Bab 15 Newbie

9.4K 625 121
                                    

"ni kelas kita,korang dah ada jadual kan?" soal Aisy sambil membuka pintu kelas untuk student perniagaan.

"tak ambik lagi,kau ada? Aku nak amik gambar" kata Alia seraya melangkah masuk ke dalam kelas itu.

"ada ada" Aisy terus meletakkan beg sandang bewarna putih bermotifkan buah peach itu di atas meja.

Terus sehelai kertas dibawa keluar dan diserahkan kearah Alia bersama senyuman manis.

Wow,ramai dah masuk dalam kelas ni, gumam iliya dalam hati. Persekitaran kelas yang akan dia duduk selama 3 tahun diperhati dari setiap sudut.

"nak duduk mana?" soal iliya sambil menyentuh meja berhampiran dengannya.

"duduk tengah la" kata Alia.

"kau okey tak?"soal Iliya kearah Aisy.

Aisy diam seketika sebelum mengangguk
"saya okey je mana-mana"

Iliya hanya mengangguk dan meletakkan begnya di atas meja lipat yang bercantum dengan kerusi tempatnya.

"hai" tegur seseorang. Terus Alia dan Iliya menoleh kebelakang kecuali Aisy melihat geng lelaki dan perempuan yang duduk bercampur.

"hai,new ke?" soal iliya.

"yup new,orang sini ke?" soal gadis berambut pendek.

"yer orang sini je" balas Alia.

"aku Patricia, asal sarawak" Gadis disebelah berambut pendek itu tersenyum ramah.

"aku Syahida,nama kau?" soal gadis yang berambut pendek tadi.

"iliya and ni alia"kata iliya dan memandang ke arah Aisy.

"ni pula Aisy" kata Alia pula.

Terus Syahida dan Patricia mengangkat kening ke arah Aisy yang tidak memperdulikan mereka.

"sombong ke?" bisik Patricia kearah iliya.

"entah,baru kenal harini. Aku pun pelik"balas iliya perlahan takut didengari Aisy yang sibuk bermain telefonnya.

"oi"siku Aisy disiku oleh Alia. Terhinjut bahu Aisy dibuatnya.

"kau taknak kenal classmate ke?" soal Alia acah taiko sekali lagi.

Dan hal itu membuatkan iliya mengerutkan dahi.

"sorryla saya malu sikit" kata Aisy tapi masih didengari Patricia dan Syahida.

"takpelaa,kitorang okey"kata Patricia namun dia tercebik pelan.

Alia dan Iliya saling berpandangan sebelum membuat muka pelik. Akhir sekali pandangan mereka mengarah ke pintu masuk apabila seorang wanita agak berusia masuk dengan tergopoh-gapah ke dalam kelas.

Sekali tengok je dah tahu.
"okay,asal nampak garang je lecturer kita ni" soal Iliya kearah Alia.

"kau semua nak dicop garang,aku ni taknak cop garang jugak ke?" balas Alia. Terus bahu Alia ditunjal kasar.

"wow,awal sampai. Excited for your first class ?" kata wanita itu sambil tersenyum ramah. Terus kertas slide bewarna putih ditarik hingga ke bawah.

Sekejap sahaja dah terpasang slaid tentang biodatanya.

"My name is Maziana Binti Daud. Boleh panggil saya Puan Maz and i'm your lectu"

Ucapan perkenalan Puan Maz terhenti apabila pintu kelas dibuka secara mengejut.

Kelas mula berbisik halus apabila dua jejaka yang sememangnya agak tampan masuk .

"i'm sorry for being late" kata jejaka yang agak tinggi dari kawannya yang satu lagi.

"have a sit...you..?" nada Puan Maz menjelaskan lagi bahawa dia sedang menyoal nama lelaki itu.

"o-oh. My name is Syahzran Khair just Khair"balas lelaki yang agak tinggi itu.

"and you?"
Semua mata pelajar kelas perniagaan mula tertumpu ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Khair. Yang pasti dia tidak setinggi sperti Khair .

Beza ukuran tinggi dalam 5 Cm dengan Khair yang seperti 170 lebih.

Sepakat mula mencari muka lelaki itu yang terselindung di sebalik badan Khair yang agak tegap itu.

Iliya dan Alia pula dah tayang muka bosan , kat sekolah ke kat mana-mana pun kalau ada lelaki hensem mesti gedik nak bising.

Iliya mencapai air mineralnya lalu diteguk sementara menunggu drama perkenalan jejaka hot kononnya itu habis.

Tolonglah cepat habis,aku nak cepat habis class wei. Tak start lagi dah rasa bosan.

Tiba-tiba rindu dengan suami di sana hiks. Abang tengah buat apa tu?

Dalam beberapa teguk iliya minum,lelaki itu mula bergerak menunjukkan wajahnya disebalik badan Khair.

"Nama saya Aqim Hakimi. Boleh panggil Aqim"

Pffft!!!

Tersembur habis air yang hampir masuk ke dalam kerongkong. Nasib tak banyak,nasib tak basah meja. Basah tudung je.

Aisy,Patricia dan Syahida yang berada dekat dengan meja iliya sudah terkejut gila bila minah ni buat penyemburan nyamuk.

Wait,

Tapi bukan Iliya je. Alia pun dah tergamam melihat lelaki itu.

Terus Alia menoleh ke arah Iliya yang sudah memandang Aqim tak berkelip.

"oemgee..your ex babe"

Nasib baik satu kelas fokus kepada Khair dan Aqim kalau tak malu iliya sebab tersembur.

Apa yang pasti Aqim perasan iliya tersembur air dan lelaki itu hanya menahan tawa dalam diam.

Iliya dan Alia pula dah rasa nak tersedak sampai tercabut usus bila Aqim dan Khair dengan bergayanya nak duduk depan mereka bertiga.

Dey! Banyak lagi tempat duduk asal gatal nak duduk depan aku. Dasar ex tak sedar diri! Monolog iliya.

Nak je dia sepak Aqim yang duduk depannya sekarang ni.

Asal dia amik business buduhhh,bukanke straight A Aqim ni. Pi la berambos amik medic sana.

Menyemak kat sini apahal .

KAMILA MANA KAMILA KAU EEE!!

Agak-agak kalau Harraz tahu ni macam mana. Adakah dia akan ditukar course dan berpisah dengan Alia? No!!

Syok iliya mengutuk Aqim dalam hati,tiba-tiba insan yang dikutuk itu dengan muka suci menoleh kebelakang dan sehelai tisu dihulur kearah iliya.

"per?"soal iliya acah gangster.

"i saw it"

"saw what"

"awak tersembur tadi?" rasa nak bunuh Aqim makin menebal. Terus tisu yang Aqim hulur itu dirampas kasar.

"so how is your life now?"soal Aqim saja nak mesra taik kucing.

Alia di tepi Iliya pula dah buat muka meluat. Oh tuhan,mohon pupuskan Aqim dari sini.

"nice! Lebih lagi lepas break dengan kau" kata Iliya kasar. Sempat dia acah membetulkan tudungnya dihadapan Aqim.

Saja nak tunjuk cincin kahwinnya yang bersinar megah di jari manisnya. Bangga dapat jadi owner cincin ni. Lagi bangga bila jadi isteri kepada pembeli cincin ni.

"still bertunang ke dengan dia tu?"

Terjegil biji mata Alia dan Iliya.
Woi aku dah kahwinla mangkuk!

"eh hello tu cinci--"
Belum sempat Alia menghabiskan ayat,
"focus!!" jerit Puan Maz.

Terus Aqim memusingkan tubuh ke hadapan semula. Alia pula dah mengusap lembut lengan iliya apabila gadis itu seakan menggigil sedikit.

Abang..iliya taknak sekali dengan Aqim..

Tbc❤
Bab ni boring sangatt!!. But please komen yer. Esok insyallah double update❤

[C] Suami Paling Sweet (ebook)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt