Bab 11 Cameron🍓

10.9K 759 80
                                    

"yeay dah sampai!!" terlompat-lompat iliya apabila keluar daripada kereta.

Tanpa menunggu Harraz terus dia berjalan kearah Taman Agroteknologi Mardi.

Harraz hanya tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya. Lucu tengok Iliya macam rusa masuk kampung.

"abang cepatla! Saya nak ambil gambar!" jerit Iliya nyaring. Melompat-lompat dia memanggil Harraz sambil melambai-lambai.

Teruja bebenor dia.

Harraz membuka beg galas bermaterial kulitnya yang bewarna hitam. Kamera berjenama canon diambil lalu tali kamera itu digantung di leher.

Zip beg ditutup lalu dia menggalas beg itu di bahu kanannya, sebelah tangan lagi memegang kamera .

"jakunnya" ejek Harraz selamba. Serta-merta senyuman lebar iliya yang mekebar tadi bertukar muram.

"biarla,nak balik"

"eh!" lengan iliya ditarik pantas apabila isterinya itu seakan mahu melarikan diri.

"Sayang jangan macam macam" bisik Harraz. Iliya berdecit ,tangan Harraz ditepis kasar.

"nak merajuk pun tak boleh" cebik Iliya perlahan. Dia mula berjalan seiringan dengan Harraz masuk ke Taman Mardi itu.

"nanti balik merajukla banyak mana pun" kata Harraz terus.

Bersinar mata iliya
"betul?"

"yer,tapi abang pujuk dengan cara yang iliya tak suka la" bahu iliya dipaut manja.

"abang!" perut Harraz dipukul kuat. Membulat mata Harraz merenung isterinya itu. Iliya juga tak mahu kalah, wajah Harraz dijeling semahunya.

Sibuk menjeling wajah kacak Harraz,iliya terpandang sebuah kamera canggih yang tersangkut di leher suaminya.

"abang punya ke?"

"yer,tahu sangat wife abang ni suka bergambar. Tu beli tu biar cantik sikit gambar boleh buat kenangan" Harraz senyum senget.

"awwww ingat sweet ke!?" bawah dagu Harraz digaru ibarat kucing. Makin melebar senyuman Harraz.

"nak tengok boleh" mata dikelip comel seboleh mungkin. Tangan kanan Harraz yang melingkar di bahunya dipegang lembut.

"tak boleh" kata Harraz lalu mencabut tali kamera dari lehernya. Lalu tali kamera itu disangkut di leher iliya.

Iliya buat muka mendatar
"kata tak boleh tapi bagi juga. Saja nak suh suspen"

"banyak cakapla budak ni,amik balik kang"

"fine fine!!" tekun iliya membelek depan, belakang, sisi ,tepi kamera itu dari pelbagai sudut.

"bila abang beli?" soal iliya lalu menekan butang on di kamera hitam itu. Automatik pelindung kanta bergerak sendiri dan kanta hadapan kamera timbul keluar. Cantik!

"seminggu before kita kahwin,hajat nak tambah sebagai barang hantaran tapi lupa" kata Harraz.

Pelukan di bahu iliya dieratkan supaya isterinya itu semakin merapat dengannya.

"ish asal boleh lupa? Kalau tak mesti ni dah jadi milik saya hehehehe" iliya tersengeh.

"kalau nak ambik jela" kata Harraz selamba.

"betul ke?tapi mahal la.." cebik iliya lalu mendongak memandang Harraz.

"kamera boleh dibeli sayang.." kepala iliya diusap. Iliya tersenyum sendiri.

"abang jom ambil gambar" kata iliya. Tali kamera dicabut dari leher lalu Harraz mengambilnya. Skrin dilipat supaya gambar mereka dapat melihat imej yang terpampang.

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Where stories live. Discover now