Bab 6 Wife?

11.8K 771 79
                                    

Tepat tepat pukul 5.30 pagi , jam loceng kepunyaan iphone 7+ milik iliya mula memasangkan lagu fire-BTS yang ditetapkan khas sudah mula membingitkan suasana bilik.

Harraz yang sedang memeluk erat tubuh iliya dari belakang sememangnya tidur mati memang sampai esok dia tak akan bangun . Sudahla sebelah tangannya elok berada di celah leher iliya, nasib baik la iliya tak sesak nafas.

Manakala iliya yang berada di dalam dakapan Harraz mula menggosok kedua belah matanya apabila dia terasa tidurnya terganggu.

Berkerut kerut dahinya cuba mentafsir apa yang dia rasakan apabila dia perasan ada satu tangan sedang memeluk lehernya erat.

Dia mula mencelikkan matanya perlahan-lahan sebelum mulutnya melopong luas apabila dia perasan tangan itu ialah tangan seorang lelaki.

Terus kepala dipusingkan ke arah belakang apabila terasa ada hembusan nafas menyapa cuping telinganya. Dia terasa makin cuak.

Pantas tangan Harraz ditolaknya kasar lalu dia mula menyelak selimut yang menutupi tubuhnya. Melihat tubuhnya yang masih berbaju membuatkan dia amat lega.

Harraz yang terasa terganggu dengan pergerakan yang dibuat iliya mula mengumam perlahan dan menggeliat kecil. Tangan kanannya menekup mulut kita dia menguap besar sebesar gua .

Iliya pula masih kaku memeluk lutut di birai katil memerhati pergerakan Harraz. Jam di dinding pantas dikerling,damn dah pukul 5.45 a.m dah nak subuh.

Iliya mula mengusutkan rambutnya cuba memikirkan apa yang harus dibuat selepas ini. Nak kejut ke tak?

"Awak" kaki kirinya laju sahaja menolak nolak kaki Harraz . Kalau tahu dek Uminya mahu kena dicop isteri biadap.

Melihat Harraz yang masih tak sedarkan diri buatkan iliya rasa nak hantuk kepala di bucu katil.

"Awak.."kali ini lengan Harraz pula ditolak pelan dengan kakinya. Mahu Harraz merajuk sekali lagi kalau tahu perbuatannya ini.

Akibat geram,pantas Iliya menolak kasar tubuh Harraz dan takdir telah takdirkan Harraz untuk terhantuk di meja yang terdapat di sebelahnya.

"Arkh!" terkial kial Harraz meraba tepi kepalanya yang terhantuk. Sudahla tidurnya terganggu, lepastu terasa berdenyut kuat tepi kepalanya.

Membulat mata iliya,pantas dia merangkak mendapatkan Harraz yang sudah terguling guling kesakitan kemudian Harraz akhirnya duduk bersila dan menunduk sakit.

"awak...Maaf.."pintanya lalu tepi kepala Harraz disentuh pelan.

"iliya iliya jangan sentuh, sakit!.." decit Harraz spontan apabila iliya bertindak memicit tempat yang terasa ada benjol. Terpejam pejam mata jejaka itu menahan perit.

"awak..maafkan saya ..maaf sebab tolak awak" rayu iliya dengan nada perlahan. Perasaan mersalah mula bertandang di dalam diri.

Harraz menyentuh seketika tepi kepalanya sebelum memandang iliya tajam.
"awak tolak saya ke?"

Terasa berdebar debar pula Iliya. Tak,ni bukan debaran cinta. Ni debaran ketakutan.

Dengan teragak agak iliya menganggukan kepalanya dan membuat muka kasihan.

Harraz menghela nafas beratnya,matanya tetap tak berkalih dari memandang iliya . Ey kau jangan uji kesabaran aku iliya.

Melihat wajah bersalah isterinya yang baru dinikahi kelmarin sedikit sebanyak membatalkan niatnya untuk naik angin.

"sakit?"soal iliya perlahan. Harraz kalah dengan marahnya,dia kalah dengan suara lunak merdu isterinya itu. Dia menghela nafas ringan menahan sabar sebelum mengangguk perlahan.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now