Bab 7 New House!?

10.6K 787 88
                                    

"kita bukan duduk kat kondo saya, saya dah beli rumah dah"

"awak faham tak istilah membazir"

"faham tak?"

Harraz buat tak endah dengan omelan isterinya itu. Dia sibuk menyikat rambutnya dihadapan cermin.

"awak, dengar tak?" soal iliya geram, aktiviti menyimpan baju ke dalam beg rodanya terhenti.

Tumpuannya ditumpu kearah suaminya yang buat muka tidak bersalah. Tak cukup dengan itu Harraz boleh pula buat pekak!Erh geram!

"awak...!" kali ini nada suara iliya meninggi. Geram dengan sikap Harraz yang suka menghabiskan duit.

"apa sayang?" soal Harraz dengan senyuman yang kalau boleh nak paling manis supaya isterinya itu berhenti membebel.

"kenapa awak beli banglo tu.. Membazir la. Kondo awak kan ada?" cebik iliya lagi. Tak puas hati dengan Harraz yang tak sayang duit. Tahula duit banyak tapi jimatla sikit untuk keperluan yang lain.

"kondo tu kecikla sayang,mana muat" Iliya berdecit mendengar jawapan Harraz.

"kecik? Nak cakap saya gemuk ke apa?" soal iliya lagi. Harraz pula dah tepuk dahi.

"mana ada, iliya"

"habistu,awak kata kecik. Kondo awak tu ok la untuk kita . Kita tinggal berdua je" kata iliya, dia menjeling bila Harraz menghampirinya yang duduk bersimpuh atas katil menyusun baju ke dalam beg roda.

"masaalahnya, kita takkan hidup berdua selamanya.." ujar Harraz dengan nada suara perlahan seakan berbisik.

Dia mengambil duduk di birai katil lalu bersila sambil bertongkat dagu dengan tangan kanannya sambil memerhati tindak-tanduk isterinya .

Mendengar apa yang Harraz kata buatkan pipi iliya memerah. Apa maksud dia?

"paling sikit nak dua anak je. Boleh kan iliya?" bahu iliya dicucuk-cucuk dengan jari telunjuknya. Iliya mengemam bibirnya sebelum bertindak mengensot menjauhi Harraz.

Harraz tak duduk diam,dia makin mendekatkan jarak mereka berdua.

Berdebar sakan jantung iliya sekarang,bagai nak keluar dari badan! Harraz ni telan gula selori ke apa!?

Iliya makin mengensot menjauh apabila Harraz mendekat
"nak lari mana?" Harraz tiba-tiba bertindak memegang kaki kiri Iliya apabila gadis itu seakan mahu melarikan diri.

"arghhhh!!" terjerit iliya dibuatnya.

Gila kau tak terkejut,sudahla cara percakapan dengan ayat Harraz sekarang ni buat bulu romanya meremang!
Tanpa amaran tiba-tiba kakinya kena pegang macam dipegang penjahat. Cuak weh!

"argh!~" dengan nada seperti sajat Harraz mengajuk jeritan iliya dengan nada lenggok yang teramat annoying.

Panjang sedepa muncung iliya sekarang,Harraz ni kalau tak menyakat dia memang tak bahagia hidup gamaknya.

"awak! Ingat lawak ar!?"

"awuckk! Ingat lawuck ar!?" ajuk Harraz lagi. Makin berkerut dan memerah wajah gadis itu menahan marah.

Harraz yang tadi terasa nak ketawa terus tersengeh suci, marah je tahu budak ni. Terus pipi kiri iliya ditarik-tarik olehnya sebelum dia bangun dan membuka almari bajunya.

"sakitla!" marah iliya lagi sambil menyentuh pipinya yang terasa pedih sedikit .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now