik.

"iliya yang masak" balas umi dan aku dapat lihat wajah Papa seakan sedikit sukar ditafsir

"k-kenapa? Tak sedap ke?" soal aku dengan suara nak taknak keluar je. Mampusla kalau dia tak suka.

"tak sedapla iliya" sampuk Harraz tiba tiba yang duduk bertentangan aku di meja makan. Terus belakang lehernya dicepuk oleh Papanya.

Aku,Umi dan Walid sudah tergamam dengan aksi itu. Harraz kata tak sedap tapi dia dah tambah nasi 2 pinggan dah! Dasar lelaki ni.

"merapu je dia ni,sedap iliya. Nanti masak lagi yer?" kata Papa dan tersenyum manis kearah aku.

Aku pula dah terasa segan,belakang leher aku usap perlahan. Kalau dengan Papa Harraz ni aku tak berapa selesa sedikit sebab jarang jumpa. Lainla Mama Harraz tu memang selalu jumpa.

Harraz pula dah tersengeh kearah aku manakala aku tayang muka nak maki. Boleh dia propa aku masak tak sedap?

Jaga kau nanti kita kahwin nanti aku nak letak cili burung banyak banyak dalam makanan dia .

Eh?

Allahu iliya tak kahwin lagi dah ada niat nak buat dajjal kat suami huaaaa kalau walid tahu ni confirm kena rotan.

"takdela..biasa ja tu pun kadang kadang tak jadi" balas aku.

"apanya tak jadi,sedap mama suka nanti ajar mama yer?" tegur Mama pula

"iliya boleh je, tapi sikit sikit la biasala muda lagi" ujar umi dan mama hanya mengangguk setuju.

"Nanti lepas kahwin dengan Harraz bolehla mama ajar masakan favourite Harraz" kata Papa pula dan Mama terus memetik jarinya.

"betul tu! Nak pikat suami kena pikat perut dia dulu" tambah mama dan aku dapat rasakan wajah aku semakin memerah.

"tak kahwin lagi pun Harraz dah terpikat dah" ujar Harraz perlahan .

"ha? harraz cakap apa?" soal Papa disebelahnya. Terus Harraz senyum janggal dan menggeleng laju.
"takde apa Pa!"

"lepasni nak sambung study kat mana?" soal Papa pula.

Aku mengangkat bahu dan memandang walid
"selalunya walid yang tentukan"kata aku. Ya,memang dari aku kecik lagi semua kena ikut cakap dia.

Walid pula menggeleng
"Harraz suami kamu nanti,biar dia yang pilih" aku agak terkedu. Kemudian satu meja mengalihkan mata kearah Harraz yang sedang mengunyah nasi ayam.

Harraz angkat kening
"Harraz ,walid?" soal Harraz hairan.

"yerlah,ingat Walid tak tahu kamu buat drama melamar iliya macam mat salleh kat dewan time iliya ambil result tadi?" soal Walid selamba tanpa toleh kiri kanan dan terus Harraz tersedak nasi ayam. Pantas aku hulur segelas air dan engan tak senonohnya Harraz meneguk air itu rakus.

"Harraz.."tegur Papa seakan tegas nadanya.

" buat hal ke?" tegur Mama pula. Seperti yang aku tahu Mama dan Paa Harraz ni memang garang sikit dan berdisiplin. Nasib baik tak cerewet dengan aku.

Harraz hanya tersenyum janggal
"Daripada Harraz bawa iliya sana sini tanpa ikatan apa salahnya Harraz ajak dia kahwin terus..." katanya dan tiba tiba matanya memandang aku dan aku sudah pun menunduk malu.

"Harraz,iliya baru 18 tahun. Lagipun Harraz baru masuk kerja minggu depan" kata Papa seakan menegaskan bahawa tanggungjawab sebagai seorang suami amatlah berat.

"kahwin bukan benda sehari,nak handle rumah tangga ni banyak cabaran dia. Harraz dah sedia ke? Lagipun iliya satu satunya anak perempuan Walid dengan Umi"kata Walid pula dan riak wajah Harraz agak berubah.

Harraz diam seketika sebelum memandang kearah walid pula
"Walid,Harraz ikhlas nak Iliya"

Tuhan,Aku blushing!!!

"tapi iliya baru habis Spm. Dia sambung belajar pun tak lagi. Kalau kalau dia mengandung time iliya tak ready lagi macam mana?" balas Mama pula

Aku sudah mengerutkan dahi dan mengemam bibir. Mengandung? Anak? WEH AKU TAK BOLEH IMAGINE KALAU AKU DENGAN HARRAZ ADA ANAK.

"Saya okey je asalkan Harraz boleh jaga iliya betul betul. Pasal cucu kami lagi suka cuma bergantung kepada iliya la.." kata walid pula

"Iliya setuju ke?"soal umi pula dan menyentuh bahu aku .

Aku memandang umi seketika dan memandang Harraz. Aku kemudian memandang Walid,Mama dan Papa.

Tuhan,aku tak berhenti berdoa supaya keputusan yang aku buat ni tepat.

"Kami tak paksa." kata Mama pula dan menggosok kepala aku perlahan.

Aku merenung Mama lama . Pernah tak aku cakap yang Mama Harraz ni freehair? Wajah cina aslinya memang amat ketara dengan cara percakapan dan penampilannya. Tambahan lagi Mama suka sangat ikat bun rambut dia.

Aku memejamkan mata sebentar sebelum memandang Walid dan Papa. Aku tidak berkata apa tapi aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk perlahan.

"alhamdullilah" ucap mereka serentak dan aku dapat menangkap senyuman nakal menghiasi wajah Harraz.

"so,bolehla kahwin kan?"soal Mama dan memeluk aku.

"bila nak buat?"

"bulan Jun nanti la. 3 bulan akan datang nanti" kata Papa dan menepuk tangannya. Serentak aku dan Harraz terkejut.

Awalnya!

Tbc❤

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now