Bab5 First night.?

13K 823 81
                                    

"iliya?" panggil umi bila aku duduk kat ruang tamu je lepas habis majlis tadi. Usai mengemas mencuci periuk belanga semua sedar tak sedar dah pukul 9 malam.

Aku ,Mama dan Walid pula pulang terlebih dahulu manakala Harraz sudah memaklumkan kepada umi yang dia akan menyusul selepas semua barang diambil oleh tuan penyewa.

Selepas menunaikan solat wajib dan apa yang patut seperti mandi dan makan. Aku terus berehat di ruang tamu. Ikutkan penat mahu saja aku tidur terus tapi bila difikirkan balik malam ni aku akan berkongsi bilik jadi aku batalkan sahaja niat aku.

Aku rela bersengkang mata sumpah aku cakap.

Aku yang sedang menonton tv terus mengangkat kepala
"kenapa?"

"taknak tidur lagi?" soalnya.

Aku menggeleng
"takpela,iliya nak tunggu Harraz"

"buang tabiat ke pakai shawl dalam rumah?" soal umi seraya duduk di sebelah aku. Aku memuncungkan bibir.

"ee umi,biarla.."kata aku malu. Aku membetulkan shawl yang sengaja aku pakai. Lantakla umi nak kata apa dekat aku.

"umi nak cakap sikit"

"apa?"

"lepasni, layan suami elok elok. Syurga bawah tapak kaki dia, nak buat apa apa kena minta izin dia. Iliya tanggungjawab dia sekarang. Lepastu kena jaga keperluan dia,buat breakfast lunch dinner semua. Basuh baju dia apa." aku pula sudah melopong dengan bebelan umi.

"alaaaa"

"lepasni kemas barang Harraz letak dalam almari,nanti apa pula dia kata kalau iliya tak tolong simpankan baju dia"kata umi lagi. Aku mengeluh dan meyembamkan wajah ke dalam sofa.

"kalau Harraz minta apa apa kena bagi tau" kata umi tiba tiba dan aku terus buat muka cuak.

"hah!?"

"kalau tak bagi dilaknat Allah"

"umi,don't start it" kata aku dengan suara tersekat sekat. Umi hanya ketawa dan menarik shawl aku kedepan . Habis keluar rambut aku,rosak style shawl aku.

"umi!"

"duduk la sini sorang-sorang umi nak naik tidur" kata umi dengan gelak tawa nya yang persis seperti mak tiri.

Memang patut umi kecam aku,pakaian aku sekarang ni macam nak pergi jalan. Dengan shawlnya,kardigan bagai dengan seluar labuh.

Huh sebelum ni rilek je aku pakai seluar pendek dengan tshirt lengan pendek. Gaya kat rumah memang selekeh sedikit. Tapi rasanya lepasni aku tak boleh dah kot.

Aku tutup tv dan baring atas sofa. Jam di dinding aku pandang seketika. Dah nak dekat 10 malam. Dia taknak balik lagi ke? Aku mengantuk sangat dah ni.

Tok!Tok!

Terperanjat aku mendengar sayup sayup suara Harraz memberi salam seiring bunyi ketukan pintu. Kaki aku tiba tiba jadi vibrate,lemah longlai pula nak pergi buka pintu.

Buka sahaja pintu wajah kepenatan Harraz menyapa pandangan aku. Aku intai di belakangnya ada beg roda bersaiz sederhana.

"semua orang dah tidur ke?" soal Harraz sambil membuka satu persatu butang kemeja putihnya kemudian dikibas kibas sedikit .

Aku tak menjawab namun mengangguk,aduh gugup weh takut semua ada. Beg roda di belakang Harraz aku bawa masuk.
"m-masukla" kata aku menahan debaran.

Harraz memandang aku lama sebelum tersenyum senget. Waduh janganla senyum lagu tu! Dia tak tahu ke aku punya nervous rasa nak tidur luar rumah.

"dah makan?" soalnya dan mengambil beg rodanya dari pegangan aku. Laju aku mengangguk tanpa berkata apa apa.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now