Bab 16 Psycho

9.5K 659 109
                                    

"like seriously,jom blah" kata iliya. Selesai sahaja kelas,tergopoh- gapah Iliya dan Alia mengemas barang mereka.

Lantak dan tak peduli dah apa nak jadi dengan semua barang yang dilempar. Yang dalam otak sekarang, aku.nak.balik!

"btw,Aisy. See you tomorrow!" kata Alia dan iliya serentak dan terus mereka pecut keluar dari kelas apabila Aqim seakan mahu menegur mereka sekali lagi.

"weh aku ada hal,kau gerak dulu eh?" Aqim pun sama acah terburu-buru. Bahu Khair ditepuk-tepuk sebelum dia berlari keluar dari kelas.

"what the hell?" carut Khair perlahan.

Khair memandang sekeliling ,semua pelajar sudah pun berkurang sedikit demi sedikit.

Sempat matanya menangkap beberapa gadis yang sedang tersengeh-sengeh kearahnya.

Khair buat-buat tak nampak,dah biasa kena ngorat dengan perempuan. Dia menghela nafas perlahan sebelum buku nota kecilnya di ambil dan disimpan ke dalam beg galasnya.

Telefon dicapai lalu kenalan Aqim ditekan lalu ditekap di telinga.
Dia kemudian melangkah ke arah pintu,

"ark! Ma-maaf" kata Aisy terkebil-kebil apabila tubuh mereka berdua hampir berlanggar di pintu utama.

Khair mengangkat kening kirinya,telefon di telinga dijarakkan sedikit daripada telinganya.

"aish" decit Khair. Sudahla dia sedang geram dengan Aqim yang tiba-tiba hilang.

"y-yer?"soal Aisy balik. Telinganya seperti menangkap sebutan namanya di bibir Khair padahal Khair hanya berdecit geram.

"yer apa?"soal Khair dengan agak kasar. Aisy hanya terkelip-kelip sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"bukan ke awak panggil nama saya?"

"bila masa!?" Aisy menutup kedua belah matanya apabila disergah sebegitu. Badannya terundur sedikit kebelakang.

Khair menjeling Aisy dan terus keluar dari kelas itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"ey ey aku kata pergi tu pergi jela setonn" kata iliya geram. Kalau takda orang kat kawasan awam memanf disepak bontot Alia supaya pergi balik.

"tapi! Kalau mamat gila talak tu datang serang macam mana!? Aku taknak hilang kawan dalam usia muda tau!? Aku taknak jadi janda!" dengan penuh dramatik Alia menjerit separuh berbisik.

Intonasinya juga membuatkan iliya tayang muka poker.

"Alia, izham tengah tunggu kau tu siott baik kau blah. Kesian kawan aku tunggu awek dia" iliya menunjuk-nunjuk kearah kereta myvi bewarna putih yang dari tadi parking dihadapan.

"t-tapi"

"aku,okey. Aku dah ugut Harraz kalau dia ambil aku lambat aku akan kawin lari kat siam dengan kau" kata iliya dan menolak-nolak tubuh Alia.

"betull kau nak kahwin dengan aku!?"

"eh bodo--"

Alia terus berlari ke arah kereta Izham sambil ketawa riang seperti orang gila. Memalukan betul.

"ar bukan kawan saya" kata iliya kepada orang lalu lalang yang dari tadi memerhati mereka berdua.

Hilang sahaja kelibat kereta izham,terus iliya menekap bibirnya perlahan.

Fikirannya mula melayang tentang hal tadi,aku kena hadap mamat tu untuk 3 tahun ke?

"apa aku nak cakap dengan Harraz?" bisik Iliya perlahan. Entah kenapa tiba-tiba rasa gelabah pula.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now