Bab13 Home Alone.

9.5K 684 130
                                    

"kemas semua baju,kita balik harini"
Masuk sahaja ke dalam bilik hotel,terus Harraz menarik beg roda miliknya dan iliya.

Raut wajah lelaki itu tegang, melalui cara dia mengheret kedua beg roda itu sahaja dapat membuktikan bahawa marahnya dia sekarang.

Arahan Harraz makin membuatkan Iliya yang masih terasa mahu menangis sekali lagi hanya berdiri tanpa suara di tepi pintu bilik.

Tapi kini wajah gadis itu hanya kosong,mukanya sudah melekit dengan bekas air mata yang sudah mengering.

Iliya hanya mampu memerhati pergerakan Harraz yang sedang menyumbat semua barang ke dalam beg rodanya.

Laju sahaja pergerakan lelaki itu,nampak sangat tak sabar nak balik rumah. Agak-agak aku kena maki pula ke kat rumah? Bisik hati iliya.

Harraz kemudian mengambil sehelai tuala di penyangkut lalu masuk ke dalam bilik air tanpa memandang iliya.

Iliya hanya mengetap bibir,kelibat Harraz yang menghilang ke bilik air hanya diperhatikan dengan ekor mata.

Dia memejamkan matanya seketika kemudian melangkah longlai ke birai katil.

Iphone 7+ pemberian Harraz dibawa keluar dari poket seluar jeans.

Terus internet dibuka dan whatsapp chat sahabatnya Alia Quraisha dibuka. Kalau hari ni memang kena balik jadi dia kena inform Alia awal-awal.

Sebabnya Iliya minta tolong Alia jagakan hamsternya waktu dia honeymoon.

Iliya tersenyum sinis,honeymoon? Hanatmoon ada la sekarang.

Selepas menaip beberapa pesanan,iliya mengerutkan dahi kerana chatnya tidak sampai. Selang beberapa saat dia tersedar,dia dah lama tak beli top4.

Sebab kat rumah Harraz dah pasang wifi,lepastu kat kalau pergi jalan-jalan nak internet minta hotspot Harraz je.

Tapi tula,

Berani ke kau nak minta dengan mamat tu?

Dia mengambil tisu poket di dalam poketnya dan wajahnya dilap supaya tak melekit seperti tadi.

Tanpa berfikir panjang dia terus berjalan keluar dari bilik hotel untuk membeli top4.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masuk sahaja ke dalam bilik hotel,iliya dikejutkan dengan Harraz yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan pintu.

Lelaki itu hanya memakai seluar jeans dan tidak berbaju. Aduh time gaduh ni kau janganla nak menggoda Harraz wei. Gigit kang!

"abang,saya--"

"pergi mana?"

Kelu seketika apabila suara mendatar lelaki itu menyapa gegendang telinga.

Serta-merta dia menjatuhkan pandangan apabila mata helang suaminya mencerlung tajam kearahnya.

"iliya pergi beli top4 je kat bawah"

"siapa bagi keluar?"

Iliya menelan air liurnya kasar,pundi kencingnya tiba-tiba bergetar. Rasa nak terkucil pula bila gementar macam sekarang.

"saya..saya"

"tadi buat hal dah,sekarang ni apa? Tak reti minta izin suami dulu ke?" soal Harraz dingin.

"k-kejap je keluar"

"tapi kedai runcit yang ada dekat sini luar hotel,kena lintas jalan pula tu. Lantakla nak beli apa ke nak apa tapi tolonglah jangan buat hal" suara Harraz semakin tegang seakan menahan geram.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now