Bab 9 Uni?

10.1K 747 93
                                    

"what the hell is that?"

Iliya yang baru sahaja meletakkan bekas akuarium kecil berisi hamster bewarna putih peach itu terkejut dengan suara Harraz.

Berkerut dahi gadis itu sambil memusingkan kepala ke belakang melihat encik suami yang memandang aneh kearahnya.

Pandangannya yang pada mulanya di wajah Harraz perlahan-lahan turun ke kotak bersaiz sederhana yang Harraz berada di pegangan Harraz.

"siapa ajar carut ni?" soal Iliya geram,kalau jejaka itu dekat dengannya sekarang pasti mulut jejaka itu menjadi sasaran tangannya.

Harraz tak berkata apa-apa,dia tersenyum simpul dan menghampiri isterinya yang bersila di atas lantai sambil menongkat dagu dengan tangan kanannya di atas meja kaca yang khas berada di ruang tamu itu.

Kotak di pegangannya diletakkan di atas meja kaca itu dengan berhati-hati sebelum dia mengambil tempat di sofa berpetak tiga bewarna coklat.

Harraz buat muka pelik melihat hamster di atas tapak tangan iliya yang sibuk menggigit timun yang sudah dipotong halus.

"abang,tengok ni" ujar Iliya sambil mengangkat hamster di atas tapak tangannya. Terasa renjatan elektrik mengalir ke dalam salur tubuh badan apabila mendengar panggilan itu.

Automatik bibir jejaka itu mengukir senyuman lebar apabila iliya seakan sudah mula biasakan diri dengan panggilan khas itu.

"hamster? Tak perasan pun iliya bawa" kata Harraz hairan. Rasanya tadi tak nampak pula kelibat makhluk kecil ni. Jangan cakap iliya letak dalam poket.

"ada la saya sorok"kata Iliya acuh tak acuh,dia letakkan hamster itu ke dalam akuarium kecil itu sebelum memandang Harraz kembali.

"yang abang beli tahun lepas tu ke?" soal Harraz,memorinya ketika menemani iliya membeli hamster itu mula berlayar di ruang fikirannya.

Iliya tersengeh manja,dia mula mengensot mendekati kaki Harraz lalu lutut kiri Harraz dirangkul lembut sebelum dia meletakkan dagunya di atas paha kiri Harraz.

Terangkat kening Harraz melihat perilaku isterinya yang jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan semalam.

"dulu time beli kecik je,sekarang dah besar. Sayang bagi makan apa?" soal Harraz lembut. Kepala isterinya itu diusap- usap perlahan.

"saya bagi kasih sayang la!" gadis itu ketawa,pantas hidung iliya ditarik kasar oleh Harraz.

"memandai eh sekarang? Ni mesti pengaruh drama korea ni?"

Iliya berdecit perlahan sambil mengusap hidungnya yang sudah bertukar warna kepada kemerah-merahan.

"pandai tak saya jaga?" soalnya

Harraz membuat muka kerek , pantas dagu gadis itu dicuit.
"mengada nak suruh orang puji la tu"

"erm abang.."
Panggil iliya seakan berbisik,bibirnya dikemam perlahan beberapa kali cuba mengusir debaran. Aduh,suami sendiri kot kenapa nak segan ni?

"apa?"

"erm saya nak tanya something.." tangan tak duduk diam! Kini Harraz pula terasa meremang bila jari telunjuk isterinya mula menari-nari membuat bentuk bulatan di atas paha nya.

Harraz menggaru kening kanannya sebelum pantas menangkap tangan iliya yang dari tadi membuat bulatan di atas pahanya.

Tangan isterinya itu digenggam erat,iliya terkejut bila Harraz bertindak secara drastik sebegitu.

"ab-abang ni kena--"

"don't do that again" pintas Harraz, terkedu iliya jadinya. Pegangan Harraz di tangannya terus dileraikan.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now