Bab 4 Kahwin!

12.3K 788 123
                                    

Hari ini,hari ini adalah hari bersejarah di mana aku akan menamatkan zaman bujang aku dengan seorang lelaki yang aku sayang.

Setelah di solek oleh mak andam dan berhias dengan tudung segala,aku diberi ruang untuk berseorangan seketika selepas diminta sebab kawan aku kata nak datang jenguk aku dalam bilik.

Majlis akad nikah pula diadakan di rumah keluarga aku. Dari semalam lagi aku dah kasi bilik aku ni cuci bersih bersih. Yerla kan,selepas ni bilik ni akan bertambah penghuni.

Siapa lagi? Harraz idola korangla.

Sebulan sebelum majlis akad nikah memang keluarga aku dan keluarga Harraz tak izinkan kami berdua berjumpa. Entah apa benda nak ikutkan sangat adat orang tua tua .

Kalau dah tak ada jodoh tak ada la,kalau ada mesti Allah permudahkan. Lepastu umi siap rampas phone aku supaya aku tak dapat berhubung dengan Harraz.

Macam mana yer dia sekarang? Okay ke tak?

"assalamualaikum!" sergah Najihah tanpa mengetuk pintu.

Aku yang sedang mengelamun dalam bilik sambil merenung refleksi diri aku hanya terhinjut bahu kerana terkejut.

Terpacullah wajah Afif ,Najihah ,Alia dan Aqis.

"omg! Cantiknya kau!"jerit Alia ala ala diva. Tangannya dikibas kuat tanda teruja.

"kau mekap ke duh?! Bapak ar pertama kali!"
Jerit Najiha pula

Nasib baik aku dah pakai tudung siap. Tengok je sahabat aku yang masuk dalam bilik aku tanpa rasa malu membuatkan aku hairan seketika. Aik,macam tak cukup je.

Leher aku dipanjangkan setinggi boleh cuba mengendap kedudukan manusia yang hilang. Terus Aqis menepuk bahu aku .

"cari apa? Izham tak datang la" apa yang diberitahu Aqis sedikit sebanyak membuatkan aku kecewa. Siapa tak sedih kawan kau tak datang time kau nak kahwin kan?

"kenapa? Dia tak sudi ke?" Kalau Izham ada whatsapp aku fasal ni pun memang aku takkan dapat sebab phone umi tak kasi lagi.

Najiha mengusap pelan bahu aku dan tersenyum nipis
"kau janganla fikir bukan bukan, nenek Izham sakit la. Dia urgent terus balik kampung" kata Najiha cuba memujuk aku supaya tidak berfikiran negatif.

"weh cantik duh kau harini" puji Alia tiba tiba. Terus wajah aku dipegangnya dan dibelek ke kiri dan kanan.

Aku pula masih tak ada mood fasal izham

"alaa janganla masam,nanti malam pertama nanti kau nak buat muka masam tu ke dengan laki kau?" tegur Afif tiba tiba

"tak pasal pasal Harraz ingat bini dia reject dia duh!" tambah Najihah dan berhi-5 dengan Afif.

Aku pula dah kemam bibir. Malam pertama?
Apa akan jadi dekat aku malam ni duh?

"eee kau ni kotor betul otak!" marah Aqis dan telinga Afif dan Najihah ditarik kuat seakan mahu tercabut.

"ampun ibu ampun!!" raung mereka berdua. Terus Aqis melepaskan telinga mereka dan menjeling tajam.

"kata kat orang kau jealous iliya kahwin awal!" sergah Alia

"eleh kau nanti kahwin dengan izham!" kata Afif tak mahu kalah.

"ey nasib Izham tak ada kat sini!" marah Alia geram.

"bising bongok"tegur Aqis

"Iliya,kau kawan aku. Aku nak kau bahagia tau"ujar Aqis dan mengusap lembut pipi aku. Aku menahan mata aku supaya tidak berkaca .

"kalau Harraz buat hal kasi tahu kitorang. Kitorang tahula nak ajar macam mana"kata Alia pula dan menumbuk angin.

"korang.."
Aku dapat rasakan bibir aku sudah bergetar, aku mula mendepakan tangan lalu Najiha,Alia dan Aqis terus memeluk aku erat. Manakala Afif seorang lelaki yang sesat hanya memerhati dan tersenyum.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now