Bab 17 Hot Young Blood

13.4K 683 101
                                    

"taknak mandi dengan saya ke?" soal iliya

Harraz dah mengangkat tinggi keningnya . Biar betul isteri aku ni?

"abang?" panggil iliya lagi. Serta-merta Harraz tersedar dari lamunannya. Iliya yang memandangnya pelik dikerling seketika.

"sayang cakap apa?" soal Harraz kurang pasti.

"abang nak saya cuci muka abang tak?" soal iliya dan Harraz pula semakin nak kemurungan.

Aku ni angau sampai terimagine benda bukan-bukan ke? Benda lain yang iliya cakap ,benda lain yang dia faham.

Lepastu kalau ikut logik memang tak la si iliya ni nak cakap benda macam tu .

"abang..?" panggil iliya lagi,Harraz ni dah kenapa jadi tugu mannequin tak beri respon. Kena sumpah jadi frozen ke?

"nak!" balas Harraz bersemangat. Terus dia menutup pintu tandas dan duduk di atas kerusi berhadapan dengan iliya.

"sayang.."

"yer?" soal iliya tanpa memandang Harraz. Dia mengambil mangkuk plastik yang dia selalu guna untuk letak masker. Lalu mangkuk plastik itu diisi dengan air di sink.

"okay dah ke?"
Soal Harraz perlahan.

"okey dah"balas iliya lambat-lambat, wajah Harraz dikerling sekilas sebelum dia mengangkat mangkuk air itu ke atas riba.

Sejak kahwin lagi memang rutin mereka berdua macam ni. Entah kenapa dia suka dengan rutin mencuci muka Harraz.

Waktu pagi atau pun malam mesti ada waktu untuk lakukan rutin ini.
Rasa macam dapat eratkan hubungan ha gituw!

"nak nangis lagi?"soal Harraz lagi ketika iliya membuka butang kemeja biru tuanya.

Jari iliya yang sudah membuka dua butang baju kemeja Harraz terhenti seketika.

Lambat-lambat mata itu naik merenung wajah kacak suaminya yang turut menumpukan perhatian kearah wajahnya.

"okay okay sorry" terus kepala iliya digosok lembut apabila isterinya itu seakan mahu menangis lagi.

Sementara iliya membuka satu persatu butang kamejanya,Harraz turut membuka tudung iliya.

Lalu tudung bawal iliya disangkut di penyidai tuala. Selesai iliya membuka butang bajunya,terus Harraz menarik baju itu dari badannya lalu disumbat ke dalam bakul baju busuk disebelah sink.

Kini hanya singlet bewarna hitam yang membalut tubuh lelaki itu, iliya hanya telan air liur seketika.

Walaupun dah berpuluh kali mereka lakukan rutin ini,tetap saja dia tergugat dengan badan tegap suaminya.

Terus iliya mengambil mangkuk plastik berisi air itu dan diangkat di bawah dagu Harraz.

Terus seluruh muka Harraz dibilas dengan air, kemudian iliya mencapai Lumin Charcoal Cleanser.

Dia berdecit,

"saya dah suruh abang tukar pencuci muka kan?" kata iliya tapi tetap sahaja pencuci muka milik Harraz itu dibuka bekasnya.

Lalu krim bewarna hitam kelabu itu dicalit ke wajah Harraz.

"ala biarla,dah abang biasa guna jenama tu yang sayang nak marah dah kenapa?" kata Harraz cuba melindungi produk yang dia setia guna.

"mahal ! Satu cleanser je dah 70 ringgit. Masalahnya abang beli satu set 400ringgit" bebel iliya. Ligat tangannya menutup bekas cleanser Harraz dan diletak di atas rak kaca.

Terus dia mengurut lembut wajah Harraz dan dimulakan di bahagian pipi diurut secara bulatan.

"tak tak,sayang nak bising sangat kenapa? Guna duit abang kan?"

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now